"Weyhh, best doo suara kau lyn. Jap asal kau nyanyi lagu marry you weii dah la duet dengan Aqil dan Tengku Qail tadi. Kau tahu tak menjerit habis peminat Tengku Qail tengok korang berdua nyanyi atas pentas tadi. Siap pakej senyum lagi ehh, ada something yang kau sorokkan dari kami ke Lyn? Then sejak bila kau rapat dengan Tengku Qail?" Ujar Kayla panjang dengan soalan berjela.
"Mana ada apa-apa kau kan tahu aku dengan dia kan kawan sekuliah lagipun kitorang pernah satu grup kuiz so kami kena kerjasama la, aku saja je ajak Tengku Qail nyanyi sekali salah ke? Untung korang juga boleh dengar suara emas dia." Dalih Alyna masih menyimpan rahsia itu kemas. Naila hampir tergelak dengan helah Alyna, masih berdalih walaupun sudah jelas Alyna ada relation dengan Tengku Qail.
"Jap mana mama dan papa kau?" Soal Dini sambil melilau mencari kelibat Dato' Addin dan Datin Hanis.
"Entah la tadi ada lepas je kita keluar diorang pergi mana pula, ada lah tu jumpa kenalan rapat. Kau pun tahu orang korporat pantang jumpa geng dekat tempat begini." Balas Alyna tenang namun matanya juga sibuk mencari sang ayah dan ibu.
"Sini pun kamu lyn, tadi kami jumpa dengan bakal besan. Dia kata nak masuk meminang kamu lepas majlis makan malam dekat rumah kita nanti. Diorang akan jemput kita kesana so Lyn kena bersiap sedia." Tegur Datin Hanis setelah dia berbual dengan Tengku Qash dan Puteri Eliza bersama Dato' Addin.
"Hahh! Tunang? maksud Auntie bakal tunang Lyn ke?" Jerit Freya perlahan, terbuntang mata mereka berempat apabila Datin Hanis menyebut perihal tunang.
"Apa ni Lyn, kau bercinta dengan siapa doo. Tup tup dah nak bertunang. Auntie siapa bakal tunang lyn?" Ujar Dini dan yang lain serentak.
"Adalah secret, nanti korang datang la majlis tunang aku pastu korang tahu la siapa bakal tunang aku tu." Balas Alyna sambil tersengih kerang busuk. Bukan mahu menipu tapi mahu kawan-kawannya terkejut dengan berita gembira ni.
"Haishh kau ni makin banyak surprise pula sejak dah okey, tadi pun kami terkejut tengok kau buat persembahan nyanyian spontan. Tapi kan bagus la kau ni Lyn, aku tengok berasap dah si Ariq tu dengan sindiran lagu yang kau nyanyikan. Kelat semacam je muka mamat tu ahahaha paling tak boleh blah mamat tu terus keluar lepas kau nyanyi lagu marry you dengan Tengku Qail." Sambung Kayla lagi.
"Ariq? siapa tu lyn?" Soal Datin Hanis menyampuk perbualan gadis itu.
"Ariq tu bekas teman lelaki Lyn ni auntie. Tapi diorang break sebab si Ariq tu curang, herm lelaki yang cintakan nafsu ni memang tak kekal lama auntie last last kena tinggal juga dengan kekasih dia." Cerita Dini sambil disokong Freya.
"Dia ex Lyn ma, cuma dia nak getback sejak akhir-akhir ni tu Lyn berniat nak nyanyi beberapa lagu untuk tujuan biar dia sedar yang lyn takkan bagi peluang kedua lagi dekat dia." Ujar Alyna ringkas.
Datin Hanis mengangguk faham, baru dia tahu Alyna pernah bercinta dengan seorang lelaki yang bernama Ariq. Banyak yang dia tidak tahu tentang anak kandungnya sendiri, dia pasti akan perbaiki diri sebagai seorang ibu. Dia memandang Dato' Addin, mereka melihat wajah cantik Alyna yang mewarisi mereka berdua. Kerana dia dan suami tiada persefahaman dan kepercayaan mereka mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga Alyna. Sungguh kejam kerana melebihi harta kekayaan berbanding anak sendiri.
Alyna mengajak mereka semua ke khemah jualan makanan dan minuman. Menjamu selera dulu sebelum ke aktiviti seterusnya. Mereka tidak terlibat jadi jika nak balik awal mereka juga dibenarkan dan biarkan yang masih ingin berada di university sahaja.
>>>>>>>>>
Setelah selesai makan dan minum, Alyna dan kawan-kawannya membawa Dato' Addin dan Datin Hanis pusing kawasan universiti.
Mereka bertembung dengan geng Tengku Qail, perangai peramah si Tengku Nathan tidak dapat dielakkan. Lelaki itu berhenti dan menegur Alyna dan Naila sebelum menegur Dato' Addin dan Datin Hanis.
"Ehh Hye Lyn, Naila. Kejap Dato' Addin dan Datin Hanis pun ada juga?" Tegur Tengku Nathan.
Tercengang mereka semua. Kayla, Freya dan Dini sudah diam memandang susuk tubuh didepan mereka.
"Kamu Tengku Nathan Eskandar kan? Anak Tengku Nubhan betul tak uncle teka?" Soal Dato' Addin.
"Betul la tu uncle. Tak sangka jumpa uncle dekat sini. Uncle dengan Auntie datang dengan siapa?" Ujar Tengku Nathan setelah mereka berlima bersalam dengan Dato' Addin.
"Kami datang dengan anak perempuan kami Alyna, tadi kamu tegur tu anak kami la. Macam mana boleh kenal Lyn ni Nathan?" Balas Datin Hanis tersenyum manis.
"Alyna Haylana anak Uncle dengan Auntie ke? Laa kecik je dunia, tup tup Lyn dengan Nathan kawan je Auntie. Tak sangka boleh jumpa sekali gus."
"Ahaha nampaknya begitu la. Ni kawan-kawan Nathan ke semua?" soal Dato' Addin.
"Haah uncle, ni kawan Nathan. Yang tinggi pendiam tu Tengku Qail, yang kacak bergaya pula Syed Raiqal, manakala yang tegap hitam manis tu Tuan Zain Dyren dan last putih bersih tu Tengku Ammar Khalis. Kami semua berlima tu datang sekali sebab jemputan Uni." Balas Nathan sambil memperkenalkan kawan-kawannya.
"Jadi kamu lah Tengku Qail putera kedua Tengku Qash dan Puteri Eliza kan? tak sangka dapat tengok kamu depan-depan tadi jauh tak nampak sangat atas pentas. Boleh tahan orangnya hermm memang patut pun orang tu meroyan." Ujar Dato' Addin dengan jelingan kepada anak daranya.
"Maksud uncle?" soal Nathan.
"Takde lah uncle saje je. Uncle nak bercakap dengan Tengku Qail sekejap ye, kamu berbual la dengan yang lain." Balas Dato' Addin dan menggamit Tengku Qail bersamanya. Tadi dia bersembang dengan Tengku Qash tentang lamaran Tengku Qail dan jawapan suami isteri itu benar-benar jauh dari yang disangka. Mereka mahu Alyna bertunang dan menjadi bakal isteri Tengku Qail.
"Ye Uncle ada nak cakap apa-apa dengan Qail?" Soal Tengku Qail dengan seribu soalan dibenaknya, tipulah tidak berdebar dengan pertemuan pertama dengan bakal bapa mentuanya.
"Jadi kamu la yang buat anak Papa tak tidur 2malam ni, kesian Lyn asyik duk meroyan tak dapat tidur fikirkan lamaran kamu tu." Mula Dato' Addin.
"Betul ke? sorry ermm Pa, Qail tak sangka pula jadi macam tu. Nanti Qail say sorry dekat Lyn." Balas Tengku Qail cuak.
"Takpe lyn dah okey la tu, kalau tidak dia takkan cakap dia terima kamu. Dia bagitahu papa yang jawapan dalam istikharah dia sama dan orang itu adalah kamu jadi papa harap kamu mampu jadi suami Lyn yang baik. Papa sedar papa gagal jadi hero yang melindungi Lyn, she deserve get better from me. Papa harap Qail dapat penuhkan kehendak dan kemahuan lyn, jika dia buat salah tegur lah dengan cara tidak menyakiti." Ujar Dato' Addin panjang.
"Okey pa, Inshaallah Qail akan tunaikan amanah papa. I'm pretty sure Alyna get better from today with me." Balas Qail tenang.
Tubuh tinggi lampai itu ditarik kedalam pelukan sambil berbisik "Papa hanya harapkan Qail je lepasni." Dato' Addin melepaskan badan itu dan ditepuk bahu itu perlahan-lahan.
>>>>>>>>>>>>>
Mereka hanya memandang jauh saja perbualan Dato' Addin dan Qail.
Tamat saja perbualan mereka terus berpisah. Kawan-kawan lyn sudah hairan dengan lyn. Namun diam saja.
Selepas program hari ini habis Dato' Addin dan Datin Hanis pulang ke Selangor tanpa Alyna.
Share this novel