BAB 2

Romance Completed 848

“Sekarang sapa yang bengong? Kalau dah elok-elok bagi salam, bila masa korang nak terkujut?” Soal Afiq.
“Takperla, kami buat2 ler terkujut.. ” balas Nalisya.
“Adoi, sengal betulla korang berdua ni. malas nak layan.” Afiq tersenyum sinis.
“Apahal dok seru nama kami tadi?” Soal Hadri .
“Keem, tengok wayang nak petang nanti. Korang ada kelas tak nanti?”
“Wayang? Ko belanja ke Rosana?”
“Ah, tak kuasa aku. Nak ikut, sendiri bayar.”
“Ooo, pandai korang. Sendiri bayar. Tapi time isi minyak keter nanti, aku bayar sorang kan.” Usik Hadri .
“Ala, kalo kau tak sudi nak tumpangkan pun, kitaorang boleh pergi naik bas.” Nalisya pura-pura merajuk.
“Ala, cik kak comel ni, marajuk pulak. Jangan la gitu, kang elok2 muka tu comel jadik hijau pulak.”
“Apsal lak hijau?” soal Nalisya tak mengerti.
“Kang kalau kau dah naik angin bukan kau bertukar ker? Jadi hulk? Hehhehe” usik Afiq
“Kau ni memang nak kena luku ngan aku kan.” Balas Nalisya geram.
“Dahler, jomlah masuk dewan. Kang Dr Roziah dah masuk, baru terkedek-kedek cam mak itik nak cari tempat.” Balas Rosana.

Mereka bertiga pun menuruti Rosana dari belakang bagai itik pulang petang. Mereka berempat satu fakulti..Tapi mereka berempat berlainan pengkhususan. Ada subjek yang serupa ada yang tidak. Kebetulan pagi ini, subjek yang mereka ambil serupa iaitu subjek ‘Numerical Method’.

“Adoi, hensem betul Tom Cruise tu kan” Isya bersuara.
“Macam tu kau kata handsome Isya, kau ni memang tak ada taste. Ni abang Hadri ni, lagi hadsome tau.” Sakat Hadri .
“Uwek, nak muntah aku dengar.” Usik Hidayu.
“Kalau abang Hadri tak cukup handsome, ni abang Afiq jejaka idaman Malaya.” Afiq pulak taknak kalah.
“Ni lagilah, muka macam cekodok basi. Ada hati nak jadi jejaka idaman Malaya.” Balas Nalisya meluat.
“Yelah, Isya… aku tau aku ni tak semacho kekasih hati kau Ralphael tu. Tapi apa kurangnya sangat aku ni? bukan kurang banyak pun, kurang sikit jer handsome dari si Ralphael tu.” Usik Hadri .
“Udahlah Hadri , jangan sebut-sebut nama dia. Malas aku nak dengar.” Balas Nalisya. Rosana menyinggung perut Hadri menggunakan siku.
“Apa?” soal Hadri tak mengerti.
‘Ralphael buat hal lagi.’Yahayyra berbisik di telinga Hadri . Nalisya buat-buat tidak dengar.
Mereka semua diam seribu bahasa.

“Apasal korang ni diam? Kena sampuk ke?” Usik Nalisya. Yang lain masih diam membisu.
“Aku okay dan baik-baik sahaja, malas nak layan soal hati dan perasaan ni. buat runsing kepala otak aku ni. Dia kat sana berjimba bergumbira tak ingat dunia, aku pula serabut kepala dan makan hati buat apa. Baik aku makan rojak pasembor lagi bagus. Lagi sedap. Tambah lagi sedap kalau abang Hadri ngan Afiq yang handsome ni belanja. “Usik Nalisya.
“Keranamu Isya, bulan bintang pun sanggup aku gapai.” Hadri berbahasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience