BAB 10

Drama Completed 37236

"InsyaAllah itulah keputusan Rina," nekad Rina menyuarakan keputusannya.

Rina mewakafkan satu-satunya rumah pusaka yang ditinggalkan untuk dirinya.

Dia mahu rumah itu dijadikan surau bagi kegunaan penduduk kampung kerana surau yang sedia ada sudah dalam keadaan uzur dan daif.

Sekurang-kurangnya rumahnya masih kukuh dan boleh menampung jemaah yang ramai.

Sebenarnya keputusan ini dibuat setelah Rina tersedar yang ayahnya pernah menyuarakan hasrat untuk membina surau jika mempunyai rezeki lebih. Malangnya keinginan ini tidak sempat dijadikan realiti.

Jadi Rina sebagai anak mengambil kesempatan yang ada untuk merealisasikan hasrat orang tuanya.

****************************************************

Selesai urusan penyerahan geran rumah kepada Tok Penghulu.

"Alhamdulillah selesai urusan kita. Segalanya telah dipermudahkan. InsyaAllah inilah saham akhirat kedua arwah ibu-bapa kamu di sana Rina. Bertuah arwah Leman dan Khatijah dapat anak solehah macam kamu ni Rina," kata Lebai Malim.

"Amin semoga damai mereka di sana,"

************************************************

Walau dahulu Rina selalu tertanya-tanya mengapa nasibnya malang begitu, kini dia semakin tenang.

Kenapa aku? Tidak lagi bermain di benaknya.

Sungguh benar perjanjian Allah, tiada dugaan yang ditimpakan kepada umatnya melebihi kemampuan mereka.

Al-fatihah kepada kedua arwah ibu-bapanya serta ibu tirinya yang telah selamat menjalani hukuman.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience