3

Romance Series 4996

"Hello Alyn!.... wait.. Who is she Alyna? Is she Naila that girl you tell us? Wow! so cute babe.. Jangan cakap kau dah terima Naila jadi kawan kau Alyna? Hurmmm impressive guys finally Alyna yang degil dan keras kepala ni sudi juga ambil kawan baru." Ujar Freya setelah sedar kawannya itu boleh jadi friendly sekarang.

"Hello guys, datang pun korang. Ingatkan lama lagi nak habis kelas. Btw kenalkan Naila Fareeha kawan baru kita, dia satu dewan kuliah dengan aku. Korang boleh la kenal-kenal dengan Naila ni, kalau korang dah kenal rapat pasti korang suka dengan Naila so aku harap korang okey la ye." Balas Alyna tenang sambil melihat reaksi temannya yang terkejut dengan kehadiran Naila.

"Hye korang, saya Naila. Senang berkenalan dengan korang semua." Tegur Naila sambil membetulkan kaca mata petaknya itu.

"Hye too Naila. Nice to meet you. Don't be shy with us just do like what you do with Alyn. I harap you dapat tahan dengan perangai Alyn tau. Btw selamat datang dalam grup kami, aku harap kau tak tikam belakang kitorang sudah." Balas mereka bertiga sambil mengambil tempat duduk.

"Thank you because trust me, saya harap dapat jadi macam korang juga." Ujar Naila segan.

"Okey jom makan, Naila you makan la jangan segan-segan dengan kitorang. Sekarang you dah jadi team kitorang." jawab Dini senang dengan kehadiran teman baru mereka.

Riuh cafe dengan suara mereka berlima lagi-lagi bila Naila sama-sama masuk air. Geng pipah pun sudah naik juling mata melihat wajah geng Alyn yang sedang berborak riang. Pantang nampak orang senang ada saja la si Pipah ni nak cemburu. Memang patut pun student lain panggil geng Pipah ni geng Roka, suka sangat menyibuk dan dengki dengan geng Alyn. Tak serik makan penendang Alyn, ada je mulut laser dia membidas perbualan Alyn.

"Oii bising je korang semua, dah la tomboi buat macam cafe toknek dorang je. Excuse me geng I pun ada juga." Bidas Pipah sambil menyindir GENG alyn.

"Kau pehal pipah? Jealous tengok orang ada geng baru camtu? Biar la kitorang tomboi pun, janji tak menyemak macam sampah. Sikit-sikit meroyan macam orang gila dah aku tengok." Bidas Kayla pedas sambil menjeling geng Pipah yang sedang berasap. Kena bidas panas hati lah tu.

"Ehh kau dah kenapa pompuan? Dah la acah-acah jepun. Muka I tengok dah macam bangla je. Betul tak geng? Ahahahahaha..." Gelak Pipah and The geng dengar suara mak lampir.

Kayla Sasuke yang mendengar ejekan Pipah terhadap namanya sudah naik angin. Ingin saja dia menarik rambut karat milik Pipah tu namun ditahan oleh Dini.

"Kau jangan layan minah gila tu Kayla. Karang makin naik gila perempuan tu, nanti ada je la dia mengadu dekat dekan. Macam kau tak kenal perangai hantu dia tu." Tegur Julie sambil menenangkan Kayla.

Alyna yang sedang santai kali ini bangun menyampuk. Berapi telinga dia bila si Pipah sudah mempermainkan nama kawannya.

"Kau asal pipah? gila? dah nak mampos? Memang kau ni sejenis spesis hantu yang susah nak dihalau kan? Pantang nampak orang senang ada je kau sibuk ehh. Ohh jap aku lupa, perempuan macam kau kan kurang perhatian sebab tu lah sibuk aje cari benda nak buat viral. Kau kalau setakat mulut je pedas tak payah acah hebat la kang bukan setakat tampar je hinggap kat muka tak lawa kau tu tapi dengan set tapak kasut canvas lagi aku bagi free." Tukas Alyna.

Selepas membidas si Pipah terus dia mengajak geng nya pergi. Sampai dekat hostel mereka terus berpisah kerana Kayla, Freya dan Dini ada kelas selepas ini. Manakala dia mengajak Naila pergi ke lot parking kereta pelajar. Kunci kereta bmw miliknya dikeluarkan dari beg galas. Setelah lock dibuka Naila terus ditarik masuk kedalam kereta, sementara menunggu enjin panas Alyn terus menghantar whatsapp kepada Tengku Qail. Mahu saja dia tinggalkan lelaki itu dan mengabaikannya namun satu mesej ugutan dari lelaki itu membantutkan niatnya.

" Dasar anak raja' menyusahkan aku je. Menyesal aku keluar lambat tadi dengan Naila kalau tak takde mamat tu menyibuk nak ikut keluar juga." Dengus Alyna yang geram dengan Tengku Qail.


Alyna memandang sebelah. Naila masih ralit memerhati ruang kereta miliknya. Reaksi gadis itu kelihatan seperti kagum dengan kemewahan barang dalam kereta.

"Ehermm Naila. Sorok sikit muka eksited tu. Aku tahu lah kau tak pernah naik kereta mewah, tapi jangan lah sampai buat aku ni serba salah." Tegur Alyna.

"Ehh sorry Lyn. Tak pernah naik kereta bmw ehehe." Balas Naila.

"Dah la kau duk diam-diam. Kita kena jemput Tuan Putera dekat depan pagar. Menyibuk aje Tengku tu, macam la dia takde driver nak tolong hantar kan ade ke patut tumpang kereta tak seberapa aku ni." Rungut Alyna setelah menyuruh Naila duduk diam.

"Sabar la Alyna. Nak tak nak kena tolong juga. Kalau bangkang nanti jadi lain pula." Pujuk Naila.

"Thanks. Mujur ada kau Naila. Kalau tak mampus anak raja tu aku kerjakan." Balas Alyna.

Gear D ditolak sebelum minyak ditekan untuk memulakan perjalanan. Kereta di pandu perlahan keluar dari kawasan hostel, menuju ke pintu gerbang universiti. Sampai saja di depan guard Alyna terus menurunkan cermin kereta, Tengku Qail yang elok berdiri disergah. Punchcard milik pelajar asrama diambil sebelum di serahkan kepada guard yang bertugas untuk tanda dalam buku outing pelajar. Naila pelajar luar jadi gadis itu hanya menulis nama sahaja. Manakala Tengku Qail berjalan masuk kedalam kereta bmw Alyna dan duduk di seat penumpang di belakang dengan santai tanpa menghiraukan pandangan pelajar lain yang juga ingin keluar.

Setelah mendapat keizinan, kereta bmw Alyna terus keluar dari perkarangan Universiti dan bergerak ke atas highway menuju ke Kuala Lumpur. Masa yang diambil lebih kurang 40 minit dari Universiti ke pusat bandar. Alyna memasang bluetooth fon nya pada radio dan memasang lagu 'My Universe - Cosplay/BTS' dan menghiraukan pandangan tajam Tengku Qail. Naila yang disebelah sudah tertidur.

'Ehh Naila ni boleh pula dia tidur dalam kereta, Ni mesti pantang naik kereta lepas makan terus tidur. Haishh perangai papazola betul la si Naila ni.' Rengus Alyna sambil menjeling Naila yang begitu lena.

"Ye Tengku? Ada apa-apa nak cakap ke. Dari tadi lagi duk jeling saya kenapa?" Tegur Alyna sekilas sambil matanya kembali memandang ke depan.

"Kau ni anak orang berada jugak eh? Boleh tahan naik kereta bmw lagi. Aku ingatkan siapa yang sergah aku kasar tadi rupanya kau." Ujar Tengku Qail.

"Saya memang anak orang berada tapi kereta ni saya beli hasil duit saku sendiri. Tak main lah duit parent bagai, tak hamak langsung duit diorang. Kalau mereka kaya sekalipun mereka tak mampu bahagiakan seseorang dengan duit dan harta. Disebabkan duit mereka lupa ada lagi yang masih memerlukan selain kekayaan." Balas Alyna dengan maksud tersirat.

"Maksud kau?" Balas Tengku Qail tidak faham dengan penjelasan Alyna.

"Abaikan je lah Tengku. Nanti Tengku akan tahu benda ni sendiri. Apa yang saya boleh cakap dengan duit dan kekayaan tak mampu menjamin kebahagiaan seseorang." Jawab Alyna tenang.

"Okey. Kejap nama kau apa ek? Dari tadi aku duk beraku engkau dengan kau lupa nak tanya nama kau."

"Nama saya Alyna Haylana, just call me Alyna or Lyn." Balas Lyn singkat.

"Ouh Alyna hurmm notbad cantik je nama kau tapi tula kau nampak kasar dan sombong."

"Dah la Tengku, lepas ni kita akan sampai dengan Mall. Tengku nak jumpa sesiapa ke atau ada apa-apa ke nanti saya mesej kalau saya nak balik U semula. Ke Tengku nak balik dengan orang lain? Saya tak kisah okey je."

"Aku datang dengan kau, balik pun dengan kau jugak la. Lagipun kelas petang nanti aku dengan kau sama." Balas Tengku Qail.

"Okey fine, pape saya call tak pun saya mesej. Pastikan Tengku tak keluar dari kawasan Mall kalau tak saya tinggal and then pandai-pandai lah Tengku balik sendiri." Ujar Alyna malas.

"Dalam kelas nanti aku duduk dengan kau. Aku tak selesa dengan perempuan dekat U. Semua gatal pandang aku macam nak tembus."

"Ahahaha. Dah Tengku tu anak raja, memang dorang takkan jemu pandang. Lagi-lagi geng pipah confirm menyelit nanti. Pandaila Tengku handle sendiri."

"Takpe selagi kelas kita sama aku takkan berhenti menyelit sekali dengan kau."

"Whatever Tengku. Jangan sampai si Pipah tu masuk hospital sudah." Balas Alyna dengan menjulingkan mata keatas.

Kereta bmw milik Alyna bergerak masuk ke ruang bassment bawah tanah. Keretanya sengaja dipandu berdekatan pintu masuk untuk parking di depan. Setelah jumpa parking depan terus dia menyelit masuk. Selesai parking, Alyna mengejutkan Naila yang masih tidur. Tengku Qail sudah turun dari kereta sambil berdiri di sisi pintu kereta menunggu Alyna dan Naila keluar.

"Tengku dah boleh gerak. Kalau Tengku siap awal tunggu je saya dengan Naila kat sini. Kalau kitorang lambat Tengku terus call saya tak pun mesej je. Naila nanti kau ingatkan aku juga ehh." Tegur Alyna setelah siap menglock kereta.

"Ye aku call senang. Dah kau boleh masuk dengan Naila dulu. Aku tunggu member aku jap lagi diorang sampai." Balas Tengku Qail.

"Kami gerak dulu Tengku." Jawab Naila lembut sambil menarik lengan Alyna yang sudah ingin berlalu.

"Hurmm.." Tengku Qail hanya memandang dua gadis itu pergi meninggalkan dirinya di ruang parking. Mask hitam di pakai untuk menutupi identiti miliknya sebagai anak raja.

Setelah 10minit berlalu, datang 4orang lelaki tampan dan bergaya yang merupakan sahabat baik Tengku Qail.

"Wassup bro? Kau datang dengan siapa Qail?" Soal Nathan sambil menjeling ruang parking.

"Ssup. Ahh sibuk je kau Nath. Aku datang dengan siapa suka hati aku lah." Balas Tengku Qail sambil bersalam dengan rakan-rakannya.

" Dah korang ni pantang jumpa je gaduh. Jom masuk." Marah Khalis sambil menarik 2lagi rakannya masuk kedalam.

Mereka berempat masuk dengan penuh bergaya sehingga menarik perhatian orang sekeliling.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience