BAB 10

Romance Completed 2539

Semuanya terkejut beruk melihat kejutan itu. Pertama, penampilan Syukri berubah keseluruhannya. Kaca matanya sudah dibuang kerana dia sudah menjalani pembedahan lasik.

Rambutnya dipotong pendek dan digayakan dengan style yang membuatkan wajah lelaki itu tampak macho. Bergetar juga hati Sarimah melihatnya. Karisma lelaki itu lebih terserlah apabila memakai sepersalinan baju Melayu lengkap bersampin dan bertanjak di kepala. Kelihatan bagai pahlawan Melayu zaman Hang Tuah.

“Ya Allah, apa yang Syukri buat sebagai hantaran tu?”

Suara lantang ibu Sarimah membuatkan semua mata menatap ke dulang itu. Semuanya terlongo apabila melihat beberapa biji burger yang dibalut cantik dengan pembalut keemasan.

Sarimah tergelak melihat reaksi mereka. Syukri pula hanya menayang wajah selamba sebelum melabuhkan punggung di hadapan tok imam dan ayah Sarimah yang bakal menikahkan mereka berdua. Dan dalam beberapa minit, Syukri sudah sah bergelar suami kepada Sarimah.

Sebaik sahaja perkataan SAH terlafaz, Syukri dan Sarimah tersenyum lebar. Dan kerana hantaran itu juga, mereka digelar PENGANTIN BURGER DOUBLE CHEESE AYAM.

Syukri tidak kisah kerana detik itu sudahpun menjadi kenangan paling indah yang terlakar dalam kanvas kehidupannya. Sarimah menyandarkan kepalanya ke bahu. Jelita pula menayang riak menyampah melihat aksi mengada mereka berdua. Dalam hatinya, dia bersyukur kerana Allah membantunya membuat keputusan yang terbaik.

“Sanggup ke makan burger hari-hari?” Soal Jelita.

“Sanggup kalau ada suami tercinta.” Sarimah sengaja mengada.

“Kalau kau muak, kau cari spaghetti.”

“Kenapa spaghetti?” Syukri dan Sarimah menyoal serentak.

“Belum pernah ada orang jadikan spaghetti sebagai hantaran.”

Mereka bertiga ketawa bersama-sama. Sungguh, aturan jodoh Tuhan penuh dengan keajaiban dan rahsia. Sarimah kiranya special sebab menjadi orang pertama yang mendapat hantaran burger ketika hari perkahwinan. Anda pula? Apa specialnya ketika hari penyatuan hati? Kongsikanlah pula!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience