BAB 9

Romance Completed 2539

“What should I do, Jelita?”

Jelita tersenyum juga akhirnya. Dia mengucap kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana membuka pintu hati gadis itu untuk mendengar kata-katanya. Meskipun dia perlu melalui kepedihan melihat kekasih pujaan hati diambil orang, dia tetap gembira keran dia yakin, jodoh yang tertulis buat kawannya.

“Just be yourself, my friend.”

“Can I be your wife?”

“Hah, apa awak cakap ni? Demam ke?”

“Saya tak main-main. I want to be your wife.”

“Kenapa pilih saya?”

“Saya yakin awak akan menjadi imam yang terbaik untuk mengiringi saya ke jannah. Saya yakin awak jodoh saya.”

“Apa yang meyakinkan awak?”

“Kata-kata Jelita.”

“Lagi?”

“Aturan takdir Tuhan.”

“Melalui apa?”

“Istikharah dan petunjuk dari Allah.”

“Mampukah saya menjadi suami yang baik?”

“Insya Allah saya yakin dengan jodoh yang ditakdirkan Allah. Kita sama-sama berusaha untuk menjadi yang terbaik.”

“Kenapa terpikat dengan saya?”

“Sebab awak cute.”

“Hahaha. Sekarang cute lagi ke?”

“Cute and handsome. Nampak macho.”

“Wanna hug?”

“Nope. Cuma available selepas kalimah SAH.”

Rumah itu penuh dengan orang ramai yang tumpang gembira untuk meraikan pasangan raja sehari itu. Memilih warna tema golden pink membuatkan keadaan majlis itu sungguh tenang.

Kuntuman bunga mawar merah jambu memenuhi kawasan rumah banglo itu. Pasangan pengantin meleretkan senyuman lebar apabila berbalas pandang. Si isteri mengerling malu-malu kepada si suami. Si suami pula membalas dengan menggenggam erat tangan si isteri yang tampak manis dengan tudung yang menutup makhota gadis itu. Kata mahu menjejakkan kaki ke dalam jannah, jadi haruslah dia taat dengan agama dan suami tercinta.

“I love you, sayang.” Si suami mengucap penuh romantik.

Si isteri tersipu malu.

“I love you too.” Si suami pula tersenyum sumbing. Mereka melabuhkan punggung di meja pengantin. Baru sahaja si suami mahu menyuap si isteri, datang Jelita dengan membawa kamera DSLR terbarunya.

“Say cheese, pengantin burger!”

Sekeping memori terakam dan mereka ketawa kuat. Reaksi semua orang ketika pihak pengantin lelaki membawa masuk dulang hantaran bagai terlayar di ruang mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience