BAB 5

Drama Completed 37236

Hari ni hari pertama Rina berkerja untuk mengumpul duit bagi mengikuti rombongan ke Pulau Langkawi. Sebenarnya dia bukannya teringin sangat nak menjejakkan kaki ke destinasi bebas cukai tersebut.

Cuma entah kenapa hati kecilnya meronta-ronta meminta dirinya untuk mendaftar bersama pelajar lain.

"Salam Pak Abu. Rina dah datang ni," sapanya sambil menyalami tangan Pak Abu yang sudah dianggap seperti bapa saudaranya sendiri.

Pak Abu menyambut tangan Rina.

Matanya tertangkap sesuatu yang tidak kena pada lengan Rina.

"Kenapa dengan lengan kamu Rina,"

"Ha, takde pape lah Pak Abu," cepat-cepat Rina menurunkan lengan bajunya yang telah dilipat. Takut basah terkena air ikan.

"Mesti si Suraya tu yang bantai budak ni. Selalu juga aku dengar pinggan mangkuk pecah di rumah tu. Kesian budak tu diperhambakan anak beranak tak sedar diri tu.
Kecik-kecik lagi dah kena keluar mencari duit poket sendiri. Kalaulah arwah Leman dan Khatijah masih hidup, tentu bahagia kehidupan mereka anak beranak," kata Mak Leha salah seorang wanita yang juga mengambil upah menyiang ikan.

Rina dengar segala-galanya dengan jelas.

Walaupun dia sedang ligat membuang isi perut kembung dihadapannya, telinganya jelas menangkap maksud tersirat Mak Leha.

Serta merta dia teringat peristiwa yang berlaku di rumahnya sebelum dia ke jeti.

"Mana ko nak pergi?"

"Rina nak pergi ke jeti, ambil upah siang ikan,"

"Sejak bila pulak ko kena pergi kerja semua ni? Ko sukalah kan kalau orang kampung ni semua mengata aku tak bagi ko makan. Makan harta anak yatim? Sukalah ko kan? Ko ni saja nak malukan aku kan?"

"Tak ibu, Rina nak kumpul duit nak pergi Langkawi. Bukankah ibu juga yang izinkan Rina pergi mencari kerja supaya Rina boleh kumpul RM 75.00,"

"Pappp!" Rina ditampar.

Suraya yang bagaikan naik hantu tidak berhenti setakat itu, di capainya tali pinggang Badri yang tersangkut di belakang pintu lalu dilibas ke arah Rina.

Rina menahannya dengan tangan.

"Cukuplah ibu pukul Rina. Rina keluar siang ikan je bu,"

"Makanan tengahari semua Rina dah siapkan. Nanti ibu makan dengan abang ya," sambil menyeka air matanya dari jatuh.

Rina berlari ke bilik untuk mengambil tudungnya. Lalu berlari keluar meninggalkan neraka dunia itu.

Pernah Rina terfikir untuk lari sahaja dari rumah.

Saban hari dia menjadi tempat melampiaskan amarah ibu tirinya.

Dari sekecil-kecil hal sehingga sebesar-besarnya, mangsanya adalah Rina.

Walaupun luka di lengannya berdenyut-denyut. Rina tetap menyiapkan tugasannya. Malahan dia gembira menyiang ikan.

"Pak Abu, Rina suka kerja sini. Boleh berbual dengan mak cik - mak cik yang ada. Dorang suka buat lawak. Rina rasa lapang dan senang hati,"

"Rina, cuba cakap dengan Pak Abu, si Suraya tu suka pukul kamu ke?"

"Eh, taklah pak cik. Ibu baik dengan Rina. Rina yang tak berhati-hati masa buat kerja rumah tadi," masih cuba menyembunyikan kebenaran.

"Terpulanglah kepada kamu Rina, cuma pak cik nak kamu tahu, kami semua ada untuk menolong kamu. Dulu si Leman tu selalu tolong Pak Abu. Berdosa kami ni kalau tak bantu kamu Rina,"

"Rina tak apa-apa. InsyaAllah. Pak Abu doakan saya ya,"

"Selalu anak, selalu Pak Abu doakan kamu,"

"Terima kasih,"

"Nah, ni upah kamu untuk hari ini," Pak Abu menyerahkan upah RM 15 untuk sebakul ikan yang telah disiang kepada Rina.

"Alhamdulillah. Rina mintak diri dulu ya Pak Abu,"

"Ya nak, baik-baik jalan. Esok dan sampai bila-bila pun selagi Pak Abu masih bernyawa kalau kamu nak datang sini, jangan malu jangan segan. Pak Abu pun suka kalau kamu ada. Meriah suasana,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience