Hari yang indah dan tenang sahaja. Udara kampung memang menenangkan mereka yang mempunyai masalah boleh hilang begitu sahaja.
"Mak long, Lily dengan Jiha nak main dekat air pantai tu boleh tak? "tanya Lily Batrisyia kepada Mak longnya, Aireen.
"Boleh,tapi main kat situ je tau. Jangan main jauh-jauh"balas Aireen.
Dia yang sedang menikmati pandangan alam,begitu asyik tapi tidak menyedari ada seseorang yang memerhatikannya dari belakang.
Fariz menghampiri isterinya lalu dia memaut pinggang isterinya.Aireen terperanjat. Dia sangat pelik melihat tingkah laku suaminya yang pelik semenjak dua menjak ni perangainya yang bengis menjadi lemah lembut.Aireen memandang suaminya. Pelik. Fariz yang faham pandangan isterinya itu tak langsung menghilangkan niatnya tadi malah mengeratkan lagi pelukan. Aireen yang malas melawan hanya membiarkan sahaja suaminya.
"Awak saya nak kesana sekejap. Boleh tak awak lepaskan saya? "tanya Aireen kepada suaminya.
"Boleh tapi kena tukar panggilan awak tu kepada abang.Boleh tak? Kalau tak tak payah pergi sana teman abang dekat sini"ugut Fariz kepada Aireen.
"Malulah,tak praktis lagi nanti-nantilah. Ish yelah-yelah. Abang....izinkan saya nak pergi sana?"
Kata Aireen tergagap.Mukanya merah kerana menahan malu yang teramat. Dia terus berlari ke arah anak saudaranya tanpa menghiraukan Suaminya. Fariz tersenyum senang.Malulah tu.
"Mak long kenapa pipi mak long merah? "tanya Lily.
"Merah? Eh, mak long pakai blusher tadi sebab tu pipi mak long merah."
Balas Aireen yang terpaksa menipu. Aish, budak ni.
Sewaktu dalam perjalanan pulang,
Lily dan Jiha sudah jalan ke hadapan manakala Aireen pula kebelakang. Fariz sejak daripada tadi mengekorinya dari belakang. Entah di mana silapnya Aireen terlangar kayu besar lalu mahu sahaja dia jatuh ke pasir tapi ada hero yang menyelamatkannya. Fariz memaut pinggang isterinya agar isterinya tidak jatuh rebah ke lantai.
"Sayang ni,lain kali hati-hati, meh sini kaki tu saya tengok "bebel Fariz kepada Aireen sambil membelek luka di kaki Aireen.
"Alah, takde benda pun lah, luka sikit je ni.Abang tak payahlah risau sangat."balas Aireen yang cuba menghilangkan risau pada suaminya.
"Luka ni awak kata sikit. No, no dah jom meh sini saya dukung. "Kata Fariz bersahaja.
"Tak payahlah, nanti apa pulak Ibu dengan Ayah kata. Malulah saya"balas Aireen.Gila apa nak suruh Fariz gendong dia,mesti jadi bahan ejekan sedara maranya.
"Takde, awak jangan nak mengada. Dah cepat. Hari dah senja ni"Fariz masih tidak mahu mengalah.
"ok yelah"balas Aireen.
Terasa tubuhnya berada di awangan. Hatinya sejak tadi tidak menentu, menyanyikan irama yang cukup indah.Impian yang selama ini dianggap mimpi menjadi kenyataan.
??????
"Dah dapat maklumat?"tanya Fariz kepada pengintip peribadinya.
"Dah, suspek yang berjaya kami syak ialah Cik Ummira Syazalina sebab dia antara salah seorang yang benci Puan Aireen so untuk seminggu ni kami akan cuba mengekorinya. "balas Hafizul kepada bossnya.
"Bagus,kalau ada apa-apa maklumat segera bagitahu saya"kata Fariz sambil baki air Nescafenya.
"Baik tuan"
Share this novel