BAB 8

Other Completed 4353

“Sofia, apa awak buat kalau mak ayah awak sibuk dan awak berasa bosan di rumah,” ujar Khairi mendedahkan masalahnya. ” Senang sahaja jawapannya. Petang ni awak tunggu saya kat rumah awak,” ujar Sofia tidak menjawab terus pertanyaan Khairi. Khairi mengangguk lemah mengiakan permintaan Sofia. Dia pun tidak berbuat apa-apa selepas sekolah.

Jam tangan Rolex miliknya di pandang sekilas. “Mana Sofia ni?” ujarnya didalam hati. Kadang-kadang dia terasa seperti diperbodohkan. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, pintu rumahnya diketuk lembut dari luar. “Assalamualaikum,” suara seorang gadis dari luar. ” Waalaikumsalam ,” sambut Khairi. “Itu pasti Sofia,” duganya di dalam hati. “Lambatnya awak. Penat saya tunggu,” rungut Khairi. “Maaflah,tadi saya ada kerja sedikit,” pujuknya. “Awak dah makan? Ini saya ada bawa roti,” hulur Sofia untuk menyejukkan hati rakan barunya itu. Khairi mengambil roti tersebut dan menyumbatnya ke dalam mulutnya.

” Dahlah. Nenek tengah tunggu ni,” ujar Sofia menarik baju Khairi menyuruhnya agar cepat. Belum sempat Khairi bertanya lebih lanjut, bajunya ditarik dengan kuat. Dia hanya mengekori tanpa banyak melawan. ” Nak pergi mana?” soalnya dalam perjalanan. “Ikut jelah,” ujarnya tanpa menoleh ke belakang. Mereka melalui kawasan semak samun dikawasan itu. Setelah itu, mereka terlihat sebuah tali tergantung di sebuah pokok. Dibawahnya pula terdapat sebatang sungai yang cetek.

” Nak buat apa ini?” soal Khairi dalam keraguan. “Nampak tali tu? Jom kita hayun keseberang sungai tu,” ajak Sofia. “Tapi aku tak yakin tali tu selamat diguna,” ujarnya berhelah untuk mengelak diri. Tali itu kelihatan agak rapuh. Seperti sudah lama berada disitu. Sofia tidak mengendahkan kata-kata Khairi.

Dia mencapai tali tersebut. ” Bismillah,” bisiknya lalu menghayunkan dirinya merentasi sungai itu. ” Sofia! ,” Khairi terjerit melihat kelibat Sofia hilang disebalik semak yang terdapat di seberang sungai. Lantas dia mencapai tali itu dan menghayunkan dirinya menyeberangi sungai. ” Sofia! Sofia!” jerit Khairi cemas mencari kelibat rakan barunya itu.

” Hwarhhhh! ” sergah Sofia dari belakangnya.” Oiy, awak nak bunuh saya kea?” bentak Khairi. Sofia tertawa melihat reaksi Khairi. ” Saya bergurau je. Awak pernah ke sini?” ujarnya memujuk dan mengubah topik perbualan. ” Awak yang ajak saya ke sini awak pulak yang bertanya,” dengus Khairi kasar. Sofia tersengih. “Saya ingin mengajak awak melihat kebesaran Allah sahaja,” jawab Sofia menyatakan tujuan sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience