BAB 14

Romance Completed 9936

Hari yang begitu indah dan cerah, tapi tak secerah kisah hidup Aireena Zahrah. Sikap Fariz semakin dingin dengannya. Dia pun tidak mengerti kenapa suaminya itu sangat membencinya.Sedang duduk melayan perasaan telefon bimbitnya berbunyi menandakan pesanan whatsapp masuk,Aireen pun membuka handphone IPhone5 nya.
Tertera nama sahabat karibnya iaitu Intan.

Intan:Aireen boleh tak teman aku pergi Aeon jap? Nak beli barang.

Aireen :Hmm,boleh je.Bila?

Intan:Sekarang.Kejap lagi aku ambil kau.

Habis berchat dengan Intan dia pun mencari nombor suaminya.

Aireen:Awak,saya keluar dengan Intan sekejap je. Harap awak izinkan.

Aireen pun bersiap untuk pergi kesana mudah dan simple Baju t-shirt lengan panjang dan seluar jin berwarna biru. Tak dilupakan juga tudung shawl ala-ala neelofa.

??????

Gambar kat atas tu macam muka Fariz tapi rambut Fariz hitam.

??????

"Sayang nak beli benda apa lagi? "
Tanya Fariz kepada kekasih hatinya.

"Nak beli baju. "balas Ummira Syazalina sedikit manja.

Pada masa yang sama.

"Intan kau nak beli baju apa? "tanya Aireen kepada Intan.

"Aku nak beli baju jubah.Sebab esok Syahriz ajak aku teman dia pergi majlis kahwin sepupu dia"balas Intan sambil membelek baju jubah berwarna kuning keemasan.

"Untungnya kau,ada orang yang sayang kau.Bukan macam aku,ada suami tapi macam takde. " kata Aireen dengan nada kecewa.

"Ish, tak baik cakap macam tu. Aku yakin suatu hari nanti akan terbuka pintu hati Fariz untuk terima kau. Dahlah aku taknak kau sedih.Kita datang sini kan nak happy no sedih. "
Balas Intan lalu menepuk bahu Aireen menyuruh Aireen bersabar. Tiba-tiba, Aireen terlihat susuk tubuh seseorang yang amat dikenalinya. Aireen berjalan meninggalkan Intan di dalam butik itu dia berjalan ke arah susuk tubuh itu. Terasa tubuhnya seperti mahu rebah ke lantai sahaja apabila melihat suaminya sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan iaitu Ummira Syazalina.

Fariz terperanjat melihat isterinya sedang berada tepat di depannya. Muka Aireen kelihatan serius tiada lagi wajahnya yang penuh dengan senyuman jika berada dengan Fariz. Ummira Syazalina pula semakin mengeratkan lagi pelukan tangannya kepada Fariz tanpa rasa bersalah.

"Oh selama ni patutlah awak selalu balik lambat rupa-rupanya keluar dengan perempuan ni"sinis ayat dilontarkan Aireen kepadanya.

Pang!!

Semua orang di dalam shopping complex itu memandang ke arah mereka.

"Sayang dia tampar I"kata Ummira Syazalina dengan riak marah.

"Hei perempuan, beraninya kau. Kau takde hak nak tampar dia.Kau ni memang melampaulah,kau jangan ingat selama ni aku diam maknanya aku suka. Kau kena ingat dan kena tahu perempuan ni lebih mulia daripada kau"tegas Fariz menuturkannya dengan riak wajah marah.

"Saya berani dan saya ada hak untuk tampar perempuan ni,sebab selama ni saya bersabar je dengan perangai awak. Awak kata dia mulia,ok takpelah awak lebih menangkan perempuan ni berbanding isteri awak sendiri. Thanks Fariz saya hargai jasa awak tu.Jangan cari saya lagi lepasni sebab saya rasa hubungan saya dan awak berakhir di sini,tapi jangan satu hari nanti awak berpatah balik dan jilat balik kata2 awak tu.Too late Fariz. "Kata Aireen pula kali ini dia tidak lagi menunjukkan rasa hormatnya lalu melangkah keluar dari mall itu.

??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience