BAB 2

Romance Completed 2539

Mak ai, cepatnya siap! Punggung pun tidak panas lagi, odernya sudah siap. Sarimah mengeluh perlahan. Niatnya untuk menatap lama wajah Mahmud tidak kesampaian. Ingatkan bolehlah dia ushar lama-lama muka Mahmud yang hampir sama dengan Shah Rukh Khan itu.

Tetapi, Sarimah terus menatap belakang tubuh itu. Dia dapat merasa keganjilan pada Mahmud. Suaranya juga sudah berubah. Auranya juga bukan seperti Mahmud yang digilainya. Pantas dia menerpa ke arah lelaki yang membelakanginya itu. Apa lagi, Oh my Allah reaksi dia!

“Kau buat apa kat sini? Kenapa kau yang masak?” Matanya mencerlung memandang seorang lelaki yang berkaca mata berbingkai tebal itu. Suaranya juga meninggi. Badannya terasa berbahang menatap wajah lelaki yang menunduk itu.

“Saya gantikan Mahmud. Dia balik Penang uruskan hal pertunangan dia. Kan esok dia akan bertunang dengan Dian. Dia tak bagitahu awak ke?” balas lelaki itu perlahan.

Spontan wajah tegang Sarimah beransur pucat. Dia kembali ke kerusi dengan wajah cemberut. Air mata mula bergenang di tubir mata. Lelaki itu mula mendekati Sarimah tetapi terbejat langkahnya apabila seorang gadis berpakaian serba putih mendekati gerai burger itu.

“Abang Syukri, nak triple cheese burger satu. Jelita dah seminggu tak makan burger abang.” Gadis yang bernama Jelita itu menghadiahkan senyuman buat lelaki berkaca mata bernama Syukri itu.

Dalam diam, sudah hampir dua tahun dia menyimpan kasih buat lelaki itu. Sudah dua tahun dia memasang angan untuk bersama lelaki itu. Biarpun di mata orang lain lelaki itu dikatakan blur, mamat skema dan nama yang seangkatan dengannya, itu tidak mampu memadam cintanya yang marak menyala.

Cintanya ikhlas, sayangnya tulus, kasihnya hanya kepada yang berhak iaitu seorang lelaki bernama Syukri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience