Mata bengkak muka sembab, sebijik macam panda mukanya sekarang. Semalaman dia tidak mampu tidur kerana lamaran tak semenggah Tengku Qail. Selepas bersembang dengan Mama dan Papanya semalam Alyna terus naik ke bilik untuk tidur. Baru hendak terlelap dia dikejutkan dengan notifications whatsapp dari Tengku sewel tu. Mahu atau tidak dia terpaksa online juga, dia kenal perangai lelaki itu. Jika tidak dilayan pasti mesej itu akan dispam sehingga Alyna online. Kalau matikan data ada saja cara lelaki itu, mahu saja dia matikan terus telefon tapi dia tidak boleh kalau tiada penggera nanti susah sedar. Paling bangang lelaki itu lamar jadi isteri. Sah mamat tu sewel, tidak masuk akal langsung lamar dekat dalam whatsapp namun melihat mesej lelaki itu yang serious membuatkan jiwa dan mindanya stress sehingga tidak mampu untuk melelapkan mata.
Pagi tadi sebelum subuh dia nekad untuk solat istikharah bagi menyelesaikan masalah yang menemui jalan buntu. Selesai solat hajat pukul 3:30 pagi tadi Alyna terus terlelap diatas katil seusai melepaskan telekung. Namun kerana tidak cukup tidur wajahnya memang buruk. Jam sudah menginjak pukul 7 pagi, hari minggu biasanya dia tidur namun pagi ini ada kuliah subuh bersama seorang ustaz yang dijemput oleh Papanya jadi dia kena masuk sekali. Dia memakai skirt kembang dan blouse sama dengan warna tudung sarung miliknya. Bedak ditampal untuk mengurangkan wajah gelap nya. Sumpah dia nak cekik je lelaki itu sekarang tapi memikirkan hari cuti jadi dia mahu berada dirumah saja.
Alyna bergegas keluar dari bilik dan masuk kedalam surau kecil. Suara ustaz yang sedang tazkirah terhenti apabila bunyi pintu dibuka dari luar mengganggu suasana tenang itu. Masuk lah satu tubuh milik Alyna yang berjalan menunduk menuju kearah Mamanya yang sedang bersimpuh dalam telekung. Subuh tadi dia tersedar lambat akibat terlalu mengantuk sangat. Kemudian suara itu kembali menyambung tazkirah.
Alyna masih diam dan menunduk, sekali sekala dia menguap. Dia tengah tahan geram dengan Tengku Qail, kalau lelaki itu ada depan mata dah lama lunyai dikerja kan olehnya. Pantang berjumpa ada saja lah lelaki itu cuba menyakitkan hatinya. Takpe-takpe ada lori ada bas, ada masa ada hari aku balas. Giginya terketap-ketap menahan kantuk, tersengguk-sengguk kepalanya sehingga dia tersedar apabila dikejutkan oleh Datin Hanis.
"Kamu tak cukup tidur ke Lyn? dari tadi mama dengan papa tengok kamu duk menguap sekali pakej tersengguk lagi." Tegur Datin Hanis, diperhatikan oleh Dato' Addin dan seorang ustaz.
"Sorry mama, tak dapat tidur semalam. Lepas solat istikharah baru boleh tidur." Ujar Alyna tanpa sedar dia terlepas kata.
"Hahh? solat istikharah? Buat apa? Kamu nak start exam ke?" Soal Datin Hanis. Hairan dengan tingkah anak daranya yang tiba-tiba solat Istikharah.
"Bukan exam mama, soalan ni lebih susah dari exam melibatkan hidup dan mati Alyna ma. Haishh semua salah Tengku sewel tu, kalau dah depan mata memang lenyek mamat tu Alyna terajang. Suka usik lyn tapi dengan orang lain acah sombong dasar anak pangeran brengsek." Rengus Alyna tanpa menghiraukan orang lain, tangannya digenggam dan diramas seolah-olah dia sedang mengerjakan Tengku Qail. Habis dialog indo dia taram tak sedar Papa dan Mamanya sudah tersenyum.
"Dia suka kamu la tu, aihh ada ura-ura nak makan nasi minyak la mama dengan papa." Usik Datin Hanis. Ustaz Adam juga geli hati melihat perangai anak dara Dato' Addin.
"Maaf la ustaz Adam, anak dara kami memang garang sikit. Adalah tu dia geram dengan kawan dia tu." Ujar Dato' Addin.
"Papa... Lyn stress dengan Qail pa.. Dia lamar orang dalam whatsapp semalam, tapi lyn rasa macam main-main je. Mamat tu suka betul cari modal nak usik Lyn. Tapi kan Papa Qail cakap Bonda dan Ayahanda dia nak jumpa papa dengan mama nanti kalau lyn setuju." Ujar Lyn geram.
"Betul ke kamu ni? kejap Tengku sewel kejap pangeran brengsek kejap Qail? yang mana satu ni." Balas Dato' Addin.
"Sama je pa. His name Tengku Qail Reezrin Danish b. Tengku Qash Adnan. He is crown prince to be. Dia anak raja negara kita ni, and paling kebaboom dia ajak Lyn jadi permaisuri hatinya. Sebab tu Lyn jadi bengong dari semalam tak boleh nak brain." Balas Alyna Haylana.
"Astaghfirullahalazim. Anak raja? Tengku Qash Adnan? Kamu betul-betul ke cobaan ni?" membuntang mata mata Dato' Addin dan Datin Hanis. Ustaz Adam juga diam, tidak sangka anak dara Dato' kena lamar dengan bakal putera mahkota. Bukan biasa-biasa gadis ini berjaya mencuri hati anak raja.
"Bukan cobaan Pa, ini betul-betul. Kalau tak percaya papa tengok ni muka Qail ni ada tak sebijik muka Tengku Qash?" Setelah mengesahkan nama Tengku Qail. Alyna terus mengeluarkan fonnya untuk menunjukkan muka Tengku Qail kepada papanya.
"Memang Tengku Qail ni. Haihh kamu ni macam mana boleh rapat dengan kerabat raja ni? Kita ni rakyat biasa tiba-tiba terlibat dengan mereka. Takpelah nanti Papa jumpa dengan Tengku, memang kena tunduk sembah la Papa jumpa bakal mertua kamu." Setelah dia menamatkan cerita itu mereka terus menutup topik, tidak elok cerita semua lagipun ustaz Adam orang luar. Pandai-pandai lah dia bincang dengan Tengku Qash nanti.
"Jom ustaz kita turun, jemput lah makan dan minum dulu sebelum pulang." Jemput Datin Hanis, ustaz Adam merupakan ustaz yang diupah oleh suaminya untuk mengajar dan membantu mereka sedikit sebanyak tentang agama islam. Datin Hanis dan Dato' Addin baru berniat ingin mengambil ustaz Adam sebagai menantu, belum apa-apa anaknya sudah dilamar oleh anak raja pula. Melepas peluang untuk dapat menantu alim tup tup dapat anak raja. Haihh anak bertuah sungguh.
Alyna selepas keluar dari surau terus masuk kebiliknya untuk sambung tidur. Tidak tahan sangat dia juga penat dengan lamaran Tengku Qail itu. Memang menjadi kejutan hebat untuk dirinya, bagaimana lah mahu menghadap Tengku Qash dan Queen Elizabeth.
Ustaz Adam juga rasa terkilan kerana anak gadis Dato' Addin sudah di cop orang, takkan lah nak pinang lagi orang tu pun dah solat istikharah mestilah jawapannya tepat untuk orang lain. Takpelah kecewa hari ini belum tentu kecewa kemudian masih banyak lagi bunga untuk dirinya mungkin lebih baik dari Alyna.
**************
"Tengku Qail, kamu nak kemana segak-segak tu?" Tegur Queen Eliza apabila Qail melintasinya menuju ke pintu istana.
"Qail nak keluar breakfast dengan geng sekejap sekali dengan jogging tempat biasa. Why bonda ada benda nak kirim ke?" Ujar Tengku Qail sambil menyoal kembali sang bonda. Segak apa pula bondanya pandang, dirinya hanya mengenakan baju Tshirt dan seluar trek serta kasut sukan. Biasalah muka macam Ayahanda mestilah nampak segak kan.
"Takde pape lah nak kirim, bonda nak Qail bawak Alyna je datang sini makan sekali boleh? Ahahaha." Gelak Queen Eliza melihat muka kelat Qail apabila diusik begitu. Muka tu tak payah cakap la kejung habis dengan cuping telinga merah menyala tanda malu.
"Heishh bonda ni, jangan lah usik Qail camni. Btw bonda Qail dah bagitau Lyn dan siap lamar lagi. You know bonda? Alyna mengamuk ahahahaha sumpah lawak konfirm semalam Lyn tak dapat tidur lena." cerita Qail sambil melepaskan gelak yang ditahan.
"Kamu ni Qail tak baik lah usik Lyn macam tu, bonda rasa mesti Qail kena belasah dengan Lyn nanti. Nanti program tu Bonda dan Ayahanda dah decide nak berbual dengan bakal besan kami." Ujar Queen Eliza.
"Kamu pergila nanti tertunggu kawan-kawan kamu tu. Bonda cakap dengan Ayahanda nanti yang kamu keluar sekejap." Halau Queen Eliza lagi.
" Yela bonda. Laju je halau orang pergi, tak kasi jumpa Lyn baru tahu." Kacau Qail.
"Buat lah kalau berani, bonda buang barang kesayangan kamu biar padan muka." Ugut Queen Eliza senang hati apabila muka Qail masam mencuka.
"Dah la Qail pergi dulu, Assalamualaikum." Balas Qail meninggalkan ruang istana.
"Waalaikumussalam. Merajuk la tu, usik sikit terus masam muka. Kat rumah manja mengalahkan adik dia, ikut kamu lah Qail." Bebel Queen Eliza sendirian.
Share this novel