4

Romance Series 4996

"Awak pilih apa tu Alyna? nampak banyak barang dalam bakul tu." Tegur Naila sambil barang yang sudah penuh dalam bakul milik Lyn manakala dalam bakul miliknya hanya ada beberapa saja barang keperluan. Setelah masuk tadi mereka berdua memilih untuk masuk watson dahulu sebelum masuk kedai lain.

"Aku beli barang restock baru. Barang aku dah banyak yang habis ye lah dah sebulan aku tak datang sini sebab kesuntukan exam 2minggu lepas. Sebab tu aku ajak kau, sempat lah aku nak masuk kedai victoria untuk beli baju." Balas Alyna sambil memilih aloeverra yang jenama berlainan. Di belek-belek cream muka jenama baru untuk dibeli.

"Banyak sangat saya tengok. Risau pun ada Lyn. Memang ready stock untuk 2bulan ke macam mana?." Ujar Naila lagi.

"Takde lah. Aku beli untuk kawan-kawan aku juga. Nanti kau ambil je yang kau nak aku tolong bayar kan sekali."

"Ehhh tak payah la Lyn. Segan pula nak guna duit orang lain. Takpelah saya bayar sendiri je barang ni Lyn."

"Tak payah nanti aku bayar. Kau bayar siap ehh Naila. Aku ni kawan kau jugak tak payah nak malu bagai. Bukan setiap hari aku belanja orang guna duit aku ni, jangan risau ni bukan duit parent aku. Hasil titik peluh dari Cafe aku sendiri."

"Awak ada kedai sendiri ke? Wow saya bangga dengan awak la Alyna. Walaupun masih belajar tapi dah ada duit sendiri. Pandai awak berdikari."

"Aku biasa je. Dah la kau ni. Siap dah pilih barang? Kalau sudah siap jom lah pergi kat cashier bayar barang. Barang kau letak sekali dengan bakul aku senang dia nak kira."

"Sorry Alyna, saya macam menyusahkan awak je. Padahal kita baru je declaire tadi jadi kawan tapi sekarang awak dah belanja macam-macam."

"Aku tak kisah pun. Lagipun niat ikhlas kau nak tolong aku pun. Dah kira bersyukur. Aku sepatutnya berterima kasih dengan kau ni."

"Okey Alyna, Saya pun suka tolong orang lagi-lagi macam awak. Makin beruntung lagi saya dapat jadi kawan awak."

Mereka berdua terus masuk barisan untuk membuat pembayaran. Barang-barang diletakkan sekali supaya senang untuk dibayar.

Setelah siap buat pembayaran, Alyna dan Naila berjalan-jalan pusing dalam Mall. Mereka berdua bercadang untuk masuk ke dalam kedai untuk tengok-tengok barang saja dan tidak berniat untuk beli. Jika ada yang berkenan baru lah mereka ambil. Alyna mengajak Naila masuk ke dalam Victoria Secret untuk memilih pakaian tidur, seperti biasalah kedai Victoria mempunya bermacam jenis baju tidur dan pakaian. Alyna mengheret Naila kearah dress tidur, ada jenis lingerie, kain satin, dan pajamas. Alyna mengambil bakul dan memilih 2pasang dress satin bertali halus paras betis berwarna ungu dan biru muda kemudian baju pajamas 5pasang berlainan warna. Set baju dalam dan seluar dalam sepasang warna dipilih lebih kurang 10 dan baju t-shirt labuh 5helai untuk gengnya. Penuh satu bakul pakaian yang diambil oleh Alyna. Naila pula sudah terjojol mata melihat Alyna yang jenis kaki shopping. Perfume 5botol dan losyen badan juga dibeli.

Penat berada di dalam Mall, Alyna mengajak Naila masuk Starbucks untuk membasahkan tekak. Sedang mereka berdua berbual tiba-tiba 2orang lelaki menghampiri meja mereka. Salah satu daripada mereka berdua merupakan bekas boyfriend Alyna.

"Hye Alyna. Lama tak jumpa you sayang. You sihat? you still belajar dekat Uni Golden lagi ke?" Tegur Ariq Qaider. Manakala kawannya Nik Luqman hanya diam disisi sambil membalas mesej dalam fon.

"Kau nak apa Ariq? Dah buang tebiat? Mana girlfriend sotong kau tu? Blah dah. Kata I sayang you sampai habis tujuh keturunan takde apa-apa dah hilang." Balas Alyna sinis sambil mempamerkan riak wajah yang sangat jengkel terhadap bekas teman lelaki nya itu. Naila yang masih memerhati juga hanya diam melihat Lyna yang sedang menyindir si Ariq Qaider.

"Auchh menusuk la sayang. Perempuan mana sayang cakap tu. Biy rasa sayang sorang je girlfriend biy betul tak Luq?" Jawab Ariq lagi sambil berbalas pandangan dengan Luqman.

"A.H.A.H.A.H.A.. Kau ni bangang ke bodoh hahh Ariq? Opss Lupa kau kan memang dah awal-awal bodoh. Dah buang tapi nak jilat balik? Tak ke gittew Naila?" Bidas Alyna membalas percakapan Ariq. Jawapannya dipersetujui oleh Naila.

"Ehhh kau ni Alyna. Mulut makin laser ehh. Aku ni kira baik dah nak ambil kau jadi gf aku semula, tapi makin jual mahal ye kau sekarang. Kenapa dah ada boyfriend baru ke?" Sindir Ariq. Panas telinganya apabila dipanggil bodoh oleh Alyna. Ye dia menyesal melepaskan gadis secantik Alyna. Dia kesal kerana nafsu semata dia sanggup buang Alyna demi perempuan lain. Tapi sekarang Alyna makin kasar dan sombong malah mata yang bersinar itu juga sudah kosong.

"What Ever Ariq! Kau tu cuma masa lalu je. Tak payah libatkan orang lain dalam life aku. Kau tu ibarat sampah bagi aku, sampah yang aku buang tanpa niat untuk di kutip balik. So move lah Ariq. Aku rasa aku pun dah jumpa orang yang lebih baik dari kau." Jawab Alyna tenang.

"Kauu...." belum sempat Ariq ingin membalas ada satu suara garau menyampuk perbualan mereka.

"Kenapa ni Alyna? Naila? Siapa mamat ni. Kau okey ke Lyna. Dia takde sentuh-sentuh kau kan?" Tegur Tengku Qail menyampuk perbualan Alyna dengan seorang lelaki. Naila juga masih diam statik sama juga dengan rakan kepada lelaki yang bergaduh dengan Alyna.

4Temannya yang lain sudah naik hairan. Macam mana Tengku Qail boleh ada kawan perempuan, siap kenal nama lagi. Masuk Starbucks kononnya nak beli air sekali Tengku Qail pergi menyibuk sekali gaduh dengan lelaki dan perempuan itu.

"Takde pape pun Tengku, saya gaduh mulut je baru. Tak naik lagi ni tapak tangan dengan kaki saya. Cuma tunggu masa je kalau mamat ni tak serik lagi." Ujar Alyna dengan pandangan kosong.

"What? kau nak bagi tangan dengan kaki dekat aku Lyna?. Kau lupa ke hubungan kita selama ni."

"Hehehehe excuse me? Hubungan? Sejak bila kita ada relay Ariq? Benda tu dah 3tahun berlalu. Kau dan aku? It's Nothing bro. Kau dengan cinta kau boleh pergi mampus. Aku paling tak suka jumpa lelaki macam sampah, lagi-lagi mulut busuk macam kau. Pergi mati dengan cinta kau yang aku anggap dekat tapak kaki aku. Kau dengan mereka sama je, kalau boleh aku nak bunuh je korang semua biar korang tahu aku dah semak tengok muka korang." Bidas Alyna dingin. Hatinya panas mengingatkan keluarganya yang sama seperti sikap Ariq. Datang bila perlu, buang bila tak mahu. Fikir Alyna ni mainan yang sesuka hati mahu ambil ke tidak.

"Kau Ariq! Dah orang tak mahu tak payah terhegeh-hegeh boleh tak? Alyna takkan buang seseorang tu jika kau hargai dia. Btw Alyna tu Gf aku so berhenti kacau Alyna kalau tak kau tahu lah nasib kau nanti." Ujar Tengku Qail tanpa perasaan.

Alyna dan yang lain sudah terbuntang mata. Dah pehal Tengku Qail ni. Bebal ke bengong, agak-agak la Alyna jadi Girlfriend dia. Nathan dan Khalish sudah ternganga manakala Raiqal dan Zain sudah geleng kepala dengan tindakan tak masuk akal Tengku Qail.

"Betul ke Alyna? Sejak bila kau cp dengan mamat ni. Aku ni boyfie kau lah Lyna. Mamat ni tak sesuai dengan kau Lyna. What ever la Alyna Haylana tetap akan aku miliki. Soon you will be mine Alyna, aku takkan biarkan kau bahagia dengan lelaki lain." Balas Ariq Qaider sebelum mengajak Luqman pergi dari Starbucks.

Alyna hanya membiarkan soalan Ariq. Pandangan nya juga tunak kearah menu starbucks. Tengku Qail juga diam memandang kearah dua lelaki yang keluar dari kafe stabucks.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience