BAB 6

Romance Completed 848

“Boleh jugak. Nanti aku tunggu kat foyer yer. Pukul 5.15. Rosana dengan Ayu tak ajak sekali ke?” soal Nalisya.
“Aku dah ajak, diaorang malas. Nak tengok tv.” Balas Hadri lagi.
“Nak tengok citer melayu siri petang tu la. Mana boleh miss bebudak tu.” Terang Nalisya.
“Kau tak tengok ke?” Soal Hadri .
“Aku malas, kalau dah start tengok nanti payah nak berhenti. Mulalah tak boleh lekang depan tv tu. Asal pukul 6 jer kena tercongok depan tv tu. Langsung tak boleh buat benda lain. Aku tengok-tengok macam tu ajerla. Tak ikut sangat.” Nalisya bercerita panjang.
“Afiq ikut sekali? ” Soal Isya.
“Ikut.” Balas Hadri .

Suasana kelihatan tenang di tasik itu. Ramai pelajar sedang beriadah di situ. Ada jugak yang hanya memerhati gelagat orang ramai yang ada di situ.
Mereka bertiga berlari-lari anak mengelilingi tasik itu. Afiq meneruskan larian ke pusingan yang ketiga. Manakala Isya dan Hadri hanya membuat dua pusingan sahaja. Mereka kemudian duduk berlunjur di atas rumput.

Peluh meleleh dicelahan anak tudung dan mengalir di tepi pipi Isya. Isya mengelap menggunakan lengan bajunya. Hadri bingkas bangun menuju ke kereta. Dia mengambil sapu tangan dan dua botol 100 plus. Dia kembali mendapatkan Isya dan melambungkan air botol tersebut dan sapu tangan.
“Eee, takmau lah aku sapu tangan kau ni Hadri . Ntah berapa lama tak basuh.” Isya bersuara.
“Cik kak, aku baru basuhlah. Tak pakai lagi ni.” Balas Hadri .
“Betul ni?” soal Isya sambil tersengih. Dia mengelap peluh yang meleleh di pipinya. Memasukkan sapu tangan tersebut di dalam kocek seluar tracksuitnya.

“Thanks Keem.” Balas Isya sambil tersenyum manis.
“Hmmm..” Balas Hadri . Lidahnya tiba-tiba kelu melihat senyuman manis Isya.
“Isya, kalau aku tanya, kau jangan marah ye.”
“Tanyalah dulu. Kalau tak, mana boleh cakap aku marah ke tak.” Isya sengaja menyakat Hadri .
“Ni yang aku malas nak tanya ni.” Balas Hadri serba salah.
“Yelah-yelah. Aku tak marah. Tapi, kalau tiba-tiba muka aku jadi hijau tu faham-fahamlah yer.” Usik Isya sambil tergelak kecil. Hadri juga tersengih.
“Kau dengan Ralphael macammana?” Soal Hadri serius.
“Macam tu lah Keem. Aku telefon cakap la sepatah dua. Lepas tu, macam-macamlah alasan dia. Sibuklah, nak gosok bajulah, nak keluar dah lah. Macam-macam lagilah alasan dia.”
“dia betul-betul sibuk kot.” Duga Hadri .
“Keem, kalau dia orang tu betul-betul sayangkan kita sesibuk mana pun pasti boleh luangkan masa. Aku bukan mintak cakap lama pun , tapi 5 minit pun payah nak bercakap dengan dia sekarang.” Balas Isya.
“Isya, sampai bila kau nak biarkan dia mainkan perasaan kau? Kali ni dah dua kali Isya, dia buat macam tu. ” soal Hadri .
“Entahlah Keem, agaknya salah aku jugak. Aku ni bukan spesis menggoda kot. Pandai nak mengada-ngada dan merengek manja. Tu yang agaknya dia beralih arah tu.” jelas Isya.
“Isya, aku rasa kau dah cukup sempurna.” Pujuk Hadri .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience