BAB 5

Other Completed 4353

Perasaan Khairi yang tidak tenteram pada pagi itu menyebabkan Khairi mengelamun berfikir untuk membalas dendam atas perbuatan kakaknya itu. Sehinggakan, dia tidak sedar bahawa terdapat seorang pelajar baharu duduk di sebelahnya.

” Assalamualaikum,” tegur Sofia lantas menguntum sebuah senyuman yang manis kepada Khairi.

” Waalaikumsalam,” jawab Khairi ringkas dan membalas senyuman itu. Dia tidak berminat untuk mengenali pelajar itu. Dia lebih gemar mengelamun untuk membalas dendam kepada kakaknya.

” Baiklah murid-murid. Cikgu akan edarkan kertas soalan sekarang. Kamu akan diberi masa selama setengah jam untuk menjawab soalan tersebut,” ujarnya sambil mengedarkan soalan.

“Pelajar yang berjaya mendapat markah tertinggi akan diberikan hadiah,” sambungnya lagi sambil tersenyum.

Lamunan Khairul terhenti seketika. Kertas diatas mejanya ditenung kosong. ” Ish! Susah jugak soalan kali nie,” getus hati Khairi melihat kertas soalan ujian Pendidikan Islamnya itu. Dia menoleh ke kanan dan melihat Sofia laju sahaja tangannya mencoretkan jawapan diatas kertas soalan.

Tanpa membuang masa, dia mencapai pennya dan mula mencoretkan jawapannya tersendiri dengan bersungguh-sunguh. Kesungguhan rakan barunya itu membuatkan dia berasa agak tercabar. Kelas bening seketika. Bunyi kipas menguasai suasana di dalam kelas. Sekali sekala terdengar bunyi batuk yang datang tanpa diundang.

Masa berlalu begitu pantas. Kertas soalan Khairi juga sudah hampir disiapkan. Begitu juga rakan disebelahnya. Sedang tenang menyemak kertas soalannya yang sudah siap dijawab.

“Baiklah. Masa menjawab sudah tamat. Orang yang paling belakang sila bangun dan kutip kertas jawapan,” dia memberi arahan kepada pelajarnya. Selesai semua kertas soalan dikutip, dia menyusun kertas tersebut di atas mejanya.

” Baiklah. Esok cikgu akan umumkan keputusan ujian. Malam ini, sila baca bab 8 kerana esok saya akan mengajar kamu bab tersebut,” ujarnya sebelum keluar meninggalkan kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience