University Golden'
Ruangan universiti pagi ini sudah penuh dengan pelajar universiti, pelajar luar juga tidak terkecuali. Universiti yang terlibat lebih kurang 3 buah salah satunya Victoria University, Uni KL dan University Oxford. Alyna bercadang untuk memandu kereta mercedes milik Dato' Addin dan menyuruh Papa dan Mama menjadi penumpang diseat penumpang. Kereta itu memasuki pagar Universiti dan meminta kad pelajar untuk parking kereta di dalam kawasan Uni. Dia tidak mahu bersesak dengan kawasan orang ramai.
Kereta mercedes hitam itu diparking dalam ruang parking pelajar miliknya, pelajar perempuan yang masih berada dihostel terteleng kepala melihat kereta milik siapa yang berani parking di ruang milik Alyna. Tidak tahu kah pemilik itu Alyna akan meletop jika ada gerangan yang berani mengambil hak miliknya. Namun mereka tercengang melihat 3tubuh yang keluar dari kereta, seorang gadis dan sepasang suami isteri itu berjaya membuat mereka terdiam.
"Weyh Alyna ke tu? Serious la dia yang drive kereta mercedes tu? Gila aku ingat mamat mana berani buat kerja gila parking dekat situ." Tegur salah seorang pelajar yang berada di block itu.
"Ye lah tu si Alyna, aku rasa kereta mercedes tu milik parents dia kut. Kau tengok tu sepasang suami isteri mesti mak ayah dia takkan la orang lain pula." Ujar orang lain pula.
"Tak sangka Alyna anak Dato' Addin. Gila beb anak orang kaya tu. Alyna bukan orang biasa-biasa. menyesal aku tak jadi member dia kalau tak aku dah kikis harta dia. Kaya gilaa." Balas seorang lagi yang bijak meneka ayah Alyna.
Alyna mengajak ibu bapa nya berjalan ke dewan untuk berjumpa dengan yang lain. Dia tahu Ariq pasti ada dengan si Luqman tu. Universiti Kuala Lumpur merupakan tempat Ariq menuntut ilmu sekarang setelah lelaki itu nekad berpindah dari Uni Golden atas sebab mahu bersama kekasihnya. Lelaki gila campur bodoh memang macam tu, menyesal pernah berhubungan dengan Ariq pasti sekarang dia bahagia.
Dato' Addin dan Datin Hanis sudah gembira melihat tempat anaknya belajar, tidak sangka Universiti di Malaysia lebih megah dan sama taraf di luar negara. Mujur anaknya jenis memberontak kalau tidak pasti mereka kesunyian tanpa Alyna.
"Papa, Mama kenalkan kawan-kawan Lyn. Freya, Kayla dan Dini. They all my super bestfriend and Naila Mama dan Papa rasanya dah kenal kut." Ujar Alyna setelah memperkenalkan kawan-kawannya kepada Dato' Addin dan Datin Hanis.
"Hai Dato' Datin, kami lah bestfriend Alyna. Maaf la tak dapat jaga anak Dato' dengan Datin sebaiknya sebab Alyn keras kepala." Balas Kayla mewakilkan diri kepada kawannya.
"Ehhh kamu ni apa pula panggil Dato' Datin. Panggil je kami uncle dan auntie takpun Mama dan Papa je. Kami tak kisah pun kalau kamu tak keberatan. Auntie kira bersyukur kerana kamu semua sudi jadi kawan baik Alyna dan jaga anak kami dengan baik. Nanti free datang la rumah auntie boleh masak sedap-sedap." Ujar Datin Hanis.
"Susah-susah je auntie ni, kami ikhlas je kawan dengan Lyn. Inshaallah kalau kami free kami datang rumah uncle dan auntie. Tak susah pun kami boleh je naik dengan Alyn nanti dia nak balik." Sampuk Dini malu-malu kucing.
Alyna sudah menjeling rakan-rakannya yang sudah naik bulu untuk mengusiknya.
"Jom la ma, pa kita masuk dalam dewan. Majlis dah nak bermula tu. King dan Queen pun dah sampai rasanya kejap lagi dorang masuk dekat pintu Utama. Kita kena masuk awal kalau tidak penuh seat dengan orang lain, Lyn kalau boleh nak cop duduk depan aircond." Ajak Lyn dengan malas-malas.
"Aduh kamu ni Lyn, tak menyempat ye. Kalau dah suka terima je lah." Usik Datin Hanis, wajah anaknya sudah kemerahan apabila diusik dengan Tengku Qail.
"Apa mama ni, jangan la nanti kawan-kawan lyn tahu. Kasi ler surprise dekat mereka semua." Bisik Alyn menyuruh mamanya diamkan dulu tentang lamaran Tengku Qail.
"Iya-iya lah jom kita masuk, jom yang lain nanti boleh borak kat dalam." Santai Datin Hanis mengajak mereka semua masuk.
Manakala kawan-kawan Alyna sudah memandang curiga dengan wajah santai Alyna. Ada sesuatu yang wanita itu sembunyikan darinya. Jelas sangat ayat kiasan Datin Hanis tadi.
"Kau ada sorokkan something dekat kitorang?" Soal Kayla dengan wajah teruja.
"Mana ada apa-apa. Kau orang ni dah kenapa? Mama aku memang macam tu suka usik aku sejak aku balik rumah 2hari lepas. Dah la jom kita masuk." Ujar Alyna cuba berdalih dari rakannya.
Belum sempat dia masuk dengan yang lain, tiba-tiba mamat tak cukup kasih sayang datang menyekat laluannya.
"Hye sayang. Dah lama kita tak jumpa ehh. Mana boyfriend you sayang?" Tegur Ariq sambil tersengih tanpa rasa bersalah.
"Sape sayang kau? Ikut suka lah boyfriend aku nak pergi mana pun yang kau menyibuk kenapa." Ujar Alyna sinis.
"Aihh makin garang ye. Dulu manja tepuk pipi pun dah nangis sekarang macam rimau." Usik Ariq lagi.
"Ehh babun, kau pehal? Dah mabuk kepayang? Alyna tu dah buang kau, lelaki ramai lagi lebih hebat dari kau." Celah Julie dengan pedas.
"Kau dah kenapa pompuan? menyibuk je ini hal aku dengan sayang aku bukan kau."
"Uwekss nak muntah aku, Alyna dah lama bencikan kau." Balas Dini pula dengan aksi muntah pula.
"Dah lah geng abaikan je mamat gila ni, dia dah gila memang hilang kasih sayang." Ujar Alyna sambil berjalan meninggalkan Ariq dengan luqman tanpa menoleh lagi.
"Padan Muka! Dulu buang sekarang merangkak-rangkak cari balik. Sedar la diri tu orang dah buang tak payah lah terhegeh-hegeh. Aku tengok dah macam pengemis." Sembur Freya kemudian mereka berjalan mengikuti Alyna setelah berjaya membakar perasaan Ariq.
"Tak guna. Sekarang dah siap dengan backup lagi kau Lyn. Takpe-takpe i will make sure you will be mine." Menyeringai Ariq menandakan apa yang dia mahu akan dia tunaikan. Sudah pasti Alyna akan jadi miliknya nanti.
Msreka berdua berjalan meninggalkan ruang yang kosong itu.
Share this novel