BAB 7

Drama Completed 37236

Suasana bertambah tegang.

Suraya bagaikan naik hantu apabila mengetahui niat Pak Abu mahu mengambil Rina sebagai anak angkat.

Siapa yang akan membuat semua kerja rumah.

Membasuh, memasak, mengemas?

"Arghhhhh ini tak boleh jadi," dengus Suraya.

"Siapa benarkan kau ambil budak tu? Dia anak tiri aku, aku yang berhak ke atas dia!"

"Hak? Kau cakap pasal hak Suraya? Hahahahaha," kuat ketawa Pak Abu.

"Kalau tak salah aku, rumah pusaka ni peninggalan arwah kepada budak ni, tanah hujung kampung ni pun kepunyaan Rina. Paling penting duit pampasan insurans kedua arwah tu memang akan diserahkan kepada Rina bila dia dah cukup umur,"

"Itu kan hak yang kau perjuangkan. Takde keikhlasan sikit pun dalam hati kau tu untuk membesarkan budak ni kan? Yang kau tahu, kau kena simpan dia supaya senang la kau anak beranak nak bolot semua duit tu nanti,"

"Satu kampung ni dah tahu permainan kau Suraya," terang Pak Abu panjang lebar.

Kerana kekecohan yang berlaku semua jiran tetangga terdekat sudah berkumpul di hadapan laman rumah Rina.

"Rina naik ambil barang-barang kamu," arah Pak Abu.

"Baik Pak Abu," turut Rina.

Tanpa membuang masa Rina mencapai album gambar kedua ibu-bapanya, buku sekolah, baju sekolah dan baju hariannya.
Tidak banyak pun barang peribadi Rina. Sekejap sahaja sudah habis barang-barangnya dikemas dan dimasukkan ke dalam beg lusuh.

"Rina dah siap kemas Pak Abu," ucapnya.

"Dah jom, tengoklah rupa ibu tiri kau ni yang banyak berdosa kepada kamu ni Rina. Lepas ni jangan kamu jejak lagi kaki kamu ke rumah ni dan berjumpa dengan perempuan tak sedar diri ni," kata Pak Abu.

"Ibu, Rina pergi dulu ya," sambil menyua tangan untuk bersalam.

Tangan Rina ditepis. Bukan itu sahaja, tubuhnya juga ditolak kasar sehingga Rina jatuh tersungkur.

"Biadap kau Suraya," laung Pak Abu sambil kakinya melangkah menghampiri Suraya naum sempat Rina memaut kaki itu.

"Sudahlah Pak Abu, mari kita balik. Jangan panjangkan lagi hal ni, Rina pun dah dapat semua barang Rina,"

"Maafkan Rina emak dan ayah. Rumah pusaka ini Rina tinggalkan sekejap ya. Rina pasti akan kembali menuntut hak kita," kemudian berlalu pergi bersama Pak Abu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience