BAB 1

Romance Completed 848

Nalisya berlari-lari anak menuju ke bilik air di tingkat atas pangsasiswa 2 tingkat itu. Dia mencapai raga plastik berwana merah jambu. Dia mencuci muka dan memberus gigi dengan pantas. Gel mandian susu kambing diheret masuk ke dalam bilik air dan dia membersihkan diri. Usai membersihkan diri, dia kembali ke biliknya.

“Hoi Isya, tak siap lagi ke?” SergahYahayyra yang baru keluar dari biliknya.
“Kejap… 5 minit aku siap”
“Tu la, lain kali jangan baca novel sampai ke Subuh. Kan dah lambat bangun.”
“Dah ler makcik, jangan ler bebel lagi. Lagi lambat aku nak siap nanti. Kau pergi la wat air dulu. Buat untuk aku sekali yer. Nanti aku bawak biskut” Nalisya mengenyit mata.
“Ha, pandai nak bodek orang. Biskut, aku taknak. Bawak bun pandan kaya kau tu kat sini.”
“Iyalah…” balas Nalisya sambil masuk semula ke biliknya dan bersiap . tidak lama kemudian, Nalisya naik semula ke ruang tamu yang bersambung dengan dapur. Dia meletakkan plastik berisi bun kaya pandan kegemarannya di atas meja. Mereka berdua bersarapan bersama.

“Isya, petang nanti lepas kelas kita pergi tengok wayang nak?”
“Cerita apa?”
“Apa-apa aja lah. Aku boring lah.”
“Kau dah ajak Rosana ke belum?”
“Belum lagi. Jap lagi aku ajak lah.”
“Nak ajak siapa lagi?”
“Ajak lah Afiq ngan Hadri sekali.”
“Nantilah tanya diaorang dulu. Takut diaorang ada kelas atau discussion.”
“Okey”

Selepas bersarapan pagi, mereka berjalan beriringan meninggalkan blok asrama 2 tingkat itu.
“ Rosana, kau dah siap belum? Cepatlah, nanti lambat.” Laung Nalisya dari depan tingkap bilik Rosana.
“Dah siap, aku datang la ni” Jerit Rosana membalas.
Mereka bertiga berjalan menuruni bukit kolej B. Mereka bertiga berpisah di bangunan Fakulti ekonomi. Rosana dan Nalisya menuju ke bangunan Sains Matematik manakalaYahayyra ke bangunan Sains Laut.

“ Rosana, petang nanti tengok wayang jom”
“Cerita apa?”
“Entah, apa-apa ajer la… bosan la dok terperap kat bilik jer.”
“Wokeh, no problem.”
“Hadri dengan Afiq dah ajak belum?”
“Belum. Nanti aku sms diaorang.”

“Woi, mengumpat kitaorang ke?” sergah Afiq.
“Ntahnye, kalo nak ngumpat jangan la sebut nama kitaorang kuat2.” Balas Hadri .
“Ceh, buat terkejut aku jer. Bengong betullah korang nie, kalau yer pun nak terkejutkan kitaorang, bagilah salam dulu ” Balas Rosana geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience