BAB 3

Drama Completed 37236

Waktu masih awal ketika Rina sampai di sekolah jadi dia memutuskan untuk mengulangkaji pelajaran.

Dia masih ingat lagi pesanan kedua ibu-bapanya.

"Rina, kita ni bukanlah orang senang. Jadi ayah dan emak mahu Rina belajar bersungguh-sungguh. Ilmu pengetahuan adalah salah satu cara untuk kita keluar dari belenggu hidup miskin ini," pesan ayahnya itu sentiasa bermain di mindanya.

Walaupun Rina terpaksa menjalani kehidupan yang agak sukar apatah lagi dengan dugaan terbesarnya iaitu kehilangan kedua ibu-bapanya ketika masih muda. Rina sentiasa bersyukur kerana dia adalah pelajar paling cemerlang di sekolahnya.

Padanya ini semua adalah berkat doa ayah dan emaknya, selain dari usahanya sendiri yang rajin membuat ulangkaji serta bersolat malam.
Tidak kira betapa letihnya Rina, dia tetap akan mengadu dan memohon perlindungan dariNya sebelum melelapkan mata.

***********************************************

Kepala Rina ditolak kasar dari belakang. Hampir sahaja kepalanya terhantuk ke dinding kelas.

Rina tidak perlu menoleh untuk mengetahui siapa pelakunya.

Siapa lagi manusia biadap itu jika bukan Badri.

"Mana bekal aku?"

"Ini abang," hulur Rina kepada Badri.

"Kalau tak sedap, siap ko!" ugut Badri.

"Kalau tahu tak sedap, kenapa hari-hari ko datang ambil bekal dari Rina," sergah sahabat baik Rina si Ayu.

"Haishhhh terkejut aku bodoh. Dah datang dah nenek kebayan bising ni."

"Heh suka hati akulah nak suruh Rina bawak bekal ke, tak bawak bekal ke, yang ko sibuk sangat kenapa?"

"Haah, memang aku sibuk, sebab sakit mata aku tengok ko anak beranak menyusahkan kawan baik aku ni,"

"Diamlah aku lempang ko kang budak kecik,"

"Ha lempang la aku kalau ko berani. Aku bagitahu bapak aku biar dia sumbat ko dalam penjara,"

Dengar sahaja ayat penjara terus Badri berlalu pergi. Dia sempat merentap bekal mihun goreng dari tangan Rina.

"Ko ni Na, sanggup ko biarkan lelaki tak guna tu buli ko," marah Ayu yang 2 tahun lebih tua dari Rina.

Entah bagaimana Ayu dan Rina boleh menjadi rapat.

Mungkin sahaja Ayu tidak sanggup melihat Rina menjadi mangsa buli abangnya di sekolah.

Umpama penyelamat, Ayu akan muncul setiap kali Rina disakiti Badri. Oleh itu Rina sentiasa sayang kepada Ayu, malahan dia menganggap Ayu seperti kakak kandungnya.

Kakak yang dia tidak pernah ada kerana dirinya hanyalah sebatang kara. Menumpang kasih pada saudara tiri yang tidak pernah ikhlas menyayanginya.

"Mana mihun akak?" tanya Ayu dengan senyum simpul.

"Mestilah Rina bungkuskan untuk kakak kesayangan ni,"

"Nah, ambil lah," kata Rina sambil menghulurkan bekalan sarapan kepada Ayu.

"Wahhhhh, ada juga! Ni yang akak terharu ni,"

"Nah, ni pulak bekal mama suruh bagi Rina,"

"Lah, bekal apa pulak ni kak? Buat susah-susah je. Kan Rina dah biasa bawak bekal hari-hari," bebel Rina panjang lebar.

"OK bak lah sini balik. Penat mama bangun pepagi masak sebab nak bagi kita bekal ni," kali ini Ayu sudah menunjuklan muka tarik 14.

"Eh...eh...siapa pulak cakap Rina tak nak. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari,"

"Hek eleh tadi beria tolak siap madah berhelah. Bencilah. Nak merajuk lah macam ni," Ayu masih lagi terasa hati.

"Janganlah macam tu kakak sayang. Adik mintak maaf dari hujung tudung ni sapailah hujung kasut putih ni," Rina cuba menjernihkan suasana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience