BAB 1

Romance Completed 2539

KELIHATAN seorang gadis memakai baju blaus putih dan skirt ungu melenggang di sebuah jalan kecil sambil menyanyi kecil. Rambutnya yang dibiarkan lepas terbuai lembut oleh hembusan bayu malam yang mengasyikkan.

Dia menyanyikan lagu Terima Kasih Cinta nyanyian Tasha Manshahar dan Syed Syamim dengan menjadikan pursenya sebagai mikrofon. Begitu riang dia melontarkan suara sehingga sampai di simpang tiga.

Dia berhenti sekejap sambil meliarkan mata ke sebuah gerai yang masih bercahaya meskipun jarum jam sudah mencecah sebelas malam. Dia tersenyum manis. Mula membayangkan lelaki pujaan.

“Oh, Abang Mahmud. Sarimah terlalu rindukan abang. Siang malam Sarimah tak boleh tidur kerana wajah abang asyik terbayang dalam kepala ni. Kalau ikutkan hati, memang Sarimah berkampung kat sebelah gerai abang tu. Tapi, disebabkan Sarimah ni gadis Melayu terakhir, Sarimah sabar tunggu abang masuk meminang. Oh, Abang Mahmud !”

Sarimah merapikan rambutnya. Dia menilik sekilas penampilan diri. Okay, cun melecun dah ni. Sarimah mengatur langkah penuh sopan menuju ke gerai itu. Hidungnya sudah dapat menangkap bau makanan yang dimasak dari gerai itu. Perutnya berkeroncong minta diisi. Harapnya dia akan kenyang selepas menikmati juadah yang disediakan Mahmud. Alah, kalau sudah angau, tengok muka pun sudah kenyang.

“Hi, Abang Mahmud. Sarimah nak macam biasa. Double cheese burger dua.” Sarimah terus melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi yang tersedia. Lelaki yang sedang menghadap pemanggang itu ditiliknya. Dahinya sedikit berkerut.

“Abang, kenapa badan abang nampak sado sikit? Bukan abang ni baru nak start pergi gym ke? Ni nampak macam dah naik aje otot tu. Cucuk steroid ke?” soal Sarimah dengan perasaan ingin tahu yang mencanak tinggi.

“Okey siap! Double cheese burger dua.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience