BAB 2

Drama Completed 37236

"Kooooookkkkoooookkkk"

"Kooooookkkkoooookkkk"

"Kooooookkkkoooookkkk"

Bunyi ayam berkokok itu sudah cukup untuk membuatkan Rina terjaga.

Dia tidak bergantung kepada bunyi jam penggera, namun cukup dengan bunyi-bunyian alam.

Walaupun hanya berusia 10 tahun, Rina sudah biasa bangun sebelum Subuh untuk menyudahkan kerja rumah.

Tugas pertamanya adalah membasuh baju.

Perlahan-lahan Rina mengisi air di dalam besen besar, lalu mencurahkan sesudu serbuk pencuci.

Dia meyental semua daki dan kotoran pada baju Badri. Kemudian dia beralih kepada baju ibunya atau lebih tepat lagi baju ibu tirinya.

Walaupun Suraya hanya ibu tirinya, Rina tidak pernah sesekali menganggap wanita itu sebagai orang asing.

Malah dia melayan Suraya seperti ibu kandungnya.

Rina rindu belaian mesra seorang ayah dan ibu.

Semua itu tidak mungkin terjadi kerana Rina kehilangan ibu dan ayahnya 2 tahun lalu dalam kemalangan jalan raya yang telah menjadikan dirinya anak yatim piatu.

Setelah siap menyidai baju di ampaian, dia kini sedang bertarung dengan sudip dan kuali.

Sarapan pagi ini adalah mihun goreng. Ibunya gemar bersarapan mihun goreng, jadi Rina memutuskan untuk menyediakan semua bahan untuk itu semalam sebelum dia masuk tidur.

Tepat jam 6.15 pagi, Rina masuk membersihkan diri dan menghadap Ilahi.

"Ya Allah Tuhanku, Ampunkanlah dosa-dosaku. Dosa kedua ibu-bapaku yang telah pergi menemuimu, dosa ibu dan abang tiriku."

Selesai melipat sejadah, dia terus menyarungkan uniform sekolah.

"Ibu....ibu....bangun bu. Rina dah siapkan sarapan,"

"Emmmm, aku nak tidurlah. Ko pergi jelah sekolah. Nanti aku bangun, aku makanlah. Memekak jelah pepagi,"

"OK ibu, Rina pergi dulu ya,"

"Hoih budak! Kenapa kau tak kejutkan aku?"

"Ko saja nak aku kena tahan dengan pengawas sebab lambat kan?

"Tak guna punya adik," marah Badri kepada Rina.

"Rina dah kejut. Abang yang tak bangun-bangun."

"Menjawab! Sudahlah malas aku layan kau. Pergi mandi lagi bagus. Bungkuskan aku sarapan. Nanti aku nak makan kat sekolah,"

"Baik abang," balas Rina yang sentiasa patuh pada arahan Badri dan ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience