BAB 8

Drama Completed 37236

Rina sedang memunggah keluar buah tangan yang dibelinya untuk Pak Abu dan Mak Uda. Sepasang suami itu hanya tersenyum. Semenjak kehadiran Rina ke rumah itu, kehidupan dua laki bini itu tidak lagi sunyi.

Mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun tidak pernah sekali mereka menyalahkan takdir.

"Apa yang kamu beli banyak-banyak tu Rina? Sakan betul shopping ni," sakat Pak Abu.

" Mana ada ayah ni, Rina belikan ubat gamat, minyak angin, kain pelikat, kain batik, coklat, cadar untuk kita," ya sekarang Rina sudah membiasakan diri memanggil Pak Abu dan Mak Uda sebagai ayah dan emak.

Tiada niat untuk menjadikan mereka galang ganti kepada kedua ibu-bapanya yang sudah tiada. Tapi kerinduan kepada kedua-duanya membuatkan Rina memutuskan begitu.

Teringat lagi kali pertama Rina memanggil Mak Uda dengan panggilan emak, tiada kata yang mampu diungkapkan hanya linangan air mata serta pelukan seorang ibu kepada anaknya dirasakan Rina.

Sesuatu yang sangat didambakan. Kasih sayang sesama keluarga.

"Baju ni untuk ayah, kain pasang ni untuk emak," banyak sangat yang cantik-cantik sampai rambang mata Rina memilih.

Semua buah tangan ini dibeli dengan duit hadiah sebagai juara pertandingan perbahasan Bahasa Inggeris yang dimenanginya. Dari awal lagi Rina sudah berniat kalau dia menang duit itu akan digunakan untuk orang yang telah banyak membantunya.

Di sisinya ada hadiah yang telah dibalut rapi. Sebotol minyak wangi bersama sekotak coklat untuk teman karibnya, Ayu.

"Emak, ayah, Rina nak pergi rumah Ayu kejap boleh?"

"Nak ayah hantarkan ke? Baru je balik dah nak keluar semula kamu ni. Besok kan jumpa Ayu jugak di sekolah?" kata Mak Uda.

"Hehehehe, tak sabar pula Rina nak bagi hadiah ni pada kak Ayu. Dia banyak bagi Rina barang, tapi Rina tak pernah balas dengan apa-apa,"

"Takpe Rina, setiap tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima,"

"Kalau macam tu, besok jelah kan Rina serahkan hadiah ni pada kak Ayu,"

********************************************

Selesai solat Maghrib secara berjemaah, Pak Abu memberitahu sebuah berita yang sangat mengemparkan kepada Rina.

"Ibu kami dah ditangkap Polis semalam sebab terlibat dalam sindiket dadah. Semalam ada orang bagitahu ayah dekat jeti,"

"Ya Allah ye ke ni ayah? Dari mana ibu belajar buat benda-benda gitu?" naif soalan Rina.

"Entahlah sayang. Manusia ni rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Mungkin sahaja dia dah lama buat kerja tu tapi kamu yang tak tahu,"

"Boleh kita lawat ibu?"

"Boleh, kalau kamu nak. Nanti ayah usahakan.

******************************************

"Apa yang ko nak datang melawat aku kat sini?" tengking Suraya apabila melihat kelibat Rina, Pak Abu dan Mak Uda.

"Rina datang melawat ibu. Ibu sihat?" Suraya kelihatan seperti telah susut berat badan. Mukanya cengkung dan matanya merah menyala.

"Aku belum nak mati lagi," jawabnya.

"Rina ada belikan ibu ole-ole dari Langkawi. Nanti Rina hantarkan ke rumah ya bu,"

"Tak payah. Dulu ko ambil anak aku sumbat ke penjara. Sekarang puas la hati ko, aku pun kena meringkuk dalam penjara. Ko ni memang pembawa sial,"

"Ya Allah! Suraya bawak mengucap, banyak-banyak bertaubat kepadaNya. Ko dah banyak berdosa dengan Rina, usahlah ko tambah lagi," Mak Uda bersuara.

"Aku tak peduli! Lagipun aku bakal dihukum gantung,"

"Hahahahaha, aku akan datang semula sebagai hantu dan ganggu hidup korang semua," kata ibu tiri Rina sambil menjegilkan biji mata.

"Sudahlah Rina, marilah kita balik. Ibu kamu tak sihat ni," pujuk Pak Abu yang tidak sampai hati melihat anak angkat kesayangan menangis.

"Marilah Rina, lain kali kita datang lagi," giliran Mak Uda pula.

"Tak tahulah apa dosa Rina, emak ayah. Ibu memang benci Rina dari dulu lagi. Kenapa Rina? Apa salah Rina pada ibu? Seingat Rina, Rina tak pernah berdendam dengan ibu. Rina buat semua kerja yang ibu suruh Rina buat," luah Rina tidak tertahan.

Dia kecewa kerana Suraya sanggup menuduhnya sebagai pembawa sial.

"Sudahlah nak, dia bukan Suraya yang sama yang kamu tinggalkan dulu. Dia dah berubah. Orang yang sedang menunggu masa untuk digantung mungkin sahaja akan mengalami perubahan emosi. Walaupun mati itu pasti, tapi kita tahu bila dan bagaimana. Lain pula bagi dia, tak siapa mahu cara kematian begitu," Pak Abu masih lagi cuba menenagkan Rina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience