BAB 9

Drama Completed 37236

Rina kini sudah semakin tenang, dia telah menerima ketentuan Ilahi.

Perjalanan hidupnya yang berliku kini sudah sampai ke penghujungnya.

Kini hidupnya makin berwarna-warni dan berseri.

**********************************

"Amboi! Kenapa tersengih-sengih sorang diri ni?" tanya Ayu.

"Eh akak ni terperanjat Rina,"

"Ha, berangan lagi. Sampai akak dah sampai kat tepi pun tak perasan,"

"Akak dah habis UPSR kan? Seronoklah akak kan? Rina yang kat sini sorang-sorang nanti," Rina mula teringat yang Ayu juga bakal meninggalkan dirinya untuk melanjutkan pelajaran ke peringat menengah.

"Apalah Rina ni cakap macam tu. Kak Ayu bukannya pindah jauh pun. Tu ha sekolah kak Ayu. Sebelah je, kentut pun dengar tau,"

Kemudian kedua-dua mereka ketawa.

"Mestilah Rina rasa sedih, siapa lagi nak bawakkan bekal sedap-sedap. Paling penting siapa nak tolong Rina kalau kena buli?"

"Alahai, dah takde kan orang yang berani buli adik akak ni. Beranilah dorang buli. Walaupun dah habis sekolah, akak akan masuk semula untuk sekeh kepala orang yang berani buat adik akak menangis. Awas!"

Rina terus memeluk pelindungnya.

"Rina selalu berdoa dekat Tuhan, hantarkan orang untuk selamatkan Rina. Selepas semua yang terjadi Rina sangat yakin Allah dengar semua doa yang Rina minta,"

"Allah hantar akak, Pak Abu dan Mak Uda untuk jadi pelindung Rina walaupun Rina anak yatim piatu. Dulu selalu je Rina fikir lebih baik Rina mati dari hidup terseksa,"

"Isk tak baik cakap macam tu, kami kan ada untuk Rina,"

"Dah-dah cukup bersedih. Dah macam drama melayu yang main time Maghrib pulak. Jom kita pergi duduk kat sana," jari Ayu dituding ke arah buaian yang terletak tidak jauh dari lokasi mereka berdiri.

*******************************************

Malam ni Ayu tidur di rumah Pak Abu dan Mak Uda. Kedua ibu-bapanya perlu ke Sabah atas urusan kerja.

"Seronoknya Rina ada emak, ayah dan kakak. Rasa lengkap seisi keluarga,"

"Macam-macam budak Rina ni sekarang," gelak Mak Uda.

"Emak, ayah esok kita pergi jalan-jalan ke bandar nak?"

Sudah lama rasanya Rina tidak menjejakkan kakinya ke bandar. Dulu ada juga arwah ibu-bapanya membawanya bersiar-siar.

"Tapi sebelum kita pergi, boleh tak kita singgah rumah Rina. Rindu nak tengok rumah,"

******************************************

"Sedihnya tengok rumah pusaka ni terbiar macam ni," sekilas Rina menjeling ke arah ruang tamu rumah pusaka tinggalan arwah ibu-bapanya.

"Jangan sedih-sedih, nanti kita datang bersihkan. Bukan susah mana pun nak bersihkan rumah," kata Pak Abu.

"Betul tu Rina, ini kerja mudah. Kak Ayu kan ada. Setakat rumah ni sekejap je kita boleh bersihkan. Kita kan pakar bab-bab membersihkan ni," lagak Ayu dah macam tukang cuci versi gengster.

"Sudahlah, simpan dulu sedih tu, kita kan nak pergi makan angin ni," kata Mak Uda pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience