"Weyh... korang nak tahu tak? esok ada pelajar baru nak datang. Dengar cerita orang hebat weyh."
Serang Dini Naura si minah kepoh.
"Bukan orang hebat Dini oii, tapi our Prince weyh. Ada orang cakap Prince baru balik dari UK and Prince di titah oleh Raja supaya menyambung belajar disini. Tapi aku tak tahu la kenapa banyak-banyak Uni swasta, Raja nak Prince apply public Uni. Tak ke nanti susah prince nak privasi yela korang kan tahu yang pelajar perempuan tak boleh nampak orang hensem." Celah Kayla Sasuke sambil mengipas-ngipas muka menahan panas dalam kafe.
"Betul-betul aku sokong kau Kayla, uni public macam ni tak lama je Prince stay konfirm stop. Lain la student kat sini macam kita, pasti Prince tak payah fikir 10 kali nak stay sini. Ni kebanyakan student macam si Sotong roka tu sape nama minah tu? Haa si Fifah and the geng." Ujar Julie Freya.
"Korang nak bising buat apa? suka hati dia la. Dia anak raja, setakat sampah macam si Pipah tu apa hal? sekali jentik hurm dah sampai pulau mati. Hello guys jangan la sibuk hal anak raja tu, dia sambung sini bodyguard boleh pasang ramai. Dah la korang ni pantang ada student baru riuh macam Shawn Mendes masuk uni kita. Dah la aku nak masuk dewan nanti ada kelas Miss Kateryn karang dia mengamuk aku lari." Sampuk Alyna Haylana yang sibuk membaca sambil makan keropok. Dia kurang minat gosip-gosip pelajar ni sebab tu dia menyampuk agar kawan-kawannya berhenti bercakap perihal anak raja tu.
"Ishh kau ni lyn, keras betul hati kau ye? Keras hati, keras kepala dan so on la. Sedar tak weii yang datang tu bukan kaleng-kaleng tapi yang gempak wowowo. Anak raja negara kita tu beib, aku ada la stalk dekat IG geng. Aku tengok muka Prince apak arhh hensem nak mampus, tapi sayang nya satu gambar takde pun dia senyum." Ujar Dini.
"Laju je kau buat kerja ehh Dini. Macam transformer ahahaha." Gelak Kayla dengan kata-kata sindiran untuk kawannya itu.
"Aku gerak dulu geng. Pape roger noh, korang gosip la sampai habis pasal anak raja korang tu. Kawan aku dah mesej aku. aku ada kelas Miss Kate sekarang so jumpa petang nanti." Alyna bergegas menyimpan barang sambil meminta diri dengan gengnya.
"Yelah Lyn. Study elok-elok. Petang nanti kita jumpa ada benda kitorang nak bagitahu kau." Balas Julie.
Laju je langkah si Alyna meninggalkan kafe. Dia sudah lambat untuk ke kelas. Kata-kata temannya sempat masuk kotak telinganya tadi walaupun dia sudah laju meninggalkan kafe.
::::::::::::::::::
Petang hening itu Alyna berada di taman menunggu geng yang lain untuk bersantai di kawasan Universiti. Entah apa la mereka ingin bicara dengannya. Seperti biasa jika junior atau senior yang lalu pasti Lyn akan tegur walaupun dirinya dikategori kan minah keras kepala dan keras hati. Baginya cinta itu buang masa dan dia tidak berminat itu semua, baginya cinta gagal dalam sebuah rumahtangga sama seperti kehidupannya sekarang. Papa kelain, Mama kelain. Tinggal dirinya terkontang-kanting tanpa kasih sayang. Pernah dia bercinta namun hatinya dipermainkan, sejak itu dia sangat benci sebuah hubungan. Balik rumah hanya melihat pertengkaran yang tiada kesudahan, harapkan Bik Siti sampai kesudah lah dia ibarat halimunan ketika dirumah. Bik Siti sibuk dengan kerjanya hanya ada ketika makan dan tidurnya, tiada teman borak teman main dan teman suka duka. Berada di Universiti bersama tiga serangkai melengkapkan hidupnya yang sunyi. Tepukan dibahu melenyapkan lamunan nya. Muka yang beku tanpa riak tadi kembali bersinar melihat temannya itu.
"Jauh kau termenung Lyn. Kau teringatkan benda lama tu lagi ke? Lupakan je Lyn, kau ada kitorang kan? jangan dilayankan nanti mood kau terbang lagi. Aku pasti kau akan temukan bahagia kau nanti cuma cepat atau lambat je. Aku tahu kau rindu Papa dan Mama kau kan? kau nak diorang kembali macam dulu kan? Doakan yang terbaik Insyaallah kau akan dapat apa yang kau inginkan." Tegur Freya, manakala Dini dan Kayla mengangguk menyetujui kata-kata Julie itu. Alyna yang sedang bercampur rasa itu terus menarik tiga serangkai itu dalam pelukannya. Sumpah dia takkan lepaskan teman baikknya itu, sering ada dikala dia dalam kesusahan.
"Thank you geng, korang selalu ada time aku tengah sedih. Aku cuma sunyi je babe, dah lama aku tak balik rumah tu. Kalau aku balik pun, sendirian juga aku kat sana. Nak harapkan parents aku entah bila aku boleh merasa hidup seperti sebuah keluarga." Ujar Alyna menahan tangisan.
"Kau kan ada aku, Dini dengan Freya so kau tak sunyi kan? Kau boleh ikut kitorang je nak cuti kat mana? Kami tak nak kau sedih lagi. Jangan selamkan diri kau dalam masa lampau yang tiada kesudahan." Ujar Kayla.
"Okey.. aku faham. Korang nak jumpa aku ni ada apa? hampir lupa aku lepas layan drama tadi."
"Owhh lupa nak cakap esok kita semua kena stay kat ruang utama Uni untuk sambut kedatangan prince, jadi Alyna ku yang cantik tolong jangan keras kepala taknak join nanti."
"Alah kau ni Freya. Kau tahukan aku tak suka tempat sesak dan panas tu. Kau backup je la aku macam biasa, aku nak stay dalam dewan kuliah sampai class mula." Bangkang Alyna apabila teringatkan hal esok.
"No! esok majlis penting babe, kau nak kena denda dengan Miss ke babe? Lagipun Prince yang datang nak tak nak kita kena ada dekat sana. Kita kena hormat Prince sama macam kita hormat Raja dan Permaisuri. Prince bakal menggantikan kedudukan King so we have to respect him too Alyna." Tegur Dini tegas untuk meruntuhkan tembok keras kepala Alyna.
"Fine i will go, but don't angry to me if something happen tomorrow." Alah Alyna dengan muka cemberut.
"Okey Alyna dah setuju so apalagi guys jom kita bangun joging petang ni." Ajak Freya yang sudah bangun untuk meregangkan badannya bersedia untuk joging.
"Jom! Dah lama tak turun joging sejak banyak assignment ni, okey kita panaskan badan pastu gerak serentak." Balas Kayla sambil melihat temannya untuk persetujuan.
"ONZZ!!!" Balas 4serangkai sebelum mula panaskan badan.
Petang itu mereka berempat berseronok joging di kawasan Universiti yang luas. Walaupun dikatakan universiti awam tapi bagi semua student disitu mereka ibarat berada di private Uni, suasana University Golden Greek sangat mewah hasil tajaan King and Queen. Uni itu dapat memuatkan lebih 5000 pelajar dalam masa setahun dan mengekalkan kedudukan top1 dalam negara dengan yuran berpatutan dan biasiswa yang sangat memuaskan. Tidak hairan jika Alyna memilih untuk stay dalam negara sendiri berbanding diluar walaupun sudah dibangkang sekerasnya oleh bapanya Dato' Addin yang merupakan Ceo Mega Holding's. Kalau nama keras kepala mana nak dengar kata budak Alyna Haylana.
Share this novel