BAB 7

Romance Completed 848

“Tu kau kata Keem, tapi Ralph tak anggap macam tu. Aku tak cantik, tembam pulak tu, tak anggun, tak pandai bergaya, tak menggoda dan tak macam-macamlah lagilah..” balas Nalisya.
“Isya, fizikal tak penting. Pada aku, kau comel. Masa kau marah kau comel. Kalau masa kau senyum lagi kau comel. Masa kau serius dengan dahi berkerut pun aku tetap nampak kau comel. Kalau muka kau berubah hijau, yang tu aku tak sure comel ke tak. Hehhee” Usik Hadri .
“Kau nampak garang, tapi kau sebenarnya penyayang. Kau nampak serius, tapi kau jugak pandai merapu. Kau nampak tabah, tapi kau jugak sensitif dan lembut hati.” Hadri meluahkan apa yang dia rasa.
“Thanks Hadri .” Nalisya menghargai usaha Hadri untuk menceriakannya.
“Isya, aku cakap ni bukan semata-mata nak ambik hati kau tau. Tapi, aku betul-betul ikhlas.” Balas Hadri . Isya tersenyum.
“Tengok tu, kan aku cakap. Senyum kau tu comel.” Usik Hadri . Muka Isya kemerahan menahan malu. Dicampaknya botol 100 plus yang sudah kosong ke arah Hadri . Hadri mengelak.

“Woiii, ape ni buang sampah merata-rata? Takder sivik langsung.” Jerit Afiq.
“Hadri ni la, buat lawak ntah apa-apa ntah.” Balas Isya.
“Mana ada. Afiq, kau tengok Isya ni comel tak?” Usik Hadri .
“Comel sangatt… macam kucing siam.” Balas Afiq.” Nalisya berlari anak mengambil semula botol kosong yang dilemparkan tadi dan mengetuk bahu Afiq.
“Nah, amik kau. Berani kau samakan aku dengan kucing Siam yer…”
“Betul apa, kan kucing siam tu comel. Rasa nak picit-picit jer kan. Macam tu jugak aku tengok pipi tembam kau, rasa nak picit-picit jer” Usik Afiq.
“Ceh, bengong la korang nie. Menyampah aku nak layan. Jomlah balik.” Balas Nalisya geram. Hadri dan Afiq tergelak nakal melihat Nalisya yang terkulat-kulat. Jauh di sudut hati Hadri , dia tetap mengatakan walaupun muka Isya berubah hijau, pasti dia tetap comel. Dia tersenyum sendiri.

Nalisya merenung lama cermin panjang di ruang tamu blok 6A itu. Dia lihat atas bawah. Dia akui, wajahnya tak lawa sangat . Tak tinggi, cuma 5 kaki 1 inci. Bentuk muka bulat. Kulit agak cerah. Badannya agak berisi. Mungkin 8-9 kg lebih berat dari berat idealnya. Tapi tak dinafikan, bak kata Hadri , dia agak comel cuma dia tak lawa macam model.

Entah mengapa tiba-tiba dia tersenyum apabila teringat kata-kata Hadri di tasik tempoh hari. ‘Ahh, Hadri . Kau memang nakal dan pandai ambik hati aku. Ralphael dulu pun macam tu. Tapi dia dah berubah sejak akhir-akhir ini. Perubahan yang sama seperti dia mula-mula meninggalkan aku kerana Julia suatu masa dulu.’ Nalisya tersenyum pahit. Dia menuju ke peti ais di ruang dapur dan menuangkan semug air sejuk dan turun semula ke biliknya di tingkat bawah.

Nalisya membelek-belek diari unggu itu. Sejak akhir-akhir ini, tak banyak catatannya. Tiada kisah menarik nak dilarikkan sebagai kenangan. Kalau ada pun, hanya kisah duka antara dia dan Ralphael . Dia sendiri dah naik bosan dengan kisah drama airmatanya itu. Dan, sejak itu dia sudah berhenti menulis. Nalisya melayan perasaannya.

‘Agaknya Ralphael malu kot bercinta dengan aku yang tak cantik ni. Aku ni bagai langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan Julia yang pernah bertakhta di hati Ralphael . Tapi dia juga yang beria-ia nak sambung balik ikatan yang pernah terputus suatu masa dulu. Entahlahlah, mungkin dia sunyi waktu itu. Mungkin juga kehadiran aku tika itu hanya sebagai tempat dia mengubat hatinya yang luka setelah Julia meninggalkannya . Tak mustahil jika dia sekarang dah ada pilihan hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience