BAB 6

Drama Completed 37236

"Rinaaaaaaaaaaaaaaaaa," laung Badri. Hatinya sakit kerana disakat Ayu di sekolah perlu dibalas.

"Ya abang," sahut Rina.

"Ke sini ko, aku nak cakap sikit," semakin kuat suaranya.

Rina tersentak, sempat dia membaca beberapa surah di dalam hati supaya kurang sikit marah Badri.

"Ko suka lah kan tengok si Ayu tu memalukan aku kat sekolah? Owh kecik-kecik dah pandai mengadu itu ini ya?"

"Kurang ajar! Nah hadiah untuk ko," melayang sebuah penumbuk dan singgah di mulut Rina.

Tiba-tiba dunia Rina seakan berputar 360 darjah. Dia pening dan darah merah perlahan-lahan keluar.

"Kenapa dengan abang ni? Bawak mengucap,"

"Aku mengucap dalam hati, hahahahahaha," semakin menjadi-jadi perangai barannya. Kata orang kampung, perangai Badri tak tumpah macam perangai bapaknya yang suka angkat tangan. Panas baran dan tidak pernah sujud menghadap Tuhan sehinggalah jatuh sakit dan meninggal dunia.

"Nauzubillah semoga abang Badri tidak begitu," cepat-cepat Rina mengumpul kekuatannya untuk bangun.

Tidur malam itu agak tidak selesa untuk Rina. Beberapa kali dia mengalihkan badan, sakitnya makin berdenyut.

Rina ke dapur untuk menuam bibirnya dengan tuala panas.

********************************************************

"Kenapa dengan bibir ko ni Rina?"

"Ko kena pukul ke?"

"Bagi sini akak tengok bibir ko?" bertalu-talu soalan Ayu.

"Akak dah tak boleh sabar. Aku kena bagitahu cikgu biar dorang anak-beranak kena tangkap," sepantas itu juga tangan Rina digenggam.

Rina hanya diam bungkam.

Ini bukan kali pertama dia diperlakukan seperti itu.

Pernah dia di simbah dengan lauk yang masih panas mengelegak kerana masakan itu terkurang garam.

Habis melecur badannya, dia hanya mampu menangis sambil menyapu minyak gamat ke kawasan yang sakit itu.

Perit dan pahit. Semua itu ditelan mentah-mentah.

********************************************************

Kereta Polis berhenti betul-betul di hadapan rumah Rina.

Dia yang baru pulang dari sekolah kelihatan bingung.

"Kenapa ada Polis kat rumah?" detiknya dalam hati.

Tidak lama kemudian, dia nampak jelas wajah lelaki yang digari itu. Badri. Ya Badri yang sama menghayunkan penumbuk ke bibirnya.

"Jangan encik jangan, anak saya tak salah," pekik Suraya.

"Puan, kami minta kerjasama dari pihak anda. Puan juga di minta ke balai untuk memberi keterangan," ujar salah seorang anggota Polis tersebut.

Terus Suraya terduduk atas tanah, dia menangis mengenangkan nasib anaknya yang mungkin sahaja akan disumbat ke lokap.

Dari jauh Rina hanya melihat semua sandiwara itu. Dia berkira-kira sama ada mahu meneruskan langkah atau dia perlu ke jeti untuk mendapatkan Pak Abu.

Rina sedar jika dia pulang ke rumah, keadaan akan lebih buruk.

Tidak sangka, aduan yang dibuat Ayu kepada cikgu sebentar tadi telah bertukar menjadi seserius ini.

Kalaulah dia tahu keadaan akan seburuk ini, dia pasti akan menghalang Ayu ke bilik guru.

************************************************************************

"Pak Abu...Pak Abu...tolong Rina Pak Abu," termengah-mengah Rina mendapatkan Pak Abu.

"Kenapa ni Rina?" tanya Pak Abu.

"Abang Badri kena tangkap dengan Polis sebab Ayu bagitahu cikgu yang dia pukul Rina semalam," terang Rina.

"Baguslah, biar Polis ajar sikit budak tu. Dah lama Pak Abu doakan dia anak beranak kena tahan dengan Polis sebab selalu sangat dera kamu Rina," jawab Pak Abu senafas sahaja.

"Tapi Rina takut. Ibu mesti marah sebab abang kena tahan dengan Polis. Rina takut dia pukul Rina,"

"Baru sekarang kamu nak mengaku yang dua beranak tu memang pukul kamu kan Rina,"

"Rina takut Pak Abu, Rina dah takde sesiapa kat dunia ni. Kalau Rina tak tahan kena pukul, mana Rina nak tinggal? Rina anak yatim piatu. Ayah dan emak pun takde saudara mara lain. Dorang anak tunggal," rintih Rina.

Terus tubuh kecil itu dirangkul Pak Abu. Belas hatinya melihat Rina menangis tersesak-esak begitu.

"Mari ikut Pak Abu balik rumah. Jom tinggal dengan Pak Abu dan mak cik Uda sampai semua benda ni reda,"

"Tapi baju Rina, baju sekolah, buku-buku semua kat rumah sana," walaupun dalam keadaan genting begini, Rina tidak pernah lupa akan pelajarannya.

"Takpe, Pak Abu boleh belikan semua tu. Jom kita ke pekan beli barang keperluan kamu,"

"Cuma buku sekolah tu nanti kita pergi rumah kamu ambil,"

"Rina takut. Takut ibu ada,"

"Kalau dia ada pun peduli apa Rina. Rumah tu kamu yang punya. Dia dengan Badri yang menumpang rumah pusaka kamu tu. Kalau dia nak makan penampar sulung Pak Abu ni silalah dia buat perangai,"

"Ha buat apa ko balik lagi ke rumah ni? Aku ingat jauh sangat ko lari dari rumah? Kat sini je ko lagi,"

"Suraya kau jangan nak berkurang ajar dengan budak-budak. Kalau ko berani, ni ha lawan kau. Aku yang dah tua dan besar panjang ni," jerkah Pak Abu.

"Apa ko nak dari aku Abu?"

"Aku nak kau sedar diri, perempuan tua kutuk tak sedar diri. Padanlah muka anak ko kena hantar ke Sekolah Henry Gurney sebab memang dah rosak sangat akhlaknya. Sebab apa? Sebab dia ada mak macam kau yang tak reti nak beri bimbingan,"

"Sebelum kau merosakkan Rina, baiklah aku ambil budak ni bela. Lagipun arwah Leman dan Khatijah tu bukan orang asing bagi aku anak beranak,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience