BAB 3

Romance Completed 2539

Syukri mengukir senyuman seadanya. Dia sempat mengerling sekilas kepada Sarimah sebelum dia menyiapkan oder Jelita. Dia dan Jelita kelihatan mesra sekali berbual tentang kerja gadis itu. Kadang kala Jelita mengusik Syukri dengan mengatakan Syukri adalah model burger Mahmud. Kalau Syukri direnovate, pasti meletup gerai burger itu. Lelaki itu cuma ketawa mendengarnya. Ada-ada sahaja Jelita ini. Tiba-tiba Sarimah melalak. Syukri dan Jelita pantas mendekatinya.

“Sakitnya hati aku, Jelita. Mahmud rupanya dah nak bertunang. Aku selama ni bertepuk sebelah tangan. Aku suka dia tapi dia tak pandang aku. Aku ingatkan selama ni dia pun sukakan aku. Dia tahu apa yang aku suka. Dia tahu apa yang aku benci. Dia tahu aku suka makan burger ayam. Dia tahu aku alah dengan burger daging. Tapi sekarang dia dah bertunang. Dia dah bertunang dengan orang lain, Jelita.” Sarimah merintih sambil tangannya ligat membuka bungkusan burger yang dibeli.

Dengan air mata yang berjujuran di pipi, dia menggigit roti sekali itu dan mengunyahnya. Tetapi tersentak apabila Syukri menepis burger itu sehingga jatuh ke atas tanah ketika dia mahu menggigit sekali lagi. Jelita tersentak. Sarimah pula mula meradang. Mencerun dia tengok muka lelaki itu.

“Hei, kau ni memang tak pernah puas hati dengan aku kenapa? Kenapa kau suka dekat-dekat dengan aku? Kau boleh berhambuslah!” Sarimah terus memaki hamun Syukri yang membuang pandang ke arah lain. Jelita pula yang mahu naik angin. Tetapi baru sahaja dia mahu bersuara, Syukri memberi isyarat supaya Jelita mendiamkan diri dan membiarkan Sarimah berlalu pergi.

“Kenapa abang diam aje? Abang patutnya pertahankan diri. Jangan sebab perempuan tu marah-marah, abang diam aje.” Jelita kelihatan tidak berpuas hati dengan sikap Syukri itu.

“Abang tak nak keruhkan keadaan. Biarlah kat dia nak marah pun. Jelita, lepas ni tolong hantarkan burger kat Sarimah ya. Sebenarnya abang tersilap buat burger daging kat dia. Abang lupa dia alah dengan burger daging.” Syukri tersengih menayang gigi putihnya.

“What?!” Jelita terjerit kecil. Dia terus mencapai bungkusan burger dan membayarnya sebelum melambaikan tangan dan masuk ke dalam kereta. Aduh, dia perlu cepat! Kalau lambat, jadi raksasa si Sarimah itu. Syukri pula mengetuk kepala berkali-kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience