2minggu kemudian, Alyna menjalankan rutinnya seperti biasa belajar dan rehat. Namun ada dua benda baru yang sudah sebati dalam hidupnya selama seminggu yang lalu, dirinya juga sudah nampak sedikit perubahan dari segi senyum dan tenang. Hubungannya dengan Tengku Qail juga seperti biasa, walaupun sering bersama dalam dewan kuliah mereka tetap menjadi orang asing. Hanya Naila dan rakan-rakan baik lelaki itu saja yang tahu tentang hubungan mereka sebagai kawan. Minggu lepas Naila membawanya ke rumah kakak Naila yang bernama Nurin untuk rawatan, sebagai doktor psikologi Naila mencadangkan Alyna menjadi pesakit personal kepada Doktor Nurin dirumahnya dan seperti biasa rutin rawatan harian Alyna hanyalah perbualan terbuka dan sesi luahan untuk membuka minda dan jiwa pesakit yang mengalami fasa kemurungan dan kesepian.
Kawan-kawan Alyna juga membantu dia untuk menyesuaikan diri dalam pergaulan dan suasana sesak. Mereka di bantu oleh Naila membawa Alyna ke tempat yang sesak seperti zoo dan pawagam. Alyna juga berusaha untuk merawat dirinya sendiri, selain sokongan kawannya itu. Kawan kepada Tengku Qail juga tak putus memberi dorongan melalui grup whatsapp. Mereka tidak sempat berjumpa pada hari minggu kerana kesibukan masing-masing.
Masih ramai yang tak sedar dengan keakraban Alyna dengan Tengku Qail sebab mereka berdua selalu tidak bertegur sapa didalam kelas mahupun di luar dewan. Naila juga sedikit membantu Alyna agar mereka tidak tertangkap sedang berkawan dengan anak raja itu. Terkadang Alyna lebih kerap bergaduh dengan lelaki itu didalam dunia maya seperti di grup whatsapp ataupun personal, Geng pipah juga seperti biasa pantang nampak Tengku Qail mula lah jadi ulat bulu naik daun dan sotong patah tulang. Tergedik-gedik semacam sedangkan Tengku tidak pandang sekilah pun kepada mereka malah lelaki itu hanya suka bergaul dengan student lelaki junior mahupun senior.
Ruang laluan utama penuh dengan pelajar yang sedang berhimpun di depan papan kenyataan untuk info penting, nampaknya Uni Golden bakal mengadakan hari terbuka kepada semua orang luar termasuk pelajar dan lecture. Majlis hari terbuka akan menjemput Raja dan Permaisuri untuk menghadiri majlis ini bersama. Pihak yang bertanggungjawab juga sudah menampal beberapa poster untuk aktiviti-aktiviti menarik bagi pelajar yang ingin mengumpul pointer.
"Guyss... ada aktiviti menarik lah majlis next week, paling boom' pelajar uni luar pon join jugak. Arrrr best gila tahun ni." Ujar Dini dengan wajah gembira sambil menepuk-nepuk tangannya. Pelajar yang lalu lalang melihat karenahnya juga diabaikan.
"Bapak ahh siyes la Dini? Nanti kita ambil dengan Zack lebihan list aktiviti tu. Aku pun nak isi borang jugaklah." Balas Kayla teruja.
"Aku nak cakap lagi ni. Siapa yang nak nyanyi diberi peluang untuk menyanyi dengan rela hati je, tapi malangnya suara aku tak sedap. Selain tu ada aktiviti drama sebabak yang hanya 10 team yang terpilih je boleh join. Ada lagi bermacam aktiviti seperti game contohnya lawan congkak, bola jaring, tarian aerobik, masak-masak, gubahan, futsal dan bola sepak. Acara lain pula seperti fesyen design baju akan diperagakan di dewan terbuka dan last sekali quiz untuk kutip point. Majlis ni berjalan lebih kurang 3hari berturut-turut dan paling best King and Queen akan join selama majlis berlangsung dan tamat." Sambung Dini lagi. Dia dengar dari orang yang membaca list penuh so dia memang nak join beberapa aktiviti tersebut.
"Geng aku dan Naila rasanya akan join juga aktiviti tapi bukan drama or aktiviti sukan. Rasanya korang akan tengok sendiri surprise kami berdua. Boleh kan geng?" Celah Alyna dalam grupnya.
"Sokey la lyn, janji kau join juga. Kami bertiga akan join untuk lakonan dan game sukan Bola jaring, nanti jangan lupa ada time kami berlawan ye Lyn. Kau pun Naila jangan hilang sekali dengan Lyn pula." Balas Freya rileks.
"Copp cop.. satu lagi aku nak cakap. Kali ni majlis terbuka untuk bawa ibu bapa dan keluarga geng. Paling best akan ada pihak lain yang join seperti artis-artis malaysia juga dijemput, gerai-gerai makanan luar pun boleh join and last sekali pelajar juga boleh buka gerai tapi kena jumpa ketua bahagian gerai dan kantin la." Celah Dini lagi menyambung list program yang akan berlangsung minggu depan.
Mereka berempat sudah memandang wajah Alyna, untuk melihat reaksi kawannya itu. Yela program ni melibatkan keluarga dan ibu bapa pasti Lyn akan terasa jika join program tu.
"Kenapa korang pandang aku macam tu?" Soal Lyn.
"Kau okey kan dengan program ni?"
"Aku okey ja. Korang jangan risau lah, tak nampak ke wajah aku ni manis dan happy. Aku dah sihat dan semakin terbuka so korang jangan la macam-macam."
"Kalau macam tu okey la." Balas Dini senang dengan sikap terbuka Alyna yang sekarang. Gadis itu tidak melenting dan memberontak seperti dulu lagi.
*********
Hari cuti mingguan. Alyna nekad untuk pulang setelah yakin dengan dirinya yang sudah berubah lebih baik. Tidak sabar mahu melihat reaksi Papa dan Mamanya. Naila juga sudah tahu yang Alyna mendengar perbualannya dengan Geng Tengku Qail 3minggu yang lalu, Alyna ingin bercuti di Villa Dato' Addin setelah lama tidak pulang. Sudah lama Alyna ingin memeluk kedua insan tercinta itu, dia ingin merasakan pelukan hangat yang berpuluh tahun dia tidak rasai sejak hubungan dingin itu. Alyna mahu pergi program itu bersama Mama dan Papanya, dia mahu merasakan hari bahagia bersama ibu bapanya.
Bagasi besar itu di tarik keluar dari bangunan Hostelnya. Dia diiringi oleh Kayla, Freya, Dini dan Naila. Bagasi diangkat dengan dibantu oleh 4 rakannya itu. Setelah itu mereka berpeluk untuk berpisah buat 2hari ini, pelukan mereka berlima umpama sokongan dari empat sahabatnya untuk berhadapan Mama dan Papa Lyn. Alyna kemudiannya masuk kedalam kereta di ruang pemandu bersedia untuk pulang kerumah. Kereta bmw dipandu meninggalkan kawasan hostel, bayangan susuk tubuh 4kawannya itu masih berdiri di tempat parking sebelum bayang itu hilang disebalik pokok yang ditanam di sekitar Hostel perempuan itu.
Seperti biasa selesai menanda kad untuk keluar Uni, punchcard miliknya akan disimpan oleh guard. Alyna terus memandu keluar dari Uni setelah mendapat kebenaran untuk keluar dari kawasan Uni Golden, dengan wajah tenang Alyna memandu kereta menuju ke Selangor, Villa Papanya terletak di jalan puncak alam baru di Selangor semestinya kawasan elit sahaja kawasan villa disitu.
Ringtone Blue memenuhi ruang kereta, Alyna yang sedar panggilan dari seseorang terus memakai bluetooth di telinganya. Nama si pemanggil di pandang sekilas 'Tengku Qail sewel' rupanya. Dah kenapa mamat tu call. Sebaik panggilan diterima satu suara tidak asing terus menyergah tanpa memberi salam.
"Alyna aku nampak kereta kau keluar dari kawasan Uni. Kau pergi mana? Aku whatsapp tak reply." Terjah Tengku Qail sebaik sahaja Alyna menjawab panggilannya.
"Assalamualaikum Tengku. Sorry la tak bukak whatsapp saya tengah drive tak boleh main fon. Saya balik villa rumah Papa saya dekat selangor. Tak boleh ke Tengku?" Jawab Alyna tenang terselit dengan sindiran halus. Sengaja menyindir lelaki itu agar lelaki itu sedar dengan perangai penyibuknya.
"Waalaikumussalam. Amboi kemain ehh kau sindir aku. Balik villa? Bukan ke minggu ni tak boleh balik ke sebab lusa ada program." Balas Tengku Qail, kemudian dia menyoal kembali dengan soalan.
"Saya terkecuali, atas asbab dah lama tak balik jumpa keluarga. Program lusa saya boleh datang dengan famili saya jadi tiada masalah kut kalau saya balik." Ujar Alyna sambil menunggu tol di hadapan. Jammed jalan sebab orang dah balik kerja terpaksa la Alyna drive mungkin nak masuk waktu maghrib baru la dia sampai di puncak Alam.
"Okey kalau macam tu, aku letak call dulu. Sorry ganggu kau drive. Hati-hati drive, petang-petang jalan jammed. Jangan speed drive sudah karang eksiden mereput kau nak jumpa famili. Assalamualaikum." Balas Tengku Qail tanpa nada, dia juga sudah ingin menamatkan panggilan.
"Sokey la Tengku, hilang boring kejap jalan jammed layan Tengku dengan perangai sewel. Waalaikumussalam." Jawab Alyna yang sudah berura-ura untuk tamatkan panggilan. Sempat dia dengar lelaki itu mendengus geram.
Tamat saja panggilan, Alyna terus menyambung fon nya dengan radio. Pasang lagu sebagai teman hilangkan bosan. Sepanjang dia drive memang bosan dan mengantuk namun dia tahan demi berjumpa dengan Mama dan Papa. Tepat adzan Maghrib Alyna sampai depan pagar vila. Kunci pagar khusus untuknya ditekan untuk membuka pagar automatik. Kereta bmw miliknya menyelit masuk tepat sebelah kereta mercedes milik Dato' Addin. Keluar dari kereta, pagar villa terus ditutup risau masuk orang penjahat. Waktu maghrib orang tiada diluar jadi tidak elok dibiarkan sedangkan ada je guard dekat luar. Guard juga sudah kenal dengan keretanya tidak jadi untuk membuka pagar kerana Alyna sendiri sudah ada kunci spare. Dia kearah bonet dan mengeluarkan bagasi dengan sendiri tidak mahu menyusahkan pengawal Papanya yang bersedia untuk menolong tapi ditolak awal-awal oleh Alyna.
"Jack Papa saya ada kat dalam dengan mama saya?" Tegur Alyna kepada pengawal papanya yang menjaga di depan pintu.
"Cik Alyna. Dato' dan Datin ada dirumah. Masuk lah Cik Alyna. Ke nak saya inform kepada Dato' terus?" Balas Jack, dia juga sudah bersedia untuk sampaikan kepada Dato' Addin.
"Tak payah Jack, saya nak masuk buat surprise." Jawab Alyna sambil menggeleng kepala untuk menolak bantuan Jack.
Dia terus mengheret bagasi untuk masuk kedalam rumah. Pintu diketuk di selangi ucapan Salam.
Bunyi ketukan pintu dan salam yang berselang seli membuatkan Datin Hanis hairan siapakah gerangan yang datang pada waktu maghrib. Biasanya Jack akan sampaikan kepadanya ataupun suaminya jika tetamu datang tapi tiada telkom satu pun dari lelaki itu. Dato' Addin berada dalam bilik untuk mandi, mereka berdua akan menunaikan solat maghrib bersama di dalam surau kecil yang disediakan.
"Siti.. siapa yang ketuk pintu tu? Jack takde bagitau kamu ke?" Tegur Datin Hanis.
"Takde lah pulak Puan, saya pun hairan siapa yang datang waktu maghrib macam ni." Jawab Bik Siti setelah keluar dari dapur. Dia juga sudah ingin bergerak ke pintu namun dihalang oleh Puan Hanis.
"Jap siti, biar saya sendiri buka pintu. Awak ikut je saya dari belakang okey." Sekat Datin Hanis sebelum dia berjalan kedepan.
"Tukk tukk tukk.. Assalamualaikumm.." Ujar Alyna lagi tanpa mengalah.
Jack dan Kyle tersenyum-senyum melihat kegigihan si Alyna ni. Adoilah orang nak inform kat Dato' dia tak bagi sibuk nak ketuk bagai, ketuk la pintu tu sampai roboh cik Lyn oi jangan mengamuk sudah. Tapi mereka sedar yang Alyna sekarang tidak seperti dulu. Dingin dan garang malah mereka juga terkejut melihat Alyna yang santai berbual dengan Jack.
"Ye kejap, nak bukak dah ni pintu. Kenapa si Jack dan Kyle ni bagitahu ada tetamu datang. Buat susah je tetamu tertunggu dekat luar..." Bebel Datin Hanis sambil berusaha membuka pintu rumah. Baru ingin memarahi Jack dan Kyle, lidahnya terkelu melihat insan yang diabaikannya di depan mata.
"Al...Alyn..Lyna ke tu? anak mama? kamu anak mama kan? Alyna Haylana anak mama kan?" Tegur Datin Hanis yang terkejut dengan susuk tubuh Alyna didepan mata. Lopak matanya sudah kabur dengan air mata yang bakal menitis bila-bila masa je.
Bibik Siti yang berada di belakang Datin Hanis juga terkejut melihat kepulangan gadis itu. Sudah lima bulan lebih Alyna tidak pulang, sejak itu rumah makin sunyi dan sepi. Alyna merajuk dan membawa diri ke Uni dan tidak pulang kerana Dato' dan Datin yang kerap bergaduh dan jarang pulang sehingga menyebabkan Alyna terluka dengan layanan ibu bapanya. Bibik Siti juga selalu sibuk mengemas rumah dan hanya mampu teman Alyna makan saja selepas itu dia sibuk di belakang.
"Ye mama, Alyna dah balik. Alyn rindu sangat dengan mama dan papa." Balas Alyna sayu.. Terus dia berlari masuk kedalam pelukan ibu tercinta. Berjuraian air mata miliknya turun. Jack dan Kyle cuma diam melihat sesi air mata 2beranak itu.
"Puan ajaklah Lyna masuk, tak elok maghrib ni duduk tercegat depan pintu." Tegur Bibik siti.
"Ye tak ye juga, aihh jumpa Lyn sampai mama lupa nak ajak lyn masuk dalam rumah. Jom lyn kita masuk dalam rumah, Lyn mandi-mandi lepastu kita jumpa papa ye makan malam sekali. Mesti papa happy dapat jumpa Lyn." Ujar Datin Hanis sambil menarik Alyna masuk kedalam.
Bik Siti menyuruh Kyle mengangkat bagasi Alyna masuk kedalam rumah dan diletakkan keatas. Nanti dia akan kemaskan bilik gadis itu walaupun bilik Alyna sentiasa dikemaskan olehnya kerana Datin Hanis tidak mahu bilik Alyna berhabuk.
"Baik mama, Naiklah mama dulu. Lyn nak minum air sekejap. Tak sabar nak peluk papa. Dah lama lyn tak peluk mama dan papa. But malam ni lyn takkan lepaskan peluang." Jawab Alyna kemudian dia menyuruh Datin Hanis naik ke biliknya. Alyna haus kerana memandu lama akibat tersekat dengan jalan jammed. Dia mahu basahkan tekak sebelum naik mandi dan solat. Kering tekaknya kerana menangis tadi. Selepas ini dia akan pastikan tekaknya basah baru la terfikir untuk bertekak dengan Tengku Qail nanti.
Cepat atau lambat pasti hubungannya dengan Tengku Qail sebagai kawan akan pecah. Dia akan pastikan yang dirinya sudah bersedia menghadapi kawan-kawannya itu. Selesai basuh gelas yang digunakan Alyna terus naik keatas sempat dia berpapasan dengan bibik siti. Dia memeluk bibik siti dengan kejap untuk melepaskan rindu untuk wanita tua itu. Kemudian bik siti menyuruhnya masuk mandi, wanita itu harus bersiap untuk menghidang makan malam sebentar lagi. Tanpa rungutan Alyna terus masuk ke biliknya dan bersihkan diri.
Share this novel