BAB 6

Other Completed 4353

Persekolahan pada hari itu berjalan seperti biasa. Kehadiran Sofia, rakan baru dikelasnya tidak begitu menarik perhatian nya meskipun seluruh kelas heboh mengenai hijab yang pelajar itu pakai.” Kringgg! ” loceng berbunyi menandakan sesi persekolahan sudah tamat.

Khairi mengemas barangnya dan bergerak menyusuri lautan pelajar yang bersesak-sesak untuk melalui pintu pagar sekolah yang kecil itu. ” Hish mana Pak Mat nie,” sungut Khairi sendirian. Kesibukannya di sekolah menyebabkan dia terlupa mengenai pergaduhannya denga kakaknya pada pagi tadi.

“Pak Mat! ” Khairi terjerit kecil melihat kelibat kereta BMW milik ibunya berhenti di tepi jalan. Dia pantas mencapai begnya dan berlari kearah itu. Dia ingin cepat-cepat merebut tempat dihadapan. Lebih sejuk katanya. Tambahan pula, cuaca pada hari itu agak panas.

” Pak Mat ! ” jawabnya gembira. Kemudian Adira masuk mengambil tempat duduk di belakang. Kereta itu perlahan- lahan meninggalkan perkarangan sekolah.

Setibanya dirumah, dia melihat sebuah lori mengangkut perabot di rumah jirannya. Tahulah Khairi bahawa dia bakal menerima jiran baru. “Jiran baru aku nie, ada anak umur 10 tahun tak?” soalnya dalam hati. Matanya terhenti pada seorang gadis yang seperti mempunyai umur sebaya dengannya. “Sofia?” detik hatinya melihat Sofia menghilangkan dirinya disebalik perabot yang berselerak di kawasan luar rumahnya.

” Mama, siapa jiran baru kita tu? ” tanya Khairi ingin tahu.

“Itu Dato’ Saleh. Dia baru berpindah ke sini. Anak dia sebaya Khairi. Bolehlah Khairi belajar sama-sama dengan dia nanti,” ujar ibunya sambil mengusap rambut anaknya. Lama dia menatap wajah anaknya.

” Oh,” ujar Khairi ringkas. “Dahlah Ma. Khairi nak mandi dulu,” ujarnya. Baju sekolahnya dibiarkan saja diatas lantai. Dia membersihkan badannya dan berehat di dalam biliknya.

Radio miliknya dipasang kuat di dalam bilik. Laju sahaja matanya tertutup. Mungkin penat di sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience