BAB 8

Romance Completed 2539

“Who?” Sarimah sengaja berdalih.

“Syukri. That burger guy.”

“Hmmm…” Sarimah mengeluh sekali.

“Kau cintakan dia Sarimah. I knew it. But you just keep that feeling without want to fight for it. Kau biar cinta tu tak berteman. Kau sanggup kurung rindu kau meskipun kau tahu perasaan itu terlalu kuat.” Jelita rasa dia perlu mengalah kali ini. Syukri bukan miliknya. Syukri mencintai Sarimah bukan dirinya.

“Aku takut dikecewakan sebagaimana Mahmud.”

“Kau sendiri yang kecewakan diri kau apabila mencintai Mahmud. Kau dah tahu dia mahukan Dian. Bukan kau sebagai teman hidup, suri dalam hatinya. Kau tahu tu, tapi kau terus membuka hati kau untuk dia. At last, kau kecewa sendiri. Frust menonggeng sampai kau nafi cinta yang bermukim dalam hati untuk seorang lelaki bernama Syukri.”

“Kau tak alami apa yang aku rasa, Jelita.” Sarimah menyanggah.

“Yes, I admit. Aku tak lalui semua tu. Tapi, aku juga merasai kesedihan apabila aku mencintai seseorang yang mencintai seseorang yang lain. Aku alami tu dan aku rasa kesakitannya. Tapi, apapun aku lakukan, kalau dia bukan takdir aku, aku takkan dapat berjaya menawan hatinya.” Sarimah terpaku. Jantungnya berdegup laju.

“He loves you, Sarimah. He loves you so much.”

“Aku takut, Jelita. Takut dikecewakan.”

“Jangan pernah jadi seorang pengecut, Sarimah. Sarimah yang aku kenal bukan seorang pengecut. Kalau kau takut untuk mengejar kebahagiaan, kau tak layak menjadi manusia. Allah dah buka jalan untuk kau temui jodoh aturan Tuhan. Tapi, kau menolaknya kerana mahu menjadi seorang pengecut. Aku tak sangka kawan aku yang selama ni brutal rupanya seorang yang penakut. Walaupun untuk berjuang mengecapi kebahagiaan sendiri.” Jelita menghambur segala yang terbuku di dalam hati sebelum menapak pergi dengan hati yang mendongkol.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience