BAB 4

Romance Completed 848

“Klinik apa bukak malam-malam ni? nak pergi dengan apa?” soal Nalisya.
“Bagitau Warden lah.” Cadang Hidayu.
“Ah, malaslah aku. Dah malam-malam ni nak kacau dia. Kita ni dah final year, budak budak-budak first year nak ngadu hal kecik-kecik macam ni.” Isya membalas.
“Dah kerja dia.” Balas Hidayu. Tapi Nalisya tetap berkeras untuk tidak memberitahu warden dan menunggu esok siang sahaja untuk ke pusat kesihatan.
“Isya, takkan nak tunggu esok. Pucat aku tengok muka kau ni. Kalau kau tidur pun, aku rasa kau tak boleh nak lena dengan keadaan kau macam ni.”Yahayyra membalas.
“Takpelah, aku cuba. Dahlah, pergilah tidur. Esok ada kelas pagi kan.” Usul Nalisya sambil mengutip mug untuk dibasuh.
“Kau ni memang degil”Yahayyra geram. Mereka kemudiannya menuju ke bilik masing-masing.Yahayyra tak sedap hati. Dia menyusup pula ke bilik Rosana di bangunan hadapan.

“ Rosana, Isya tak sihat. Malam ni dah dua kali dia muntah. Aku ajak pergi klinik dia taknak. Nak tunggu sampai esok.” Gumam Hidayu.
“Nak pergi naik apa malam-malam ni?” soal Rosana.
“Aku suruh bagitau warden dia tak mahu.” Balas Hidayu.
“Call jer Hadri or Afiq mintak tolong.” Balas Rosana.
“Betul jugak tu kan. Lupa pulak aku kat hero dua orang tu. Tapi, malam-malam ni tak kacau diaorang ke?” Soal Hidayu.
“Ala, mamat duaorang tu bukan buat apa pun malam-malam ni. Agaknya dok lepak makan roti canai kat kedai tu.” Balas Rosana seakan mengerti tabiat dua orang lagi sahabat mereka.
“Betul jugak kan.” BalasYahayyra mengiyakan. Telefon dicapai dan speed dial Hadri didail. Selepas memberi salam dan salam disambutYahayyra memulakan bicara.
“Hadri , kau tengah buat apa? ” soal Hidayu.
“Baru habis main badminton. Tengah pekena roti canai kat kedai.” Balas Hadri .
“Agak dah.” Balas Hidayu.
“Kenapa? Nak aku tapaukan ke?” Soal Hadri .
“Taknaklah. Aku nak mintak tolong sikit. Ada klinik yang bukak 24 jam tak dekat-dekat sini? ” SoalYahayyra .
“Aku tak surelah. Tapi aku boleh carikan lah. Kau tak sihat ker? ” Hadri risau.
“Bukan aku, tapi Isya.” Balas Hidayu.
“Isya? Kenapa dengan dia?” Hadri mula cemas.
“Rileksla bro. Dia muntah-muntah tadi. Dah 2 kali malam ni. Makan jer, terus keluar balik.” Terang Hidayu.
“Aku datang sekarang jugak. Suruh dia bersiap ye. Jangan lupa bawak Ic dengan student card.” Pesan Hadri sambil pantas mematikan talian.

Isya telah selesai mendapatkan pemeriksaan di klinik. Dia disyaki keracunan makanan dan tekaknya luka sedikit.

“Thanks Hadri . Sorry susahkan kau malam-malam buta ni.”
“Isya, benda kecik aja. Apa guna kawan kalau benda macam ni pun tak boleh nak tolong kan. ” Balas Hadri .
“Ralphael tahu kau tak sihat ni?” Soal Afiq.
“Aku malaslah nak bagitau. Kalau bagitau pun dia bukan boleh buat apa.” Balas Isya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience