BAB 4

Romance Completed 2539

Aduh, macam mana aku lupa? Sarimah tak boleh makan daging. Habis aku nanti dia mengamuk macam singa betina!

Keesokan harinya, Sarimah menapak juga ke gerai burger itu. Hatinya sedikit terpujuk dengan nasihat Jelita semalam. Dia mula rasa bersalah. Semalaman dia tidak boleh melelapkan mata mengenangkan hamburan katanya kepada Syukri ketika dia larut dalam pusaran kesedihan. Dia memikirkan semula kata-kata Jelita yang begitu menyengat tetapi telah berjaya menyedarkan dia dari dunia fantasi ciptaan sendiri.

“Bukan ke kau dah tahu dari dulu lagi Mahmud cuma menganggap yang kau tu cuma tak lebih dari seorang adik? Kau pernah luahkan dan kau sendiri tahu perasaan Mahmud terhadap kau. Kenapa kau nak menaruh harapan kalau kau dah tahu dalam hatinya langsung tak ada nama Sarimah ? Kenapa kau sakitkan hati sendiri? Sudahlah kau lepaskan amarah kau kat Abang Syukri tu. Kesian dia. Selama ni pun dia tak pernah kacau kau. Dia cuma berkawan sebab kita sekampung. Kau tak sepatutnya layan dia begitu. Aku tahu kau layan dia sebegitu sebab dia tak pandai bergaya. Tapi kau tak tahu di sebalik kaca mata dia, tersimpan keindahannya. Dia tepis makanan kau bukan sebab dia sengaja. Dia tersilap buat burger daging. Dia tahu kau alah. Tapi kau marah dia. Tak patut tau. Kalau aku jadi Abang Syukri, dah lama muka kau mendarat kat atas pemanggang tu.”

Pedih? Memang pedih. Hati menggelegak juga dengar. Kalau tidak difikirnya Jelita itu kawan dari kecil, sudah lama dilempar masuk kandang lembu milik ayahnya.

Biar insaf selepas ditinggalkan semalam tidur bersama lembu itu. Namun, dia sedar di sebalik sindiran Jelita, terserlah kenyataan yang selama ini dia hanya terbang sendiri di awan dan mengharap Mahmud menggapainya. Padahal dia cuma mampu mencapai kepulan awan yang lembut.

Dia akhirnya rebah tanpa sempat berpaut. Hatinya pecah berderai begitu sahaja.

“Syukri, saya nak minta maaf pasal semalam. Saya dah sakitkan hati awak. Kemarahan saya pada Mahmud, saya lepaskan kat awak. Maafkan saya, ya.” ucap Sarimah dengan menundukkan kepala sebaik sahaja dia sampai di hadapan gerai burger itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience