BAB 6

Romance Completed 2539

Dalam beberapa minit sahaja, pesanan Sarimah sudah siap. Gadis itu mencapai sebiji burger lalu dimakannya di situ. Sengaja mahu meluangkan masa untuk berbual dengan Syukri.

Sejak ‘dimotivasikan’ oleh Jelita, dia mula berminat mahu mengenali lelaki itu. Benar kata Jelita, sikap malu Syukri itu yang membuatkan dia senang untuk berbicara kerana dia tahu lelaki itu bukan sweet talker. Lagi pula, mereka kawan sekampung. Takkan sampai ke tua mahu bermusuh?

“Awak, ajarkan saya buat burger?”

Syukri melonga, Sarimah cuma tersenyum sumbing.

Sejak malam itu, hubungan mereka berdua semakin akrab. Setiap malam, Sarimah sudah menjadi pelangga setia. Setiap malam mereka berborak sampai lewat malam.

Mujur datuk dan nenek lelaki itu ada untuk menggelakkan fitnah orang kampung. Sarimah pula semakin mahir menyediakan burger.

Adakalanya dia yang menyiapkan pesanan pelanggan ketika Mahmud masih belum pulang. Kiranya, dia dan Syukri yang menjadi tauke di gerai burger itu.

Satu hari, Mahmud pulang ke kampung dengan bersama Dian. Dia mengajak Dian untuk ke gerai burgernya. Ketika itu, Syukri sedang mengajar Sarimah cara-cara menyediakan banjo.

Sebaik sahaja melihat kedua-dua pasangan tunang itu, wajah Syukri berubah. Dia menoleh ke arah Sarimah untuk memastikan sama ada Sarimah berubah sedih atau tidak.

Tetapi agak mengejutkan apabila gadis itu cuma berlagak tenang dan melayan Mahmud seperti biasa. Malah, dia kelihatan mesra sekali apabila berbual dengan Dian. Syukri mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana telah memberikan ketenangan kepada Sarimah.

Sarimah memandang Syukri yang ralit memerhatikan telefonnya. Dia tersenyum sedikit apabila melihat lelaki itu memperbetulkan kedudukan kaca mata yang melorot turun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience