BAB 10

Romance Completed 848

Dia mula memilih baju-baju yang ingin dibawanya pada semester hadapan. Baju-baju lamanya dicuba semula. Kesemua baju kurungnya kelihatan gelebeh dan agak longgar, namun masih boleh dipakai. Angka 10 kilogram yang hilang dari badannya dalam tempoh 3 bulan itu bukan sedikit. Dan sebagai hadiah atas usahanyanya menurunkan berat badan, Isya membeli 5 pasang kain untuk membuat baju kurung yang baru dan meminta ibunya manjahitkan untuknya. Dia mengacu baju barunya. Dia berpusing-pusing di hadapan cermin. Dia puas dengan penampilannya kini. Dia masih dia yang dulu, cuma dia nampak semakin yakin dan kelihatan lebih bertenaga dengan fizikal barunya.

Isya mengemas katilnya. Dia meminta pada pihak pengurusan asrama untuk kekal di bilik lama. Kerana dia selesa di situ. Rosana danYahayyra masing-masing pun dah ada di bilik masing-masing. Dia ingin siap berkemas dahulu baru mendapatkan teman-temannya.
Usai mengemas pakaiannya ke dalam almari, dia mencapai beg galas tepi berwarna putih itu. Dia mengunci pintu biliknya dan menuju ke bilikYahayyra di tingkat atas.

“Assalamualaikum” Nalisya mermberi salam.
“Waalaikumussalam. Masukla Isya” balasYahayyra dari dalam. Ayu amat kenal akan suara itu.
“Ayu, kau sihat?” soal Isya sambil menguak pintu bilik Ayu dan memeluk ayu keriangan.
“Isya, kau nampak lain lah.” Balas Ayu.
“Lain, apa yang lain? aku sama jer macam dulu.” Balas Nalisya pura-pura tak mengerti.
“Isya, kau dah kurus.” JeritYahayyra keriangan.
“Mana ade, macam biasa jer. Kau tu yang makin berseri-seri. Maklumlah, tinggal tak sampai satu tahun jer lagi. Lepas ni orang tu dah nak naik pelamin. ” Usik Isya sambil tersenyum.
“Isya, aku cakap pasal kau, kau cakap pasal aku pulak. Serius ni Isya, berapa kg yang turun ni? Adoi, makin comel aku tengok kau ni Isya.”
“Apa, sebelum ni aku tak comel?” Isya bergurau.
“Comel, tapi sekarang lagi comel. Rosana dah jumpa the new Isya belum?” soalYahayyra tidak sabar.
“Belum.” Balas Nalisya.
“Jom, pergi bilik dia. Aku yang tak sabar nak bagi dia jumpa kau. Lepas tu kita lunch ok?” cadang Hidayu.
“Habis, ni taknak kemas ke?” soal Isya sambil menundingkan jari ke arah timbunan pakaianYahayyra yang telah dikeluarkan dari begnya.
“Ala, tu takper, nanti-nanti boleh buat. Cerita sensasi ni tak boleh tunggu lama dah.” Usik Ayu. Nalisya hanya tersengiih melihat keletahYahayyra yang periang itu. Mereka menuju ke bilik Rosana. Reaksi Rosana agak stereotaip dengan reaksi Hidayu.

Isya hanya mampu tersengih dan jauh di sudut hatinya dia bersyukur kerana Allah kurniakan dia sahabat yang sejati. Dalam ramai-ramai sahabat, tiba-tiba dia teringatkan Ralphael tiada lagi sendu di hatinya. Dia bebas kini. Khabar itu masih belum disampaikan kepada mereka semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience