BAB 5

Romance Completed 848

“Ala, sekurang-kurangya dia tahu juga khabar dari kau.” Balas Afiq. Hadri hanya mendengar.
“Small matter jerla. Buat apa nak buat dia pening-pening. Banyak benda lagi yang dia nak fikir. Kerja dia pun baru nak stabil. Biarkan aja dia.” Balas Nalisya seperti jauh hati.
“Cek oii, bukan susah sangat nak tanya khabar kan. Dah berapa lama dia dia tak contact kau?” soal Rosana pula.
“Entah, aku tak kira la pulak. Seminggu, dua minggu…” balas Nalisya selamba.
“Adoi, mamat haprak tu. Memang hampeh.” Balas Afiq.
“Dahlah, jangan citer lagi kisah aku. Bukan ada yang menarik pun.” Balas Nalisya sambil menggosok perut. Hadri memerhatikan gelagat Nalisya. Dia tersenyum.
“Isya, kau lapar yea.” Soal Hadri .
“Lapar jugaklah.” Balas Isya tersengih.
“Eh korang, jom pergi makan dulu. ” Cadang Hadri .
“Boleh jugak. Pekena tomyam malam-malam buta ni best jugak kan” Balas Rosana.
“Ek eleh, orang lain yang sakit. Orang lain yang sibuk beria.” Usik Afiq. Rosana hanya tersengih. Hadri dan Afiq pulang semula ke rumah sewa selepas menghantar Nalisya,Yahayyra dan Rosana ke asrama.

‘ Rosana, aku nak jumpa kau dengan Ayu petang ni kat depan library. Jangan bagitau Isya. ’

Rosana membaca sms dari Hadri tersebut. Dia lekas-lekas mendelete sms tersebut. Bimbang sekiranya Isya ternampak dan salah sangka.

Petang itu di hadapan perpustakaan.
“Kenapa dengan Ralphael Rosana?” soal Hadri .
“Susah aku nak cakap kes Ralphael dengan Isya ni.” balas Rosana sambil mengerutkan dahi.
“Hari tu, bukan elok aje ke dia dengan Ralphael . ?” soal Hadri lagi.
“Elok tak elok sangatlah. Kat belakang Isya, ntah perempuan mana dia usung kehulu kehilir.” Balas Hidayu.
“Mana kau tau?” soal Afiq.
“Ada orang yang nampak lah. Rina kawan baik Isya masa sekolah dulu yang bagitau. Dia nampak masa dia balik rumah mak dia kat Kuantan bulan lepas. ” Terang Rosana.
“Ooo Rina kawan si Ralphael tu jugak kan.” Balas Afiq.
“Yelah, Rina yang mana lagi. Dia ternampak Ralphael dekat mega mall dengan seorang perempuan ni. Siap pegang-pegang tangan lagi.” Jelas Hidayu.
“Isya ada tanya Ralphael pasal budak perempuan tu ke?” Hadri ingin tahu.
“Kau taulah Isya tu, lembut hati sangat. Kalau aku, dah sembur habis-habis dah kat Ralphael tu. Ralph ni tak pernah bersyukur. Masa dia dumb Isya 1st time aritu, Isya dah maafkan dia. Merayu-rayu nak berbaik semula. Janji macam-macam. Dah elok, Isya tu maafkan dia dan terima dia balik, dia buat hal lagi. Memang tak kenang dek untung. Rina yang tengok dengan mata kepala sendiri pun rasa nak lempang aje si Ralphael tu” jelas Rosana.
“Tapi Ralphael tu buat tak kisah aja masa terserempak dengan Rina masa tu. Tak nampak rasa bersalah pun.” Terang Rosana lagi.
“Tu la yang aku geram tu. Masa dah kecewa kena kikis dan dimainkan dek Julia tu dulu, tau pulak nak datang menyembah mintak ampun dengan Isya. Isya ni pulak, kenapa la lembut hati sangat.” Balas Hidayu.
“Korang kan tahu Isya tu macam mana. Nampak jer garang kan, tapi dia lembut hati dan pemaaf. Ralph tu kawan lama dia masa sekolah dulu. Dah lama sangat kenal. Tu yang macam tak sampai hati kot. Kebetulan masa tu dia single, tu yang dia terima balik Ralph tu.” BalasYahayyra lagi.
” Kalau aku jumpa budak Ralph tu, memang aku bagi penumbuk jer.” Balas Hadri .
“Keem, kenapa kau tak berterus terang dengan Isya?” Soal Rosana.
“Berterus terang apanya?” Hadri pura-pura tak mengerti.
“Kitaorang tahu kau sayangkan Isya tu kan.”Yahayyra bersuara.
“Sayang? Sama macam aku sayang korang semua.” Hadri cuba mengalih topik.
“Dahlah Hadri , kalau taknak mengaku sudah. Kami tak paksa.” Getus Rosana. Hadri hanya tersengih bak kerang busuk. Jauh di sudut hati Hadri , hatinya tersayat pilu.
“Isya, kita jogging kat tasik petang nanti.” Usul Hadri .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience