BAB 8

Romance Completed 848

Tapi, kenapa tak berterus terang sahaja? Bukankah lebih baik dia berterus terang sahaja daripada terus-terusan memberikan alasan yang tak masuk dek akal. Aku bukan bodoh, aku bukan dungu, aku cuma nak dia mengaku dan berterus terang. Aku tak boleh nak menahan dia dari beralih cinta. Soal hati tak boleh dipaksa. Aku mengerti kalau aku bukan pilihannya. Tapi sampai bila dia perlu berahsia begini.

Kalaupun Ralphael dah tak punya rasa kasih dan sayang aku, sekurang-kurangya Ralphael masih ingat aku ni sahabatnya. Dia patut lebih tahu yang aku paling benci kalau ditipu dan ditikam dari belakang. Aku lebih tega berdepan dengan kenyataan walaupun kenyataan itu melukakan hati aku. Walaupun kenyataan itu melukakan kembali parut yang dia tinggalkan suatu masa dulu. Parut yang makin sembuh dek kerana kasih sayang teman-teman yang sentiasa di sisi memberikan semangat. Kasih sayang dari insan-insan yang sentiasa menyayangi aku. Atau akukah yang terlalu naïf dan bodoh kerana memberikan dia peluang dan ruang untuk melukakan hati aku buat kali kedua. Entah, aku sendiri pun tak ada jawapannya.’

Rosana, Hidayu, Hadri dan Afiq berjalan keluar dari pusat bowling itu. Nalisya tidak turut serta kerana minggu ini dia ingin pulang ke kampung halamannya.
“Afiq, laparlah. Jom makan.” Usul Ayu.
“Nak makan mana?” soal Afiq.
“Food court ajerlah yer. Aku rasa nak makan yong tau fu lah” balas Rosana.
“Boleh gak. Aku tak kisah mana-mana pun.” Jawab Hidayu.
Mereka berempat beriringan menuju ke food court di tingkat atas sekali bangunan mall itu. Selepas menjamu selera, mereka berempat berpakat untuk menuju ke MPH untuk meninjau-ninjau dan mencari bahan bacaan baru.

Sedang asyik berbual dan dalam perjalanan ke MPH di tingkat bawah sekali, tiba-tiba Rosana terpandangkan seraut wajah. Dia amat kenal wajah itu. Tapi, masakan apa yang dilihat itu betul. Setahu Rosana, Ralphael dah mula bekerja di Kuantan. Dia mencuit Hidayu.

“Ayu, mata aku salah tengok tak?” Soal Rosana sambil memuncungkan mulutnya ke arah subjek.
“Mmmm, aku rasa tak salah dah tu. Memang mamat tu. Amboi bergumbira nampak.” Getus Hidayu.
“Keem, kau rasa kau kenal tak mamat tu?” soal Rosana pada Hadri sambil menundingkan jarinya.
“Mamat mana pulak yang kau berkenan ni Rosana?” sambil melihat ke arah yang dimaksudkan oleh Rosana.
“Betul tak apa yang kami nampak?” soal Hidayu.
“Aku rasa betul dah” Balas Afiq, sambil mengiyakan. Hadri hanya menggetap bibir menahan geram melihat Ralphael yang sedang memimpin tangan seorang gadis yang sedang tergelak manja.
“Budak tak kenang dek untung.” Getus Hadri sambil berjalan menhampiri Ralphael . Laungan teman-teman yang lain sudah tak diperdulikannya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience