BAB 14

Other Completed 4353

Kecewa kerana tidak menerima sebarang jawapan, Khairi berlari seperti orang gila menuju ke rumah Sofia. Kelihatan banyak kereta memenuhi perkarangan rumahnya. Seperti ada majlis keramaian. Perlahan-lahan Khairi memasuki rumah itu. Dia memberi salam dan mencari kelibat Sofia. Tetapi hampa kerana dia tidak jumpa. ” Anak ni Khairi kea?” seorang lelaki berkaca mata berumur dalam 40 an menegurnya. “Saya Khairi . Saya nak jumpa dengan Sofia,” ujarnya dengan nafas yang tercungap-cungap.

“Pak cik dah lama menanti kehadiran kamu. Sofia dah tiada jika kamu tidak percaya, pak cik benarkan kamu membuka kain penutup jenazah itu,” ujarnya dalam kepiluan. “Tidak! Ini semua tipu belaka! Sofia masih hidup,” dia berlari ke ruang tamu rumah itu. Dilihatnya sekujur tubuh terbaring tidak bergerak di sana. Perlahan-lahan dia mendekati jenazah itu. Tangannya menggigil memegang kain penutup jenazah. Perlahan-lahan dia mengangkatnya. Air matanya mengalir deras di pipinya. Tangisannya cuba ditahan, tetapi akhirnya dia mengalah jua.

Jenazah Sofia sedang terbaring tenang di situ. Khairi berlari ke luar. Dia pergi ke pondok tempat dia selalu menghabiskan masa terluangnya bersama Sofia. Dia duduk termenung seorang diri. Air matanya dibiarkan mengalir deras. Dia tidak menjerit. Dia tidak merungut. Hanya kesepian menemaninya ketika itu.

Syaitan laknatullah tidak melepaskan peluang keemasan ini membisikkan perkara negatif di telinganya. Khairi mula meragui kewujudan Allah dan sebagainya. Dia mula meragui akidahnya selama ini. Tiba-tiba suatu tangan memegang bahunya. Khairi sedikit terkejut . Kepalanya laju menoleh kebelakang. Dilihat nya Nek Esak masih memakai telekung dan ditangannya digenggam erat senaskah Yasin dan al-Quran pemberian Sofia kepadanya.

“Nek tahu kamu sedih. Nek tahu kamu pasti akan menyalahkan diri dan takdir. Tetapi, ingatlah Khairi. Allah telah mengingatkan hambanya di dalam al-Quran mengenai ajal dan maut.

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. ”

(QS. Ali-’Imran : 185)

“Sebab itulah, sebagai seorang hamba yang lemah kita memerlukan Allah setiap masa. Dan kita ni tidak akan dapat hidup dengan bahagia selagi kita tidak bergantung kepada yang Tidak Mati,” ujar Nek Esah sambil lembut mengusap rambut Khairi.

” Nek tahu, kamu sedih dengan kehilangan Sofia. Tetapi pasti ada sesuatu yang Sofia berikan pada Khairi untuk membantu Khairi. Mungkin Sofia tidak hidup di dunia. Tetapi pastikan Sofia tidak mati dalam hati Khairi kalau Khairi benar-benar sayangkan dia,” ujar Nek Esah sebelum meninggalkan Khairi sendirian.

Kata-kata Nek Esah cukup menusuk hatinya. Bagai sindiran dan peringatan untuk dirinya.Memori lampaunya bersama Sofia datang mencurah-curah kedalam fikirannya. ” Oh ya Khairi, semalam saya terdengar awak baca Al-Quran. Sedap jugak rupanya suara awak. Boleh jadi qari terkenal suatu hari nanti. Haha. Aminnn! ” kata-kata Sofia itu masih segar dalam ingatannya. Dia tersenyum sendirian.

“Nah! Ini saya ada beli satu al-Quran untuk awak. Al-Quran ni murah je. Tapi saya harap ia mampu untuk menjadi peneman sepanjang hidup awak,” Sofia ikhlas menghulurkan senaskah al-Quran yang kemas berbalut kepada Khairi. Khairi seperti merasai kehadiran Sofia. Al-Quran pemberian Sofia kepadanya dipegang kemas dan dipeluknya. Air matanya jatuh mengalir sekali lagi.

Tangannya ditadah. Dengan rendah hati dan khusyuk dia berdoa. “Terima kasih ya Allah atas peringatanmu ini. Ampunilah dosaku ya Ghafur. Hambamu ini terasa kerdil dan berdosa. Terimalah taubatku ini,” Khairi menghabiskan doanya yang ringkas.

Al-Quran yang diberi Sofia digunakannya sebagai peneman ketika dia di kala duka. Al-Quran penyelamat hidupnya di kala dia kesusahan. Ketika senang juga dia membaca al-Quran. Tidak pernah sekali dia lupa mengenai sahabatnya Sofia. Pondok usang yang menjadi tempatnya mengenali Allah dibangunkan menjadi madrasah. Dia juga membina sebuah jambatan yang selamat menuju ke madrasah itu. Jambatan itu dibina agar dapat memimpin khalifah Allah menuju ke sebuah taman syurga yang digelar Madrasatul Jannah As-Sofia.
‘’Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik laki-laki mahupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.’’ Surah An-Nisa, ayat 124.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience