BAB 10

Romance Completed 4861

Suara tangisan yang mendayu-dayu berhampiran bilik kecemasan mengejutkan aku dari lamunan yang panjang. Aku segera bangkit menghampiri ke arah datangnya suara itu. Dari jauh, aku melihat Fatin bersama ibunya, Puan Mahani sedang teresak-esak menangis. Terdapat beberapa orang lain lagi di situ. Barangkali kaum kerabatnya.

“Fatin, kenapa menangis ni?” Aku menghampiri Fatin sebelum gadis itu memeluk erat tubuh aku. Aku agak terkejut dengan tindakannya itu. Mulut Fatin seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi aku tidak dapat menangkap butir bicaranya.

“Abang, kak. Abang…,”ucapnya tersedu-sedu. Puan Mahani pula sudah menepuk-nepuk bahuku sebaik sahaja aku mengetahui berita pemergian Taufiq dari mulut Fatin.

Pandangan aku seakan kabur saat ini. Aku berpaut lemah pada Puan Mahani dan Fatin. Tidak kuat rasanya untuk aku berdiri teguh apabila menerima berita duka ini. Seakan tidak menyangka, Taufiq akan pergi secepat ini. Terlalu awal rasanya dia meninggalkan aku sendirian tanpa sempat aku meraih cintanya buat kali kedua. ‘Ya Allah, aku tidak kuat menghadapi dugaan-Mu ini. Kau tabahkanlah hati aku untuk menerima ini semua.’

Puan Mahani dan Fatin cuba menenangkanku. “Sabar, Effa. Bawa beristighfar banyak-banyak. Allah lebih sayangkan dia. Biarkan dia pergi ya, nak.Kita yang masih hidup ni kena redha atas pemergiannya.” Terasa luluh hatiku mendengar nasihat Puan Mahani yang sudah aku anggap seperti ibu kandungku sendiri. Dari raut wajahnya, aku tahu dia sedang berduka sekarang. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Namun, dia tetap tenang memujuk hatiku.

“Akak, sebelum abang pergi, abang ada tulis sepucuk surat untuk akak. Dia cakap, kalau dia dah tak ada dalam dunia ni, dia amanahkan Fatin untuk beri surat ni kat akak. Fatin rasa akak perlu terima surat ni. Ini suratnya!”

Fatin pantas menyerahkan sepucuk surat berwarna ungu kepadaku. Dengan berat hati, aku mengambil surat itu. Terasa menggeletar tangan aku semasa membaca isikandungan yang tertera dalam surat tersebut. Bait-baitnya sungguh menyentuh hati nuraniku. Manik-manik jernih semakin deras mengalir di pipiku.

‘Buat Effa yang Fiq rindui dan cintai dengan sepenuh hati. Fiq doakan Effa berada dalam keadaan sihat sekarang. Ketika Effa membaca lembaran surat ini, barangkali Fiq sudah tiada lagi dalam dunia ini. Janganlah Effa bersedih atas pemergian Fiq. Anggaplah Fiq sebagai kenangan masa lalu Effa sahaja. Maafkan Fiq kerana tidak mengkhabarkan penyakit Fiq kepada Effa. Fiq tidak mahu Effa bersusah hati memikirkan keadaan Fiq. Sebenarnya, Fiq sengaja memutuskan perhubungan kita berdua. Tiada niat di hati untuk menghancurkan hati Effa namun Fiq terpaksa berbuat begitu untuk kebaikan Effa juga. Bukankah Fiq sudah ingatkan Effa, suatu masa nanti Effa akan tahu sendiri kenapa Fiq mengambil keputusan untuk berpisah dengan Effa. Segala-galanya telah terjawab sekarang. Fiq harap Effa tabah menerima ketentuan ini. Fiq tidak salahkan Effa sekiranya Effa menaruh syak pada Mira dahulu. Memang benar kata Effa. Mira adalah kekasih Fiq, tetapi itu kisah di zaman universiti. Mira adalah masa lalu Fiq. Hubungan kami memang rapat sehinggalah kami berpisah selepas Fiq tamat pengajian di Universiti. Mira membawa haluan sendiri dan Fiq membawa hati yang lara sebelum bertemu dengan Effa. Ketika itu, hati Fiq benar-benar kosong tanpa teman di sisi. Fiq terhutang budi pada Effa kerana Effa hadir saat yang tepat, ketika Fiq benar-benar memerlukan insan istimewa untuk berada di samping Fiq. Moga-moga dengan penjelasan ini, Effa menemui sebuah jawapan yang terselindung selama ini. Maafkan dosa Fiq, halalkan makan minum Fiq sepanjang kita berkenalan. Fiq mahu Effa tahu, dalam hati ini hanya ada Effa seorang. Tiada wanita lain selain Effa. I Love you, sayang. Simpan surat ini baik-baik sebagai kenangan terindah kita berdua.

Salam sayang,

Taufiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience