BAB 7

Romance Completed 2539

Dia akui wajah itu masih tampan meskipun dilindungi dengan kaca mata tebal dan rambut disikat rapat. Lelaki itu mempunyai sikap yang mampu mencairkan hati perempuannya. Dia akui, hatinya mula terpikat dengan keperibadian lelaki itu dalam diam.

Tetapi, dia pendamkan sahaja kerana takut pisang berbuah dua kali. Dia takut dia akan kecewa. Jadi, biarlah dia bahagia dengan caranya yang tersendiri. Melihat Syukri gembira sudah mampu meceriakan hari-harinya.

Tetapi, pelangi bahagia tidak selamanya kelihatan indah. Satu saat, warna akan pudar diganti dengan pancaran terik mentari.

Syukri memberitahu yang dia akan pulang ke Amerika Syarikat untuk tinggal bersama ibu bapanya di sana. Sarimah mahu menghalang lelaki itu pergi tetapi kata-katanya cuma singgah di dalam benak tanpa terluah dari bibir.

Syukri cuma meninggalkannya dengan sehelai surat. Sarimah membaca sekilas tanpa mengerti maksud tersirat ayat tunggal itu.

Wait for me.

Cuma tiga patah perkataan tetapi Sarimah cuma mampu menangkap maksud tersurat bahawa Syukri akan kembali sebagai seorang kawan. Sarimah hanya mampu menanggung kerinduan yang membukit di dalam dada sendiri. Namun, reaksinya yang lemah semangat, senyuman hambar, selera makan kurang dan selalu menyendiri membuatkan Jelita menyedari bahawa kawannya itu sudah angau dengan Syukri.

Pedih juga hatinya mengenangkan perasaan kawannya terhadap lelaki pujaan hati dalam diam. Tetapi, dia akui Syukri sebenarnya sudah lama menganyam angan untuk bersama Sarimah.

Lelaki itu tulus mencintai Sarimah sejak sekian lama. Dia cuma pendamkan cintanya terhadap Syukri kerana dia tahu, melalui sinar mata lelaki itu dia sudah dapat mengagak, siapa ratu di dalam hati Syukri.

“Do you love him?” Jelita menyoal secara mengejut. Sarimah terpaku seketika sebelum dia menoleh ke arah aliran sungai yang tenang. Ketika itu, mereka sengaja meluangkan masa berdua di sebuah air terjun untuk mencari ketenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience