BAB 9

Romance Completed 848

“Ralphael , aku ada hal sket nak cakap dengan kau.” Balas Hadri sambil menarik tangan Ralphael menjauhi gadis yang bersamanya.
“Apahal ni?” Soal Ralphael .
“Perempuan mana pulak kau heret ni ha?” soal Hadri .
“Girlfriend aku la. Kau ni siapa nak ambik tahu hal aku?” soal Ralphael rimas.
“Aku kawan Isya, Hadri .” Terang Hadri .
“Ooo, ni la Hadri yea.” Balas Ralphael tanpa rasa bersalah.
“Ralph, kau tak patut buat Isya macam ni?” Hadri bersuara.
“Aku buat apa kat dia?” soal Ralphael pura-pura tak mengerti.
“Kau mainkan perasaan dia Ralph. Tak kasihan ke kau kat dia?” Nada suara Hadri mula mendatar.
“Bro, soal hati dan perasaan mana boleh paksa-paksa” balas Ralphael selamba.
“Amboi, senangnya kau cakap. Masa kau dok tagih cinta dia kali kedua hari tu, ada siapa-siapa yang paksa kau ke?” soal Hadri . Nada suara dia makin meninggi.
“Itu dulu.” Balas Ralphael selamba.
“Habis tu, kenapa kau tak terus terang aja dengan dia. bagitau dia hal sebenar. Lepaskan dia dengan cara elok?” soal Hadri tak puas hati.
“Yang kau sibuk sangat ni kenapa? Kalau aku lepaskan dia kenapa? Kau pulak nak ambik sisa-sisa aku tu? ” Ralphael berkata bongkak.
“Apa yang kau merepek ni Ralph?.Suara Hadri mula bergetar menahan marah. Kalau diikutkan hati, sekarang jugak ditumbuknya muka lelaki yang tak tahu malu itu. Tapi dia cuba bersabar.
” Kalau aku tak ambik Isya tu jadik awek, kau ingat ada orang lain ke nak ambik dia jadi awek?” soal Ralph sombong.
“Ralph, tak baik kau cakap macam tu. Isya tu budak baik. Dia tu kawan kau jugak Ralph.” Balas Hadri lagi. Penumbuknya digenggam erat. Tunggu masa sahaja untuk dilepaskan. Afiq,Yahayyra dan Rosana merapati mereka berdua. Afiq memegang erat penumbuk Hadri . Menahannya dari dilepaskan. Kalau tidak nanti, ada pulak drama tak berpengarah kat khalayak ramai ni.
“Dahlah, malas aku nak layan korang. Korang kirim salam kat kawan korang tu. Hadri , kalau kau nak sangat kat lsya tu, ambiklah. Aku tak kisah.” Balas Ralphael angkuh sambil meninggalkan mereka yang terkial-kial.

“Kurang ajar punya jantan.” Getus Rosana.
“Budak ni elok terlungkup je tepi jalan.” Balas Hidayu.
“Kesian Isya kalau dia tahu orang yang dia sayang cakap macam tu.” Balas Afiq. Hadri hanya membisu seribu bahasa. Jauh di sudut hatinya luluh dan pilu. Tak dapat dibayangkan kalau Isya sendiri yang dengar kata-kata Ralphael tadi. Hujung minggu mereka yang sepatutnya ceria berubah mendung tiba-tiba. Masing-masing kemudiannya diam seribu bahasa melayan perasaan.

Cuti semester telah bermula. Nalisya nekad kali ini. Dalam tempoh cuti selama tiga bulan ini, dia nekad ingin menurunkan berat badannya dengan cara yang sihat. Bukan semata-mata ingin tampil menarik, yang penting dia ingin mengurangkan risiko untuk berdepan dengan penyakit akibat berat badan yang berlebihan. Dia mengatur semula jadual pemakanannya. Dia juga mula mengikuti kelas aerobik di sebelah petang setiap 3 kali seminggu. Di hujung minggu, dia akan berjongging ataupun berlari-lari anak di taman tasik berhampiran rumahnya. Dia kini rasa lebih cergas dan sihat. Saban minggu angka di penimbang digitalnya menunjukkan penurunan. Dia bersyukur usahanya berhasil. Tiga bulan berlalu. Dia akan kembali semula ke kampus pada minggu hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience