BAB 5

Romance Completed 2539

Syukri hanya terkebil-kebil melihatnya. Dia sempat tengok sekeliling. Kot-kot ada orang lain bernama Syukri tetapi memang tiada. Hanya dia seorang sahaja di situ. Dia cuma tersengih malu-malu.

Yelah, sebelum ini mana pernah Sarimah berbaik dengan dia. Selama dia hidup bersama seorang gadis brutal bernama Sarimah, gadis itu tidak pernah mahu berbaik dengan dia.

Ada sahaja kesalahan yang mahu dicari pasal. Walaupun hidup sekampung dan satu sekolah yang sama, malah satu kelas yang sama, itu tetap tidak dapat mengubah perspektif Sarimah terhadapnya. Pernah satu ketika dahulu, mereka berdua ditugaskan oleh guru kelas untuk membeli barang di pasar raya kerana mahu mengadakan jamuan kelas.

Ketika di pasar raya, dia dan Sarimah bergaduh kerana mahu memilih produk yang berlainan jenama. Sarimah yang mula naik angin terus tendang troli sehingga terlanggar rak biskut. Natijahnya, dua-dua tahan malu apabila disuruh susun semula biskut-biskut yang berterabur oleh pekerja pasar raya.

“Tak mengapa. Saya faham.”

Sarimah mengangkat kepala. Dia senyum.

“Nak dua cheese burger. Ayam ya. Jangan lupa pula. Karang saya jadi raksasa, berterabur awak larikan diri.” Dia bergurau membuahkan senyuman Syukri. Lelaki itu pula tergelak kecil mendengar sindiran Sarimah.

Dia memperbetulkan kedudukan kaca matanya sebelum dia menyiapkan pesanan gadis itu.

Sarimah melabuhkan punggung di atas kerusi. Dia menongkat dagu sambil memerhatikan Syukri. Setiap inci tubuh lelaki itu diperhatikan. Rambutnya sedikit keperangan. Kulitnya putih kemerahan.

Matanya sedikit sepet tetapi masih cantik dengan anak mata warna hijau cerah. Bibirnya merah tanda dia bukan seorang perokok.

Tubuhnya pula sedikit berotot. Bunyi dentingan sudip membuatkan wajahnya berona merah. Tersedar kerana leka menilik tubuh Syukri. Dia menoleh ke arah lain. Malu kalau ketahuan oleh lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience