"ALYNA HAYLANA!!. Boleh tak turun cepat sikit. Agak-agak la nak study sambil berjalan pun, aku tahu la kau tak minat semua ni tapi boleh tak jalan laju sikit nanti kena report dengan ketua dorm macam mana?" Rungut Kayla melihat perangai Alyna yang sengaja melambatkan langkahnya. Sudah la pagi ini bakal pelajar baru akan datang, kalau pelajar biasa takpelah tak payah sambut ini anak raja kena la hormat sebelum kelas mula.
Tidak tahan dengan kelembapan Alyna turun tangga terus Kayla merampas buku tebal itu kemudian menarik lengan kawannya itu turun tangga secepat mungkin. Dini dan Freya sudah menunggu mereka berdua di pintu utama Universiti, sekejap lagi akan ada pengumuman dari MC dan penghormatan semua pihak Universiti kepada Putera Mahkota itu.
Sampai di pintu utama, keadaan sudah penuh dan sesak dengan pelajar serta lecture. Tangan Kayla masih kemas menggengam lengan Alyna risau terlepas temannya yang keras kepala seorang ini. Alyna memang keras kepala sejak ibu bapanya kurang memberi perhatian malah Alyna juga sangat baran jika ada yang berani cari fasal dengannya. Alyna harus dipantau sentiasa risau gadis itu akan bergaduh dengan Fifah and The Geng, biasanya geng itu akan cari gaduh dengan Alyna walaupun sudah banyak kali makan tendangan dan mulut pedas Alyna ni tapi mereka juga jenis tak makan saman malah sering saja cari pasal.
"Kayla oii lepaskan lengan aku ni. Sakit tahu tak, heishh mesti merah lengan aku ni. Bingit betul la duduk sini, anak raja je pun bukan malaikat maut pun yang datang. Havoc je depa semua macam dapat gaji dan elaun hari-hari kalau sambut anak raja." Rungut Alyna perlahan sambil mengerling suasana hingar bingar dalam kolej. Sempat dia menjeling kepada Kayla yang masih belum melepaskan lengannya.
Penuh ruangan dewan dengan pelajar yang sedang mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan Tengku Qail. Tengku Qail ialah lelaki kacukan melayu british namun menetap di Malaysia kerana Tengku Qash Adnan ialah Ketua Agong. Permaisuri pula anak kepada Gabenor British, permaisuri merupakan puteri kedua Gabenor british dan jatuh cinta kepada Tengku Qash saat bertemu di Perjumpaan ketua Negara di Amerika Syarikat. Setelah mendapat persetujuan dari kedua-dua pihak keluarga mereka berdua berkahwin di Malaysia penuh dengan adat istiadat.
Tengku Qash dan Princess Elizabeth Jayden dikurniakan 4orang cahaya mata. Anak pertama ialah Tengku Qarl Radzin Daniel, kedua Tengku Qaira Rafeyna Delia, ketiga Tengku Qail Reezrin Danish dan yang bongsu bernama Tengku Qaireen Raifa Danisha. Keempat-empat mereka bermata biru seperti permaisuri dan berambut hitam pekat seperti Raja. Mereka berempat mempunyai aura yang berbeza dan Tengku Qail lebih mewarisi aura datuknya Tuan Jayden yang tegas dan beku. Manakala yang lain lebih kepada sikap Tengku Qash dan Princess Elizabeth.
*************
MC : "Kepada semua pelajar dan tenaga pengajar sila berada di dalam barisan anda masing-masing sebentar lagi kita akan menyambut ketibaan putera kedua Yang Amat Mulia Putera Tengku Qail Reezrin Danish. Harap semua pelajar tidak merosakkan majlis ini dengan sikap tidak sopan, mohon semua dapat memberi hormat dengan ketibaan Tengku."
Pov Alyna and the geng'
"lambat lagi ke? panas la berdiri lama-lama kat sini. Karang aku jadi hulk baru padan muka." ujar Alyna sambil mengipas mukanya dengan buku.
"Kejap je lyn, bukan lama pun. Sabar la dulu lagipun aku pun panas jugak ingat kau sorang jeke?." tegur Dini perlahan, geram dengan sikap Alyna yang kurang penyabar dan panas baran.
"What ever la, lepas putera tu datang aku nak blah cepat-cepat. Aku tak boleh tahan la lama-lama kat sini. Macam-macam bau ada, memang semua pasang kilang minyak wangi ke apa. Sembur berbotol-botol sampai bau pun dah macam longkang." Ujar Alyna sambil merepek entah pape. Buku yang dirampas Kayla tadi kemudian dibuka untuk sambung membaca.
Mereka bertiga hanya menggeleng kepala dengan rungutan Alyna, gadis itu dibiarkan pot pet pot pet sendirian sehingga lah tibanya putera yang ditunggu. Jika dilayan si Alyna sampai ke esok la dia melalut jadi mereka hanya biarkan janji Alyna tak buat hal dalam majlis ni sudah.
mc : " Okey diminta semua berdiri tegak, saya akan mengumumkan ketibaan Tengku setelah beliau turun dari kereta ye." Ujar mc dengan tenang. Nafas diatur tenang setelah 3buah kereta mewah berhenti tepat di hadapan tangga utama kolej. Setelah yakin pintu kereta dibuka mc terus membuka bicara sambil menunduk diikuti oleh semua penuntut di Universiti itu untuk menunduk hormat.
"Dipersilakan Yang Amat Mulia Tengku Qail Reezrin Danish, kami dengan penuh hormatnya menjemput Tengku masuk. Harap segala kekurangan dalam majlis ini diterima dengan baik oleh Tengku." Sebaik menghabiskan kata-katanya mc dan yang mendapat persetujuan Tengku Qail, Tengku terus mengangguk perlahan dengan satu senyuman ringkas sebelum wajahnya kembali beku. Langkah Tengku Qail diiring oleh ketua dekan dan pensyarah yang terlibat sahaja sebelum masuk kedalam bangunan utama.
bukk'
"Woi sakitlah bangang!! kau dah kenapa hah? buta ke. Tak nampak besar-besar aku dekat sini. Tahu la eksited tengok ANAK RAJA' tapi tak payah la langgar aku bagai. Sakit punggung aku tau, dah la panas, bau kat sini pun dah macam dalam jamban. Pagi-pagi dah kacau mood aku!." Marah Alyna dengan geram kepada seorang pelajar yang melanggarnya sehingga jatuh. Malah sikunya juga berdarah akibat perlanggaran itu. Suasana dalam dewan yang tadi sedikit bising kembali sunyi apabila suara lantang Alyna yang kuat memenuhi dewan.
Langkah Tengku Qail dan yang lain juga turut berhenti dengan suara bising Alyna. Tengku Qail turut berpaling untuk melihat kelibat itu, namun matanya yang ingin melihat lebih dekat terganggu apabila ketua dekan mengajaknya untuk meninggalkan ruangan itu. Suasana juga kembali tenang setelah kumpulan tadi memohon maaf dan bersurai meninggalkan ruang dewan.
"Maaf-maaf, Alyna tengah badmood jadi kami sebagai wakil memohon maaf sekali lagi kerana telah membuat bising tadi." Ujar Kayla dan Dini. Alyna sudah ditarik oleh Freya meninggalkan dewan risau jadi padang gusti Alyna dan budak perempuan tadi.
Semua pelajar sudah bersurai dan kembali ke dewan dan kelas masing-masing untuk belajar. Alyna juga sudah kembali kepada mood biasa, pandangan pelajar yang mengenalinya ketika di ruang tadi juga diendahkan. Dia sangat marah dengan budak perempuan tadi, berani budak tu langgar dia masa tengah study memang kena la sedas. Alyna juga tertekan kerana tidak dapat mengawal sikap panas baran dan keras kepala nya. Hendak buat macam mana, dia bukan la gadis yang lembut dan fake macam perempuan di luar sana. Sejujurnya sejak dia putus dengan bekas kekasihnya, Alyna tidak mampu lagi mengawal dirinya malah Alyna juga sering memberontak dihadapan Papa dan Mamanya.
Pagi ini kelas Madam Saerah, kelas fizik dan seperti biasa dia bersendirian kerana 3 temannya yang lain ada kelas ekonomi. Alyna mengambil seat tengah tidak jauh dari papan kenyataan dan tidak dekat sangat. Dalam kelas fizik juga Alyna susah mahu cari kawan baru kerana sikap nya yang keras kepala, tapi dia sedar ada seorang minah yang tak pernah putus asa untuk jadi temannya siapa lagi kalau bukan Naila si budak nerd yang suka mengambil seat di sebelahnya.
"Hai Alyna, awak okey tak? tadi awak kan yang marah-marah dekat dalam dewan?" Tegur Naila Fareeha.
"Ye aku tadi, entah budak mana langgar aku tadi. Kau tau kan aku paling pantang orang langgar aku sampai jatuh. Kalau sikit takpelah aku boleh maafkan, ini tak sampai koyak lengan baju aku campur dengan luka bagai. Memang aku ngamuk lah." Balas Alyna panjang lebar sambil membaiki lengan bajunya yang koyak sedikit.
Ternganga Naila apabila soalannya dibalas panjang lebar. Pertama kali Alyna ingin berbual panjang dengannya.
"Mesti sakit kan? Nanti ikut Naila ye Lyn, biar saya sapu ubat. Awak kena kawal panas baran awak Alyna atau pun ikut saya jumpa doktor. Kalau dibiarkan nanti bahaya untuk diri dan keselamatan awak." Ujar Naila lembut sambil matanya sibuk melihat luka dan cahaya dalam mata Alyna yang penuh kelukaan.
"Kau dah kenapa ternganga? macam tak biasa tengok orang pun ada. Jap? kau ajak aku pergi hospital jumpa doktor begitu? Tak masalahnya sekarang ni aku tak sakit Naila kenape aku kena jumpa doktor?" Tegur Alyna dan dia juga dengan kerasnya menolak cadangan Naila yang mengarut tu.
"Ehehehe sorry. Bukan saya cuma terharu je awak sudi bercakap dengan saya panjang lebar. Ehhh' jap bukan maksud Naila nak paksa Alyna pergi hospital. Naila suruh Alyna jumpa doktor je, kalau Alyna tak keberatan Naila boleh bawak Lyn jumpa kakak Naila. She's a doctor. Dia boleh tolong Lyn kawal kemarahan dan panas baran. I think u need personal doctor to give you fighting." Balas Naila dengan senyuman kekok, jelingan Alyna begitu menusuk untuknya.
"Tapi untuk apa Naila? untuk aku luahkan apa yang aku rasa macam tu? Aku dah penat Naila, sumpah aku cakap aku nak hidup macam kau dan kawan aku yang lain tapi semua yang aku harapkan tu cuma mimpi. Sakit aku gembira aku takde siapa yang kisah. Kalau aku mati pun entah mak bapak aku tahu ke tak. It's hurt me so much Naila, can you stay beside me and feel how i'm pain. No one's can stay how i feel when i need someone to fight for me. They just make me over crazy and died with my body." Ujar Alyna lirih namun riak wajah nya ketara sangat tegang ketika itu.
"Don't worry Alyna, you have me and you have your friends. I'm pretty sure you will be fine after this.Tomorrow i will borrow you meet my sister, i know she can make you back yourself again. Don't be sad anymore, trust me i won't let you down again and i know your parents don't want you sad always." Pujuk Naila sambil mengenggam kemas tangan Alyna.
"Thanks Naila, aku harap kau tak hancurkan harapan aku. I know you will be the best of my friends. Naila Fareeha sudi tak kau jadi kawan aku dunia dan akhirat." Ujar Alyna tenang dan berharap.
"What!!? Seriously Alyna? i can be your friends? Why not, i've been waiting for along time to be your friend Alyna. My answer is 'Yes' Lyn. I want be your friend and be your soulmate too." Balas Naila dan memeluk tubuh Alyna kemas.
"Ehermm! Naila Fareeha! Alyna Haylana. Can't you explain?" Tegur satu suara tegas dari bawah. Suasana yang bising tadi juga kembali sunyi.
"Ehh Madam Saerah. Sorry Madam, i lost control Mam. I'm just excited cause we can be friends. For second, i'm so sorry madam again." Balas Naila sambil memohon maaf atas perbuatannya dengan Alyna tadi sehingga tidak sedar wanita itu sudah masuk dalam dewan.
"Okey Naila and Alyna. I forgive you for today, and congratulations for your relationship. I hope you guys don't make me angry again. You can sit on your seat." Ujar Madam Saerah sebelum kembali berada di sebelah seseorang.
"Okey semua student tolong senyap. Saya tahu kamu semua gembira dengan kehadiran Tengku Qail dalam kelas ni jadi tolong hormatkan saya as a lecture. Today Tengku Qail akan join kelas Fizik bersama kamu semua dan tolong jangan buat perangai dan layan Tengku Qail dengan baik. So jangan macam-macam ehh. Btw Tengku Qail boleh ambil tempat duduk yang kamu suka. Silakan ye Qail." Ujar Madam Saerah sambil menghulurkan tangan untuk mempersilakan lelaki itu naik ke atas.
Tengku Qail mengucapkan terima kasih kepada madam Saerah, dia kemudian berjalan kearah tangga dan naik menuju ketempat kosong sebelah Alyna yang berada di tengah antara Naila dan kerusi itu. Seat itu sahaja yang kosong dan dekat berbanding seat lain, jika dilihat tiada seorang pun berani berada di sebelah Alyna kecuali Naila dan sebelah kerusi seterusnya orang lain. Alyna sudah tayang muka keras dan bekunya sehinggakan Naila yang berada di sebelah pun rasa aura Alyna itu. Lengan Alyna digosok lembut agar gadis itu tenang, Dia tahu Alyna sangat benci berada di sebelah lelaki sebab itu seat itu dibiarkan kosong saat kelas bermula. Namun kehadiran Tengku Qail yang santai mengambil seat itu membuat kan semua pelajar dalam dewan terdiam, mereka juga tahu yang Alyna memang tidak suka sesiapa duduk di sebelahnya kecuali Naila gadis nerd yang tak makan saman. Mereka sendiri sudah pernah lihat Naila kena sound tapi Naila tetap Naila, lama-lama Alyna biarkan juga. Kalau budak lelaki Alyna memang awal-awal dah sound supaya mereka tidak mengambil seat sebelah nya jika tidak Alyna akan buat sesuatu sehingga mereka menyesal.
"Alyna, don't take serious just relax and please take breath. I know you don't like it, don't be angry, remember he is a prince. If Lyn is angry you will be in danger." Pujuk Naila supaya Alyna tenang.
Melibat Alyna sudah kembali tenang dan biasa, Naila terus memfokuskan pandangan nya kedepan untuk sesi pelajaran. Alyna juga sudah boleh memegang pen dan menulis seperti biasa.
Dia risau Alyna jadi orang lain, she can be a monster when she can't control herself. Naila harus minta tolong kakaknya untuk bantu Alyna kali ni, Alyna tidak boleh dibiarkan sakit tanpa dirawat kalau tidak masa depan Alyna musnah.
Sesi pembelajaran berjalan lancar, Alyna juga masih tenang di sisi Naila. Dengan keadaan Tengku Qail yang tidak bertegur sapa dengan Alyna mampu mengurangkan simptom panas baran mengejut. Simptom ini akan beraksi apabila mangsa tidak mampu mengawal trauma dan panas barannya. Kemungkinan Alyna akan kemurungan jika tidak rawat seawalnya, sebab itu Naila berusaha mendekati Alyna supaya dia dapat membantu Alyna mengatasinya.
Bunyi loceng kedua menandakan kelas Madam Saerah tamat, Alyna sudah bersiap untuk kemaskan alat tulis dan nota fizik. Bersedia untuk keluar rehat, biasanya dia akan bersendiri sambil menunggu 3sekawan lagi untuk rehat bersama. Kali ni dia akan mengheret Naila sekali boleh la dia mengenalkan Naila kepada Dini, Freya dan Kayla.
"Jom Naila, rehat sekali dengan aku. Aku nak kenalkan kau dengan 3sekawan tu. Boleh la jugak kau teman aku sekali, lagipun 3lagi tu keluar 30 minit lewat dari kita." Ajak Alyna sambil menggalas begnya.
"Boleh juga Alyna, saya pun biasanya sorang je. Sejak dah jadi kawan awak takdenya kesunyian saya kat sini." Balas Naila.
"Kalau macam tu jom la, kita rehat dulu. Kau takde kelas kan lepas ni Naila? Apa kata lepas rehat dengan geng aku kita keluar kejap dari Uni? Aku drive lagipun kelas petang pukul3 so sempat je nak keluar." Ujar Alyna yang sudah memulakan langkah untuk turun diikuti Naila dari tepi.
"Ehh sama la dengan Naila, kelas saya pun pukul 3 sesi seterusnya. Kalau Alyn dah ajak takkan lah Naila nak tolak. Alyn ada nak keluar mana-mana ke?" Balas Naila.
"Ada la Naila. Kalau tak aku takkan ajak kau keluar sekali."
Belum sempat pintu dewan ditarik oleh Alyna, ada satu tangan menghalang dan memegang tombol pintu.
"Ehhh pehal lak. Sape yang pegang tombol....." Belum habis bicara Alyna lidahnya sudah kembali kelu melihat raut tampan seorang lelaki yang menyekat mereka berdua dalam dewan. Baru sedar hanya tinggal mereka bertiga saja dalam dewan kuliah dan semua sudah keluar awal.
"Sorry! Aku yang sekat. Kenapa? tak boleh tapi aku nak sekat juga. Tadi aku dengar korang nak keluar lepas rehat kan? aku nak tumpang sekali boleh? Kalau tak boleh aku nak dibolehkan juga. Bak fon kau!" Tegur Tengku Qail tenang tanpa riak malah dengan wajah bersahaja dia minta tumpang kereta untuk keluar sekali. Dengan pakej minta nombor fon sekali.
"Excuse me? Kau? tumpang aku. No way Tengku Qail. I dont care if you Prince pun. Aku tak suka tumpang kan lelaki dalam kereta aku walaupun kau anak raja sekali. Lepaskan tombol pintu tu Tengku, jangan buat aku hilang hormat dekat kau Tengku." Marah Alyna dengan suara dinginnya. Dia tak suka lelaki, bapaknya sendiri dia benci inikan pula lelaki didepannya.Tidak masuk akal langsung sikap Tengku Qail itu, dia punya ramai bodyguard kenapa tak naik saja keretanya kenapa perlu tumpang dirinya ini siap minta nom telefon lagi. Bagi Alyna memang tak la.
"Cik Alyna. Kau ni kan memang degil jugak ehh, aku ingatkan kau ni macam perempuan lain tapi tak sangka sombong dan keras kepala. What ever give your fon or you will get your punishment after class today? choose 1 or 2?" Ugut Tengku Qail.
"Okey fine, dont you dare to punish me Tengku Qail." Terus Iphone 13 promax di berikan kepada Tengku Qail. Lelaki itu dijeling tajam sehingga mahu tembus ke otak. Setelah lelaki itu dapat apa yang dia mahukan akhirnya Alyna dilepaskan.
"Btw dont forget to send me location ye Miss Alyna. See you there." Balas Tengku Qail dan keluar dari dewan itu meninggalkan Alyna yang sudah berasap manakala Naila sudah menutup mulut. Terkejut dengan bicara Tengku Qail.
Alyna yang masih panas ditarik oleh Naila ke Cafe untuk sejukkan badan. Naila tahu yang Alyna bakal meletup jika dibiarkan begitu saja.
Share this novel