BAB 7

Romance Completed 4861

Suasana di sekeliling rumah Taufiq agak sunyi ketika aku tiba di hadapan pintu pagar rumahnya. Aku tersenyum sebentar apabila melihat keretanya terparkir di situ. Dalam hati, aku bersyukur kerana Taufiq ada di rumah. Aku keluar dari perut kereta lalu menekan loceng beberapa kali. Setelah agak lama menanti, tiba-tiba pintu pagar terbuka. Tidak berapa lama selepas itu, Johan keluar sebelum menghampiri aku.

“Kenapa Effa datang ni. Cari Fiq ke?” soalnya ramah.

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum tawar.

“Fiq ada kat rumah tak? Effa nak jumpa dia ni. Rindu sangat nak tengok muka dia. Boleh Effa masuk?” Tanpa rasa malu, aku bertanya. Aku betul-betul rindukan dia. Air muka Johan tiba-tiba berubah apabila aku berkata begitu.

“Kenapa ni, Johan. Ada apa-apa masalah ke?” Hati aku tiba-tiba menjadi tidak enak saat ini.

“Sebenarnya…”

“Apa yang dah berlaku ni, Johan. Awak kena beritahu saya.” Belum sempat Johan berkata, aku sudah memotong bicaranya.

“Awak kena banyakkan bersabar, Effa. Sebenarnya Fiq berada di hospital sekarang. Dia terlantar sakit sejak sebulan yang lalu akibat menghidap barah otak.”

Seakan menggeletar seluruh tubuhku sebaik sahaja Johan selesai berbicara. Dunia ini aku rasakan seakan sempit dan sesak. Aku tidak dapat menerima berita buruk itu dalam masa terdekat ini. Belum sempat aku bertemu Taufiq, aku sudah dikejutkan dengan berita malang ini. ‘Ya Allah, Kau selamatkanlah nyawa Fiq. Aku amat menyayanginya seperti nyawaku sendiri. Kau perkenankanlah doaku ni, Ya Allah!’ Aku berdoa dalam hati. Tiada kata lagi yang mampu aku luahkan selain memohon doa dari-Nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience