7

Romance Series 4996

"Sayang ni kenapa ajak abang turun awal-awal ni." Tegur Dato' Addin yang pelik dengan perilaku isterinya Datin Hanis.

"Ishh abang ni. Ada la sayang nak abang turun awal. Abang nak buat duduk atas lama-lama." Rungut Datin Hanis sambil menarik suaminya turun ke meja makan.

Sampai di bawah Dato' Addin pelik melihat pinggan lebih dihidang. Makanan juga nampak seperti bertambah dari menu biasa. Isterinya yang sibuk mengisi nasi dalam pinggan dipandang curiga. Ada tetamu istimewa ke hari ni, matanya juga meliar memandang sekeliling untuk melihat sesuatu yang mencurigai.

"Abang dah kenapa pandang-pandang semacam je. Alahh mana ada orang pun hanya kita-kita je ni. Kalau abang cari memang tak jumpa pun orang lain." Ujar Datin Hanis sambil memberi isyarat kepada Bibik Siti untuk mengajak Alyna turun makan. Sengaja menyuruh anak gadisnya tunggu bibik Siti panggil untuk buat kejutan kepada si Bapa.

"Abang risau sayang bawak tetamu datang je. Abang ni pakai kain pelikat dengan baju melayu takkan lah nak biarkan aurat sayang terbuka depan tetamu." Balas Dato' Addin sambil melihat pakaian isterinya yang santai berbaju tidur kelawar.

"Takde lah. Abang tunggu sekejap sayang nak ambil barang kat dapur." Datin Hanis memberi isyarat kepada Alyna untuk datang menutup mata Dato' Addin dari belakang sebelum memeluk papanya itu.

Alyna yang faham isyarat Datin Hanis perlahan-lahan keluar dari tempat persembunyian dan menjengket-jengket kaki kebelakang Papanya. Tangan halus nya terus menekup kedua belah matanya sebelum suara Datin Hanis keluar menyuruh Dato' Addin meneka siapakah gerangan yang menutup matanya.

"Cuba abang teka siapa dekat belakang abang?" Soal Datin Hanis.

"Ehh mestilah sayang, takkan lah orang lain pulak. Ke sayang bawak siapa?" Jawab Dato' Addin sambil cuba melepaskan tekupan di matanya.

"Salah lah papa, takkan tak cam tangan halus Alyna dengan Mama." Tegur Alyna selepas perlahan-lahan menjauhkan tangan. Dia berura-ura untuk meninggalkan Dato' Addin untuk merajuk namun belum sempat dia pergi Dato' Addin terus menariknya ke dalam pelukan hangat papa nya itu.

"Alyna? Anak kesayangan papa ke ni? Anak papa sampai bila kenapa papa tak tahu?" Soal Dato' Addin hairan selepas melepaskan pelukan nya.

"Alyna lah tu bang. Dia sampai tadi masa abang tengah mandi. Dia surprisekan kita terkejut Hanis tadi tengok Alyna depan pintu dengan sebuah bagasi." Balas Datin Hanis sambil melangkah ke arah 2beranak itu. Dia juga memeluk lengan Alyna anak manjanya itu.

"Surprise Pa, Ma. Sorry la tak bagitau nak balik. Saja nak bagi kejutan tapi tu lah maghrib tadi baru sampai sebab jalan jammed. Takpelah alhamdulillah sampai depan rumah. Lagipun jack dah nak inform kat papa tadi yang Lyn sampai, lyn sekat dia sebab nak buat surprise and then gini lah jadi." Jawab Lyna panjang.

"Ouhh begitu, okey malam ni kita sembang lagi. Dah lama papa dan mama tak spend time dengan Lyn. Maafkan kami ye sebab telah lama mengabaikan kamu, disebabkan sikap kami juga lah kamu menjadi mangsa. Kami janji selagi kami masih bernyawa kami takkan sia-siakan anak gadis kami lagi." Ujar papa dengan riak wajah kesal dengan sikapnya yang lepas. Mama juga sama melepaskan rasa sayu melihat anak gadis mereka yang terabai jauh.

"Jom makan Tuan, Puan. Dah sejuk nasi dengan lauk tu. Tak baik kalau dibiarkan lama-lama. Sambung lepasni ye drama tu." Tegur Bibik siti apabila melihat makanan yang sudah terhidang masih belum disentuh.

"Haihh bibik ni, baru nak feel sedih. Tak jadi dah. Jom la ma, pa kita makan." Balas Alyna sambil mengajak makan.

Malam itu mereka makan dengan tenang. Alyna juga senang hati apabila keluarga sudah pulih seperti dulu. Ini yang dimahukan olehnya harap-harap berkekalan sehingga akhir hayatnya. Aminn. Tidak putus dia mengucapkan alhamdulillah dalam doanya setiap kali melihat perubahan mama dan papa nya.

>>>>>>>>>>>>>>>

King&Queen Pov'

"Sayang.. Qail ada balik ke tadi? bunyi macam sayang tengah bercakap dengan dia tadi?" Tegur Tengku Qash kepada isterinya Queen Elizabeth.

"Ye bang, Qail baru sampai lepas kita solat maghrib tadi. Sayang berselisih dengan Qail dekat lif, anak kita baru nak naik kebilik katanya bosan duduk kat Hostel. Qail kata dia nak bermalam disini sampai lusa." Balas Queen Eliza sambil menyapu losyen di lengan.

"Budak bertuah tu haih, tak lama lagi bakal jadi putera mahkota tapi sikap degil dan keras kepala masih tak berubah lagi. Abang sebenarnya taknak beri jawatan tu kepada Qail, kesian anak kita masih lagi belajar tapi kena pegang jawatan tinggi. Tapi kalau dah Tengku Qarl memilih untuk jadi doktor takkan abang nak halang pula." Resah Tengku Qash memikirkan anak-anaknya yang semakin membesar, musuh ada dimana-mana cepat atau lambat jawatan tu harus di turunkan kepada salah satu puteranya. Namun hanya Qail saja yang harus dipilihnya memandangkan putera sulungnya memilih untuk teruskan kerjaya sebagai doktor.

"Sabarlah abang." Pujuk Queen Eliza. "Abang nak turun sekejap jumpa Qail kalau sayang nak ikut abang jomlah, tapi pastikan pakai tudung dan stokin." Tegur Tengku Qash sebelum perlahan turun dari tempat beradu.

Mereka berdua keluar dari bilik menuju keruang tamu istana. Istana Tengku Qash mempunyai 100 buah bilik dan 5kawasan berkeluasan beberapa hektar. Jarak Istana dan pintu pagar lebih kurang panjang 2buah padang bola. Manakala ruang kebun bunga ruang kolam berasingan. Dalam istana tersedia beberapa ruang seperti bawah tanah, tempat menembak, memanah dan berlatih untuk memberi kemudahan kepada anak-anaknya.

Tengku Qail sedang santai berada di kawasan lapang untuk beristirehat, ruang itu hanya membenarkan orang tertentu saja boleh masuk. Sedang dia bermain fon untuk membalas whatsapp suara sang Ayahanda menyapa telinga. Terus Ip dimasukkan kedalam poket.

"Qail sibuk ke? Ada benda sikit Ayahanda nak cakap dengan Qail." Tegur Tengku Qash, tangannya menarik isterinya duduk bersama di atas pangkin yang disediakan.

"Tak Qail tak sibuk Ayahanda, tadi balas mesej kawan Qail saja. Ayahanda nak cakap apa dengan Qail?" Soal Tengku Qail tenang, senang melihat hubungan mesra ibu bapanya. Nanti kalau dia kahwin dengan Alyna macam ni ke rasa jadi suami isteri. 'Kau dah kenapa Qail, dengan Alyna pun kau boleh berangan' tukas hati Qail. Menggeleng kepalanya dengan fikiran nakalnya itu.

Tengku Qash dan Queen Eliza sudah berkerut melihat yang tiba-tiba menggeleng kepala.

"Kamu dah kenapa, kata okey ni tiba-tiba geleng kepala sihat ke tak?" Soal Queen Eliza pelik melihat perangai anak lelakinya itu.

"Ehehehe sorry Bonda, Qail rasa otak Qail putus fius malam ni tu yang senget benget. Teruskan je apa yang Ayahanda nak cakap." Balas Tengku Qail sambil tersengih serba salah.

"Ayahanda nak buat satu permintaan dengan Qail ni. Sebelum Ayahanda nak sangat Qail dapat tunaikan hajat ayahanda ni. Tak susah cuma hajat Ayahanda mungkin bagi Qail sangat berat untuk diterima tapi setiap pemimpin memerlukan orang kanan disisinya untuk menempuhi ranjau bersama." Ujar Tengku Qash berkias.

"Apa maksud Ayahanda? Orang kanan ni bukan macam personal assistant ke? or bukan?" Soal Qail tidak faham dengan ayat kiasan sang Ayahanda.

Queen Eliza juga tidak faham namun, dia sedar ayat kiasan itu bermaksud Qail harus mencari wanita untuk menjadi tempat dia mengeluh dan susah senang. Jika Tengku Qail memegang jawatan itu, anaknya haruslah mempunyai seorang isteri untuk mengurus semua kemahuan anaknya. Sama sepertinya ketika mula kenal dengan Tengku Qash, lelaki itu terus menjadikannya seorang isteri sesudah memegang jawatan putera mahkota.

"Ayahanda nak sebelum Qail jadi putera Mahkota, Qail mesti berkahwin dan mempunyai seorang isteri yang sanggup setia menghadapi segala rintangan bersama Qail. Every Kings need his Queen." Terang Queen Eliza sambil mengenggam tangan kekar milik Qail.

"What? I'm still 24 years old Ayahanda. But Ayahanda macam mana Qail nak cari isteri Qail dalam keadaan macam ni? Melalui syarat-syarat tu Qail harus menjadi Putera Mahkota setelah umur Qail masuk 25 tahun. Susah la Ayahanda nak cari wife material semua ni, nak cari macam bonda oh mai god mahu seminggu Qail demam." rengus Qail stress memikirkan masalah yang satu ini.

"Qail cari je yang sesuai dengan Qail, yang Qail rasa dia boleh buat kamu rasa selesa disamping. I know you Qail, love after married is better than before. Bonda know your Ayahanda after married and all about him i know after he choose me as a wife. Well i know him so kindly and i hope you can choose the best for you." Balas Queen Eliza.

"Kalau macam tu Qail rasa Alyna okey kut untuk Qail. Tak fake dan simple. I think you like her Bonda. She kinda cute and beautiful like you but she so strong after what happen to her before." Ujar Qail membuka cerita tentang Alyna si gadis misteri yang penuh kisah sedih.

"Alyna? Who is she Qail?" Soal Tengku Qash.

"Her name is Alyna Haylana bt Dato' Addin. hijabista woman and simple people. But she has a bad temper before because family trouble but after that she is on good condition with all friends supporter. I heard from her friends, her family is getting okey and become lovely family. Today Alyna back to her family house. She want to meet them so much after 5month she not going home. Because of her i want back home today." Cerita Qail tenang kepada ibu bapanya. Rasanya dia tidak salah untuk memilih Alyna menjadi suri hatinya. Alyna yang garang, mulut celupar dan Alyna yang berani melawannya tanpa rasa takut. Baru tadi mereka bergaduh dalam whatsapp.

"Nampaknya Alyna lebih menarik dari yang disangkakan. It's okey nanti Qail bawak Alyna jumpa bonda dan Ayahanda ye. Jap dia kawan satu Uni dengan kamu ke sekarang Qail?"

"Yes bonda. Dia kawan Qail dekat Uni, kalau bonda nak jumpa rasanya lebih baik jumpa kat Uni nanti program lusa. Rasanya Alyna cakap yang family dia pun akan ada masa program tu." Ujar Qail.

"Kalau macam tu terserah kamu Qail, pastikan kamu sampaikan kepada Alyna khabar ini. Kalau tak nahas Ayahanda kerjakan kamu. Jom sayang kita masuk, sunyi je istana kita sejak puteri kita sambung belajar. Tinggal si Qail je kat Istana kesunyian abang dan sayang kat Istana besar ni harapkan putera sulung kita tu entah sampai bila mahu di London macam lah Malaysia tiada hospital besar." Ujar Tengku Qash setelah sudah memberi amaran kepada Tengku Qail.

"Entah la abang, sayang pun tak tahu." Balas Queen Eliza.

Tengku Qail hanya diam memerhati kedua susuk bonda dan Ayahanda yang bergerak masuk kedalam ruang istana.

Whatsapp'

"Online" (Alyna Baran)

- Oii Lyn..
-Aku nak cakap something ni.

(Tengku Sewel)

- Apehal tengku ni.
-Orang nak date dengan famili pun sibuk.

(Alyna Baran)

-Aku nak bagitau something ni harap kau tak terkejut pengsan mampos dah la.

(Tengku Sewel)

-Pebenda? kau jangan macam-macam ehh.
-nanti tak pepasal kau makan kaki aku.

(Alyna Baran)

-Hek eleh sikit-sikit kaki.
-Aku nak ajak kau Kahwin dengan Aku!
-Ayahanda dan Bonda aku akan masuk meminang kau kalau kau setuju.

(Tengku Sewel)

-Kau biar betik Tengku sewel?
-Kau main-main kan Tengku?
-Tak lawak lah malam-malam ni bangang!.

(Alyna Baran)

-I' M SERIOUS ALYNA HAYLANA.
-aku dah bagitahu famili aku, kau adalah calon isteri aku.
-JUMPA DEKAT UNI DEPAN BONDA DAN AYAHANDA AKU, PSST JANGAN LUPA PULA!

(Tengku Sewel)

-Badigol bahlol kau Tengku.
-Punya ramai pompuan aku jugak kau pilih.
-Siap kau aku terajang sampai pluto
-Tengku..
-Oii
-Pehal bluetick..
-Tengku Qail Reezrin Danish!!!!

seen...

Tengku Qail gelak terbahak-bahak di pangkin itu, seronok dapat mengenakan Alyna. konfirm minah tu tak lena tidur malam ini dan seterusnya. Dengan santai dia berjalan masuk kedalam istana. Malam ni dia tidur lena lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience