BAB 4

Drama Completed 37236

Ayu masih lagi tak makan saman. Juih bibirnya kalau di ikutkan dah layak di ikat tocang.

"Kalau kakak macam ni Rina tak jadilah sarapan, biar Rina lapar sorang-sorang, kakak makanlah," pandai Rina mengumpan. Dia tahu Ayu tidak akan sampai hati melihatnya berlapar.

Terus Ayu buka tudung tupperware dan mula makan mihun yang dibawa Rina.

"Mmmm..sedapnya. Sama sedap macam mama masak kat rumah. Eh salah. Sedap lagi dari mama masak kat rumah," seloroh Ayu sambil tak henti-henti menyuap makanan ke mulutnya.

Rina hanya ketawa melihat keletah Ayu. Dia juga sudah mula makan bekalan yang di bawa Ayu kepada dirinya.

"Meriah betul sarapan kamu berdua ni. Sorang makan mihun goreng. Sorang lagi makan nasi tomato ayam masak merah. Ini barulah macam kata pepatah orang putih 'Breakfast Like A King' kan" tegur cikgu Aziah yang mengajar mereka Bahasa Inggeris.

"Eh cikgu jemput makan,"

"Takpe kamu jelah makan. Cikgu dah kenyang makan nasi lemak sambal kerang tadi," balas cikgu Aziah.

"Owh ye Rina, nanti tolong datang ke bilik guru ya. Cikgu ada benda nak bagitahu kamu,"

"Baik cikgu,"

****************************************

Loceng rehat kedua telah berbunyi. Tiba-tiba Rina teringat janjinya untuk berjumpa cikgu Aziah.

"Alamak, macam mana aku boleh lupa ni?"

Harap-harap cikgu Aziah tak marah.

"Salam cikgu, saya mintak maaf. Saya terlupa yang saya kena datang jumpa cikgu,"

"It's okay Rina, please have a seat,"

**************************************

Rina keluar dari bilik guru dengan perasaan bercampur-baur.

Dia gembira kerana terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan bahas Bahasa Inggeris peringkat negeri.

Tapi bagaimana dia mahu memberitahu ibunya yang dia perlu ke Putrajaya untuk pertandingan itu.

Sudahlah dia berjanji dengan Pak Abu untuk mengambil upah menyiang ikan demi hasratnya untuk menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi.

Semuanya menerpa tempurung kepala Rina.

***********************************
Rina melihat jam dan terus membuka langkah. Dia harus segera pulang untuk memasak juadah tengahari keluarganya. Jika tidak pasti ibunya marah.

"Hai lambat balik nampak. Ko dah jadi jaga kat sekolah ko ke?" sergah ibu tirinya.

Rina hanya senyum.

"Assalamualaikum bu. Maaf Rina lambat balik sebab jumpa cikgu tadi,"

"Cepat masak, nanti Badri balik dia nak makan. Aku ni pun nak makan. Aku penat berbual dengan Mak Timah tadi,"

"Baik ibu, hari ni kita makan ayam masak lemak cili padi ya bu,"

"Ha, tak kisahlah apa ko nak masak. Pastikan sedap," pesan ibu tirinya walaupun dia sudah sedia maklum yang masakan Rina memang sedap dan tidak pernah mengecewakan.

Selama ini pun memang tugas memasak dipikul Rina dan arwah emaknya. Dia selaku bini muda hanya duduk melayan suami dan anaknya.

Suraya sebenarnya boleh dikategorikan sebagai perempuan tidak sedar diuntung. Ayah Rina mengambilnya sebagai isteri kerana kasihan melihat dirinya yang terumbang-ambing akibat ditinggalkan suami bersama anak yang masih kecil.

Namun kasih sayang yang diberi tidak pernah dibalas. Baik kepada ayah Rina atau ibunya.

Malahan Suraya sering memerintah dan menganggap dirinya tuan walaupun dia sedar yang dia hanya menumpang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience