BAB 1

Drama Completed 37236

Sejak dari kecil Rina tahu dia bukan kesayangan ibunya. Pelbagai cara telah dicuba untuk cuba menawan hati ibunya. Namun semua itu hanya sia-sia belaka.

Kenapa?

Kerana cinta dan kasih hanyalah untuk abangnya Badri. Limpahan kasih sayang ibunya hanya untuk Badri. Jatuh air mata Rina mengenangkan sikap pilih kasih ibunya.

"Ibu, Rina nak ikut rombongan sekolah ke Langkawi boleh?"

Ibunya masih diam.

"Tak mahal pun ibu, cuma kena bayar RM 75 ringgit je. Belanja lain cikgu yang tanggung"

"Kalau dah tahu tak mahal, usahakanlah bayarannya sendiri"

"Hah, betul ni ibu?"

"Iya," hanya sepatah dijawab ibunya.

Rina terus melompat bangun dari kerusi kayu yang sudah layak dibuang itu lantas memeluk ibunya.

"Terima kasih ibu,"

Dalam fikiran Rina dia hanya nampak satu jalan. Moga-moga jalan yang difikirkannya itu adalah penyelesaian terbaik.

"Assalamualaikum Pak Abu,"

"Waalaikumussalam Rina,"

"Ada apa kamu ke mari ni Rina?"

"Rina nak mintak kerja dengan Pak Abu boleh?"

"Mintak kerja? Tapi bukan ke kamu masih sekolah? Isk mana boleh! Marah ibu kamu nanti"

"Eh tak bukan macam tu Pak Abu, ibu dah izinkan Rina kerja. Bukan sepenuh masa tapi sampai cukup duit belanja yang Rina perlukan je,"

Pak Abu memandang Rina dengan kerut di dahi.

"Macam ni Pak Abu, Rina nak ikut rombongan sekolah ke Langkawi. Ibu cakap kalau nak ikut boleh, cuma Rina kena tanggung belanjanya sendiri."

"Berapa ringgit belanjanya?"

"RM 75 je Pak Abu,"

Terdiam Pak Abu mendengar jawapan tulus ikhlas dari mulut anak kecil yang masih mentah itu. Namun jauh di sudut hati dia sangat kasihankan susuk tubuh yang sedang berdiri penuh pengharapan.

"OK, esok lepas siap buat kerja sekolah, kamu boleh datang ke pengkalan. Tunggu ikan di bawa naik kemudian kamu boleh tolong siangkan,"

"Alhamdulillah. Terima kasih Pak Abu,"

"Eh lupa pulak nak tanya. Kamu ni tahu ke tak macam mana nak siang ikan?"

"Mestilah Rina tahu Pak Abu, kat rumah hari-hari Rina siang ikan tolong mak memasak," jawabnya penuh riang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience