BAB 13

Romance Completed 848

“Pirahh, perasan betul kau ni Keem.” Isya berseloroh walaupun didadanya terasa getarnya.
“Isya, comel sangat aku tengok kau sekarang.” Tegur Hadri .
“Selama ni aku tak comel ker?” balas Isya.
“Siapa kata? Dari dulu, dah berapa juta kali aku cakap kau memang comel. Kau aje yang degil, taknak percaya. ” Balas Hadri .
“Afiq mana?” Isya mengalih topik.
“Entah, dia kata nak main badminton petang ni.” balas Hadri .
“Kau tak ikut main sekali ? ” Soal Isya menduga.
“Malaslah, aku rindu sangat kat kau ni.” Hadri menyakat. Isya hanya tersengih. Hadri menuju ke keretanya. Isya hanya mengikut Hadri dari belakang. Hadri membukakan pintu untuk Isya dan Isya meloloskan tubuhnya ke dalam kereta.
” Nak pergi mana ni?” soal Isya.
“Jalan-jalan.” Balas Hadri .
“Ala, kita berdua aje ker? Kenapa la budak-budak bertiga ni ada macam-macam hal pulak hari ni? awal-awal sem ni rilek-rilek la dulu.” Rungut Isya sambil mengerutkan dahi. Hadri hanya tersengih mendengar rungutan Isya. Dia menoleh ke arah Isya, ‘Kan aku dah cakap, Isya ni kalau dahi berkerut pun nampak comel.’ hati Hadri berbisik.

“Isya, kalau aku tanya kau jangan marah yer?” soal Hadri .
“Ish, bosan betul aku dengan ayat tu. mesti nak tanya pasal Ralphael kan.” Balas Isya meneka.
“Mana kau tahu?” soal Hadri hairan.
“Ala, kau pun sama dengan budak-budak 3 orang tu. Kalau nak tanya pasal Ralph aje, mesti nak mula dengan ayat sopan macam tu.” balas Isya sambil tergelak kecil.
“Aik, lain macam jer aku dengar nada tu. Macam happy jer aku dengar. Kau dah berbaik semula dengan dia?” Soal Hadri .
“Kalau aku cakap dah…?” Isya belum sempat menghabiskan ayatnya.
“Alhamdulillah, Isya. Aku doakan kau bahagia. Aku tak suka tengok kau sedih-sedih.” Balas Hadri ikhlas walaupun raut wajahnya sedikit mendung.
“Kenapa kau tak suka tengok aku sedih-sedih?” Isya bertanya lanjut.
“Sebab… aku tumpang bahagia kalau kau pun bahagia.” Balas Hadri jujur namun sedikit gugup.
“Aku takder kereta ke, motor ke. Macam mana aku nak tumpangkan kau?” sakat Isya.
“Kau ni Isya, aku serius ni. Kau main-main pulak.” Balas Hadri geram. Isya tergelak kecil.

“Keem, turn aku pulak tanya. Kau jangan marah yer.” Usik Isya.
“Tanyalah. Apa? Janji aku tak marah.” Hadri angkat tangan tanda berjanji.
“Kau dah ada orang yang kau suka? Maksud aku, teman istimewa.” Soal Isya serius.
“Mmm, ada… tapi, aku syok sendiri jer. Dia dah ada yang punya. ” Balas Hadri selamba.
“Dah lama kau suka kat dia? ” Isya cuba mencungkil rahsia.
“Lama jugak. Dari mula-mula aku jumpa dia 2 tahun dulu.”
“Orang dia macammana? comel macam aku?” soal Isya menduga.
“Mmm, comel sangat… dulu dia comel, sekarang bertambah comel. Kalau tak kerana dia dah berpunya, sekarang jugak aku bawak dia balik kampung aku. Nak suruh mak abah aku pinang dia.” Balas Hadri berseloroh.
“Kenapa bawak balik kampung kau pulak. Nak pinang anak dara orang, pergi kampung dialah.” Balas Isya sambil tersengih.
“Umah dia, aku tak tau. Aku bawak balik kampung aku dululah nak kenalkan dengan mak bapak aku.” Balas Hadri taknak mengaku kalah.
“Kau tak tahu umah kat kampung dia ye, meh aku tunjukkan jalan. Mula-mula kau masuk dulu highway. Lepas tu, masa exit kat….”
“Isya, kau main-mainkan aku yer.” Hadri tersedar Isya mempermainkan dia. Isya menahan tawa.
“Isya, tak baik tau main-mainkan perasaan aku.” Hadri pura-pura merajuk.
“Keem, jangan ler merajuk.” Pujuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience