BAB 5

Romance Completed 4861

Lamunanku terhenti seketika apabila memandang kelibat seorang gadis bersama kekasihnya. Aku meliarkan pandangan ke arah mereka, seakan-akan mencari jawapan. Bukankah mereka yang aku nampak tadi. Aku baru perasan sekarang. Gadis itu seperti pernah aku nampak sebelum ini. Tetapi aku terlupa di mana aku bertemu dengannya. Tidak mungkin pelanduk dua serupa.

‘Mira!’Tiba-tiba tanpa sedar, nama itu meniti di bibir aku. Patutlah macam pernah nampak saja. Rupa-rupanya dia. Siapa sebenarnya lelaki itu, ya? Kekasih dia ke? Aku mula membuat andaian sendiri. Barangkali kekasih Mira. Tapi, bukankah dia sudah bertunang dengan Taufiq. Aku garu kepala beberapa kali. Bingung aku jadinya. Apakah makna semua ini? Hati aku berdebar kencang, seperti ada satu rahsia yang aku tidak ketahui tentang perhubungan mereka berdua.

Aku masih ingat lagi kata-kata Taufiq ketika kami bertemu dua bulan yang lalu. Saat itu dia berkeras untuk memutuskan perhubungan kami berdua. Walau berkali aku merayu padanya, dia tetap dengan keputusan muktamadnya. Tiada siapa dapat membantah.

“Effa kena terima kenyataan. Fiq ditakdirkan bukan untuk Effa. Anggap saja Fiq tak pernah wujud dalam hidup Fiq.” Terasa luluh jantung aku sebaik mendengar kata dua dari mulut Taufiq sendiri. Seakan tidak percaya dengan keputusan Taufiq yang mendadak itu.

Taufiq terus berlalu meninggalkan aku terkapai-kapai seorang diri. Aku lemas akhirnya dalam lautan cinta kami yang tidak kesampaian. Sejak itu, aku mengandaikan perhubungan kami berdua retak gara-gara wujud orang ketiga. Orangnya tidak lain tidak bukan sudah pasti Mira. Gadis itulah yang telah meretakkan perhubungan aku dengan Taufiq. Kalau bukan kerana dia, sudah tentu sekarang ini aku bahagia di sisi Taufiq.

Aku harus mencari jawapan tentang permasalahan ini. Barangkali masih ada perkara yang sengaja dirahsiakan oleh Taufiq dari pengetahuanku. Aku perlu bertindak cepat sebelum terlambat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience