5

Romance Series 4996

"Awak okey tak Lyna? Dia bekas boyfriend awak ke? Dia nampak macam terdesak nak kan awak." Bicara Naila setelah Ariq dan Luqman meninggalkan Starbucks.

"Don't worry aku okey. Ariq tu ex aku, biasalah mamat tu lepas kitorang break aku terus jauhkan diri dari dia mungkin si Ariq dah kena tinggal dengan si Efa keldai. Aku memang dah agak dengan perempuan tu, malangnya si Ariq tu bodoh terpedaya dengan cinta palsu Efa. Padan muka dapat balasan setimpal dengan apa dia buat dekat aku dulu. He deserve that Karma." Ujar Alyna dan duduk di kerusi sambil minum ice blended yang semakin mencair. Tengku Qail dan yang lain terkebil apabila diabaikan oleh Alyna begitu saja.

"Lyn... awak taknak jemput ke Tengku Qail dengan kawan-kawannya duduk? Dorang dah tercengang tu dengan reaksi awak." Bisik Naila perlahan di cuping telinga Alyna yang disebalik tudung bawal itu.

"Hahh? Ehh sorry Tengku.. Layan perasaan tadi lupa korang pun ada. You guys taknak minum ke? dari tadi lagi saya tengok duduk berdiri kat sini. Kalau nak minum pergila order, nak lepak sekali pun takpe alang-alang dah bertembung kat sini." Tegur Alyna apabila sedar yang Tengku Qail dan yang lain ada juga semasa dia bergaduh dengan Ariq. Bila mood dia tengah rosak orang sekeliling pun dia tak perasan.

"Ingatkan dah lupa dekat aku disini. Mujur aku ni ada perasaan sikit." Balas Tengku Qail senada.

"Geng ni kenalkan Alyna Haylana dan sebelah dia tu tak silap aku Naila. Dorang ni budak Uni sekali dengan aku, dengan si Alyna aku tumpang datang tadi so Nathan soalan kau tadi dah aku jawab. Jangan tanya soalan bodoh lagi dekat aku lepasni."

"Hye Lyn. Hye Naila. Aku Nathan dan sebelah aku ni Khalis. Sebelah Qail tu Zain dengan Raiqal. Kitorang kawan baik Qail." Ujar Nathan sedikit ramah, siapa tidak kenal dengan sikap Nathan yang terlebih ramah berbanding yang lain. Ada sahaja la si Nathan akan buat jika berlaku salah faham.

"Hye, salken jugak. Sorry la kalau hambar sebab ni memang perangai aku cuma kalau dengan kawan kau orang si Tengku ni je aku hangin sikit. Suka menyibuk percakapan orang dan paling tak tahan kenal pun tak tiba-tiba nak tumpang. Nasib baik Tengku Qail anak raja kalau tak dah lama makan penendang sulung aku." Ujar Alyna sambil menjeling kearah Tengku Qail, lelaki masih menutup mukanya dengan facemask. Takut kena serang paparazzi biasalah anak raja mesti akan jadi gosip hangat jika tidak jaga identiti elok-elok. Tengku Qail ni bakal Putera Mahkota jadi tidak hairan lah jika dia diserbu oleh wartawan sebab itu lah Alyna tidak mahu terlibat dengan kerabat risau Papa nya akan menyibuk juga.

"Watch your mouth miss Alyna, kau dari aku sampai dekat Uni memang suka cari pasal ehh. Kau ingat aku lupa ke pagi tadi siapa yang buat perangai, satu universiti pandang kau pagi tadi. Nampak tak kat situ kau tak hormat kedatangan aku pagi tadi." Sindir Tengku Qail setelah memberi amaran kepada Alyna.

"Excuse Me Tengku Qail Reezrin Danish. Itu bukan masalah saya, lagipun budak tu yang langgar saya so memang mendapat la habuan dia. It's not my fault okey. Disebabkan budak tu ecxited sangat nak tengok muka kau tu dia main rempuh aku yang elok tengah study. Sebab tu aku paling tak suka duduk kat tempat bising, tapi sebab kau tu anak kerabat aku cuba hormatkan kau even aku memang tak suka pun dalam tu." Balas Alyna kasar, kata-katanya yang tadi awak saya sudah bertukar jadi aku kau. Naila sudah pucat muka, dia cuba menenangkan Alyna.

"Dah jangan gaduh Lyn. It's not okey for you right now. Ermm Tengku please jangan cabar Lyn, She's not okey. Kalau Tengku teruskan tak pepasal Starbucks ni terbang kerusi meja. She has temper, before she got mad i hope you guys don't make her stress." Naila masih cuba meredakan suasana. Alyna juga ditarik mendekat dengan dirinya, bermacam-macam ayat pendek dibaca untuk menyejukkan baran Alyna. Jika dibiarkan pasti Alyna akan tidak terkawal because Her getting control Alyna and make her destroy everything beside her.

Tengku Qail dan yang lain terkedu melihat wajah Alyna yang memucat dah berpeluh, gadis itu juga sudah kelihatan sangat dingin dan raut wajah nya juga kosong seolah bukan gadis itu lagi. Nathan dan Khalis terus menarik Tengku Qail ke kaunter untuk membeli air. Menjauhkan mereka berdua adalah yang terbaik untuk mengembalikan Alyna.

"Look guys, it's not her right? She looks pale and cold. I thinks she has split personality and if she don't take treatment, she can be a psycho or crazy." Tengku Qail terkedu dengan bicara nya sendiri, dia mengeluh kesal kerana membuat gadis itu baran. Sekarang Alyna masih di tenangkan oleh Naila, gadis itu tidak putus-putus untuk menyedarkan diri Alyna dari kenangan lampau. Baru dia sedar yang Alyna ada trauma dengan keadaan sekeliling.

"Aku rasa aku patut surrender dengan Alyna, aku menyesal buat dia rasa tercabar. Kau tengok la muka minah tu, sangat beku dan tiada perasaan. Kesian aku tengok Naila yang masih memujuk Alyna supaya kembali seperti biasa."

"Memang patut pun Qail. Aku tahu kau pun beku jugak tapi kau tak sepatutnya menyembur je minah tu. Kalau tengokkan keadaan sekarang ni entah bila la si Alyna akan sedar." Balas Raiqal tenang sambil memerhati penjuru meja itu.

"Ehermm, sir ni air yang korang tempah." tegur satu suara di kaunter.

"Kira sekali, aku bayar." Balas Zain sambil mengeluarkan kad dan dihulurkan kepada penjaga kaunter.

Siap bayar air mereka berlima terus berjalan mendekati Alyna yang sudah kembali tenang di samping Naila. Alyna sudah terlentok dahi di bahu Naila, dia kelihatan lelah dan penat. Mata Alyna juga sudah terpejam mungkin tengah mengawal perasaan dan juga jiwanya.

"How's Alyna? Naila. Dia dah okey ke?" Tegur Khalis.

"Alhamdulillah setakat ni dah okey, bagi Lyn rehat dulu lebih kurang 30 minit Inshaallah dia kembali segar lebih dari tadi. Saya cadangkan korang jangan buat dia rasa tercabar, sebenarnya Lyn ada trauma sebab tu la dia kalau boleh jangan diajak gaduh tapi si Pipah punya geng memang suka kacau Lyn sebab tu diorang kadang-kadang kalau lebam jangan tanya lah siapa punya kerja. Lecture dekat Uni pun tak berani ambil tindakan sebab parent Lyn juga ada pengaruh dalam Uni tu cuma tidak dihebahkan je." Ujar Naila panjang sambil membuka cerita sedikit sebanyak.

"Alyna ada family problem sebab tu kalau dia kenalkan nama, tiada binti kat belakang. She so angry to her mom and her dad. Alyna anak tunggal jadi hidup dia sangat-sangat sunyi. Tapi dia ada kawan-kawan yang penyayang dan selalu stay dengan dia so Alyna masih boleh dikawal cuma penyakit baran dan split je susah sebab benda ni dah berlaku lama. Saya pun masih baru lagi dengan Alyna jadi tak banyak la pasal famili dia yang saya tahu. Dato' Addin serba salah dengan Alyna sebab dia dan Datin selalu abaikan Alyna dari kecil so he decided suruh saya jadi kawan dengan Alyna untuk jumpa kakak saya untuk buat rawatan susulan. Saya ikhlas berkawan dengan Alyna jadi saya tidak kisah jika soal rawatan dan yang lain. Dato' Addin dan Datin Hanis juga sudah kembali bersama cuma Alyna je yang tak tahu sejak dia meninggalkan villa tu, sudah lama Lyn tak balik kalau di kira lebih kurang 5bulan dan Alyna lebih suka habiskan masa bercuti di rumah kawan yang lain atau pun di Cafe. Susah sangat nak dekati Alyna sebab dia bukan peramah macam kawan yang lain, kalau budak lelaki nak dekat dengan dia pun Alyna akan mengamuk sehinggakan tiada siapa berani duduk sebelah Alyna kecuali saya. Tapi kelas pagi tadi Tengku duduk tu semua pelajar dalam kelas tercengang dan ada yang terkejut yela Alyna tak melenting, saya sedar perubahan Alyna dan masa tu cepat-cepat saya tenangkan dia so takde pape la yang jadi." Cerita Naila lagi sambil menenangkan Alyna yang masih lena.

"Patutlah Alyna tak banyak bercakap dengan kitorang rupanya sebab tu je. Mungkin dia dah lama hilang perhatian lagi pula lepas break dengan mamat gila tadi hurmm memang serik la." Sampuk Nathan.

"Yep better korang jangan buat dia stress, tapi saya syorkan untuk korang ajak Lyn berbual supaya dia dapat addapt dengan suasana ni. Alyna mesti di tarik dari masa lampau, so Tengku saya harap tengku tiada masalah untuk berbaik-baik dengan Alyna." Ujar Naila.

"Okey aku setuju." Balas Tengku Qail.

"Setuju apa?" Sampuk satu suara halus.

Terkejut mereka berenam dengan suara Alyna yang tiba-tiba menyampuk. Gadis itu pula santai saja bangun dari tidur dengan wajah tiada apa-apa seolah masalah tadi dilupakan begitu saja.

"Takde papelah. Err kau dah okey ke? pening-pening sakit kepala ke?" Soal Tengku Qail setelah mengelak untuk bercerita perihal tadi.

"Dah okey, sorry buat korang risau." Balas Alyna rileks.

"Takde pape lah Lyn kami okey je tengok awak dah sihat. Ermm Lyn boleh tak nak nombor fon awak? Boleh buat grup whatsapp untuk kita bertujuh ke ada orang lain lagi?" Ujar Nathan sambil tersengih janggal melihat renungan tajam dari kawannya.

"Boleh jer kenapa tak boleh. Buat untuk kita bertujuh sudah la, lagipun kawan saya tiga orang lagi tak tahu saya keluar dengan Tengku sekali." Balas Alyna dan dengan selamba memberi nombor nya kepada Nathan.

Sebenarnya Alyna tidak tidur pun tadi cuma menutup mata je, jadi dia dengar la apa yang Naila cerita dari awal sampai akhir. Kecewa juga apabila tahu perubahan keluarganya dari mulut Naila, kenapa tidak call dirinya dan memujuknya untuk pulang. Betul apa yang di katakan oleh Naila yang dirinya sudah lama tidak pulang ke Villa itu. Dia nekad untuk buat rawatan dengan kakak Naila, dia mahu berjumpa mama dan papa. Tapi dia perlu buat rawatan dahulu sebab takut trauma tu menyerang risau tidak terkawal nanti.

"Okey siap nanti malam nanti saya invite dalam grup eh. Btw nanti kita jumpa lagi dekat Uni ye Alyna." Usai save nombor tel Alyna mereka bertujuh pun bersurai. Alyna, Tengku Qail dan Naila kembali ke kereta mereka di hantar oleh 4sekawan itu.

Sampai dikereta baru lah mereka berpisah, Alyna dan yang lain akan pulang ke Universiti manakala kawan-kawan Qail pulang ke destinasi mereka.

"Tengku saya rasa balik Uni nanti pasti saya dan Naila akan jadi gosip dengan Tengku, termasuk juga geng Pipah. Apa lah nanti reaksi kawan-kawan saya tiga orang lagi tak gitu Naila?" Ujar Alyna sambil memandu.

"Jangan risau nanti aku tutup mulut diorang dengan salotep. Diam la jugak diorang. Aku harap dalam kelas nanti kau jadi kawan aku, aku tak rasa aku boleh berkawan dengan yang lain." Balas Tengku Qail sambil membalas pandangan disebalik cermin.

"Kalau macam tu saya harap Tengku dapat membantu lah kali ni, saya terima tengku jadi kawan saya." Jawab Lyn lagi.

"Betul tu Tengku kami harap takde lah sesuatu yang terjadi kat Uni nanti. Haihh risau saya nanti balik Uni dah la berpisah dengan awak kelas petang ni Lyn." Rungut Naila sambil melihat fonnya.

"Takde pape lah, dah kau rileks je Naila. Kalau pipah kacau report je dekat aku. Nanti pandai lah aku basuh otak si pipah dengan geng dia."

Kereta bmw milik Alyna memasuki ruang Uni kembali dan mengambil punchcard miliknya dari guard. Guard yang melihat wajah Tengku Qail juga menunduk hormat. Tengku Qail hanya balas dengan anggukan saja. Alyna menghantar Tengku Qail di hadapan hostel lelaki sebelum keretanya bergerak ke hostel wanita. Kereta nya di parkir di ruang miliknya sebelum dia dan Naila keluar dari kereta. Mereka berdua bercadang untuk menyimpan barang dan solat dulu sebelum turun semula untuk ke kelas seterusnya pada pukul 4 petang. Jam tangan milik Alyna sudah masuk pukul 2 suku jadi masa ada lebih kurang sejam setengah untuk berehat.

Mereka berdua juga berpisah setelah sampai di dorm masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience