BAB 9

Romance Completed 4861

Keesokan pagi selepas selesai waktu kerja, aku singgah sebentar ke hospital untuk melawat Taufiq. Kali ini aku datang sendiri tanpa ditemani oleh Johan. Sebolehnya aku mahu bertemu dua mata sahaja dengan Taufiq tanpa ada sebarang gangguan. Jika boleh, aku ingin menemani dia saban hari di sini. Aku mahu penyakitnya cepat sembuh di samping mengembalikan semangatnya yang telah hilang.

Suasana ketika itu agak tenang ketika aku melangkahkan kaki ke ruang dalam. Aku menapak perlahan-lahan sebelum menuju ke tempat Taufiq. Tidak sabar rasanya berbual dengannya. Semalam, perbualanku tersekat gara-gara Taufiq berubah sikap. Aku harap, sikapnya hari ini tidak seteruk semalam. Moga-moga, dia dapat menerima kehadiran aku dalam hidupnya semula.

Sewaktu melintasi bilik kecemasan, tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara bising dari jururawat bertugas yang kelihatan terburu-buru membawa pesakit. Aku berundur ke belakang untuk memberi laluan kepada pesakit itu. Hati aku saat itu tiba-tiba sahaja menjadi tidak sedap. Aku pantas mempercepat langkah menuju ke wad Taufiq. Aku mencari kelibatnya di situ, namun aku tidak menemuinya di tempat biasa dia berada.

“Cik, boleh saya tumpang tanya? Ke mana pesakit ini pergi? Semalam saya datang lawat dia, tempatnya di sini,” soalku merujuk kepada katil yang menjadi tempat Taufiq berada semalam.

“Oh, pesakit itu sudah ditukarkan ke wad kecemasan. Keadaannya agak kritikal pagi tadi. Sekarang ini, dia sedang berada berada di dalam bilik kecemasan. Kalau cik nak lawat dia, kena tunggu dulu di ‘waiting room’,” terang jururawat itu lembut.

“Saya nak jumpa dia sekarang juga, ‘nurse’. Tolonglah saya. Saya merayu.” Aku hilang akal setelah mendapat tahu berita sebenar keadaan Taufiq. Dalam minda aku sekarang, berbagai-bagai andaian buruk menerjah ruang fikiran.

“Maafkan saya, cik. Saya tak boleh benarkan cik masuk tanpa izin doktor yang merawatnya. Apa pun, cik kena bersabar. Sebarang maklumat terbaru berkaitan pesakit, pihak kami akan beritahu cik.”

“Terima kasih ‘nurse’,” ucapku sebagai tanda berterima kasih atas kerjasama yang dihulurkan. Aku terus berlalu menuju ke tempat yang dimaksudkan. Langkah kaki aku terasa lemah serta tidak bermaya. Namun aku cuba kuatkan semangat. Demi cinta kita, aku sanggup menunggumu, Fiq. Cepatlah sembuh. Effa tunggu Fiq di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience